Sebelum akak menceritakan kisah hari ini... akak nak cerita jugak apa yang terjadi semalam..
Petang semalam, agaknya bitamin Rrrrrr terlebih dalam badan... dalam pada rasa penat dan tak berapa nak larat tu.. akak keluarkan seekor ikan patin yang akak beli di Pasar tani Mardi. Ikan patin ni seakan melambai-lambai akak supaya mengambilnya dan masakkannya. Ikan patin ini pulak adalah ikan patin buah yang rasanya memang terlebih sedap daripada ikan patin yang dijual di Tes** atau Jaiyen.
Masakan yang paling sesuai untuk si tekak minang ni ialah Masak Asam Rebus. Memang sedap.. Makan nasi sampai bertambah-tambah.. Jika ada lebih, akak akan goreng juga. Tapi rasanya nak masakan yg tak guna minyaklah pulak... No minyak no santan....
Untuk melajukan lagi selera.. haruslah ada sambal velachan... selalunya akak akan gunakan semata-mata cili padi tapi akak dah rasa tak larat nak makan cili api.. perut dah tua.. dah tak mampu nak melawan 'kick' cili api tersebut....
( Tak sesedap manalah sambal cili hidup ni... )
Maka hari ini, bangun seawal-awalnya walaupun cuti. Hmmmm.... terfaksa bangun...
Bila dah bangun dan mandi-mandi... haruslah kepala pun ligat nak kesana-sini. Maka dengan semangat yang berkobar-kobar.. akak terus ke Seksyen 7 membeli nasi lemak yang sedap. Berbeza dengan nasi lemak makcik bawah pokok yang menyediakan sekali kari daging ataupun kari ayam, nasi lemak ini kesedapannya bergantung pada rendang ayamnya dan sambal tumisnya. Jika dah bercampur dua-dua bahan tu.... memanglah sedapppp...
Lihatlah gambar di bawah.. Peminat-peminat setia dan bakal pesakit jantung tetap akan beratur demi memenuhi kehendak tekak mereka...
Balik rumah, terus masak air panas untuk dibuat kopi 434. Aduh.... segarnya rasa... Enak yang tak terhingga....
Tapi nak menantikan jam 100tengahari untuk mengambil anak, mata akak seakan-akan ada pemberatlah pulak. Nak dilayan tidur, tidaklah boleh pulak kerana bila Tuan Puteri Gigi Besi dan bangun.... akak harus turut didendangkan lagu-lagu pilihannya dari lektoknya. Pandai pula dia memilih lagu-lagu kegemaran...
Selesai tugas mengambil anak-anak, akak singgah sebentar di pasaraya terdekat untuk membeli tepung kacang kuda. Hajatnya nak dibuat Ayam Goreng Special resepi Puan Yani dari Ipoh. Punyalah mencari Tepung Kacang Kuda.. sehinggalah akak terpaksa menalipon Yani bertanyakan bagaimana tepung kacang kuda kerana pada Plastik luar Allagappa takda di tulis Tepung Kacang Kuda.. cuma ditulisnya Tepung Kacang... Boleh jadi kacang hijau, kacang kuning..
Rupa-rupanya kena baca betul-betul.... Ketawa dibuatnya....
Di Pasaraya ni terdapat pulak buah-buahan kegemaran akak. Akak cukup suka kedua-dua buah-buahan bermusim ini...
1. Manggis...
2. Dukong...
Bila dah mengadap... tak hingat dunia....
Tuan2 & Puan2!!!!
ReplyDeleteInilah dia....Juara Peminat Tegar Nasi Lomak!!!
AKAKKKK!!!!!!
(Terjerit2 macam Pengacara Anugerah Muzik2 tu)
hehehe....
ptg2 ni buat meleleh je air liur....tp ida ni tk mkn ikan patin..tak taulah klu akak yg masak ida mkn..
ReplyDeletems kt klntan dn pasar payang geram tguk buah2an tp nk beli tk larat nk bawak kt bas..jauh parking...
Tak sabar tunggu cuti sekolah. Harap2 dapat makan buah-buahan kat kampung. Paling selekeh pun, sukun goreng mesti ada
ReplyDeleteSaya sukalah hajah rahmah ni, berselera sokmo.
ReplyDeletekalau ikan patin masak asam rebus ni dicampur tempoyak..waduh..waduh...pak mertua pun lalu belakang pun tak perasan..alamak leleh le aayor lior teman nengoknye..
ReplyDeleteFa...
ReplyDeleteLihatlah dunia...
Akak dah tak boleh nak sembunyi lagi.. akaklah peminat tegar semalaysia...
Ida..
Ikan patin ni memang ada satu bau kalau org yg tak suka makan ikan sungai... masak macamanapun tetap akan berbau... tapi bagi peminat tegar.. dah tak kisah sangat...
norashikin...
selamat berkenalan..
peminat sukun goreng jugaklah rupanya...
kak hajah nora...
saya memang tak akan sia-siakan bila dah mula berselera begini.. pernah merasa tak lalu nak makan.. siksanya...
Yani..
i dah kuranglah dengan tempoyak ni... tapi kalau dah lama tak pekena, nak jugak pekena.. setakat ni masih belum mahu pulak...
petang ni i masak briyani... nanti i upload gambarnya...
Akak pernah makan jem manggis? Manyak sidap, I tell u!! Mak mertua I buat.. menantu mithali hanya menikmati air tangan mertua dgn penuh besaq ati,of kos, sbb menantu mithali tak mungkin akan bersusah payah buat sdiri jem manggis!!
ReplyDeleteja..
ReplyDeleteu sa ja...(baca saja~sengaja) sengaja you nak melilihkan airliuq i biar berjejes sebab tu u mentioned jem manggis.. (nak beli, tak da jual.. jadinya i nak mintak u antaq mai sini...
Hidup nasi lemak .. dan hidup sukun (fevret!)
ReplyDeleteAkak, dendiam aje dia masak beriani ehh??
Nak gak jadi pesaing terdekat AKAK bab Nasik Lemak ni... jom 4-6 Jun, Karnival Nasi Lemak di Dataran Putrajaya...
ReplyDeletePatin? Woooo ini ikan tiap minggu mesti beli. Masak Asam Pedas + Bendi or Masak Lemak Cili Padi. Terangkatttt...!
kak som...
ReplyDeletewwwoooo peminat sukun juger...
azie..
jom lumber... siapakah juwara nasilemak minggu ini?...