Kejap saja rasanya meninggalkan kenangan waktu melahirkan Aisyah 5 tahun lalu... Pada tarikh tersebut, 30hb Jun 2005 akak berlenggang-lenggang kingkong ke wad bersalin untuk mendaftar masuk untuk persediaan bersalin 'elektif' ceaserian esoknya 1hb Julai 2005. Ikut aturannya akak kena daftar masuk wad pada pagi 30hb jun... tapi akak melengah-lengahkan waktu kemasukan dengan pergi lunch di Mc Donald Jln Masjid Negeri dahulu... masih berselera makan burger dan minum2 sesuka-sukanya..
Akak dah menempah kawan2 sama baca Yasin untuk membacakan Yasin untuk akak pada pagi Jumaat 1hb Julai.. hajatnya semuga pembedahan itu berjalan dengan lancar dan baby selamat dikeluarkan tanpa sebarang komplikasi..
Pada pukul 300 petang, perut akak diperiksa oleh petugas O&G.. dipakaikan mesin mendengar bunyi heartbeat baby. SN bertanya mengenai baby samaada pergerakannya aktif atau tidak. Akak dengan konfidennya beritahu bahawa memang baby cergas waktu malam saja.. tapi jawapan itu tidak diterima oleh SN. Doktor pakar dirujuk mengenai keadaan baby tika itu. Doktor memeriksa itu ini... kemudian beri arahan supaya akak terus disediakan untuk pembedahan segera.
Terkejut teramat sangat akak sebab perancangannya esok pagi-pagi akan dibedah bukan hari ini. Suami pulak takda nak menerangkan. Petugas terus bersiap-siap menyediakan akak untuk dibawa ke Dewan Bedah. Gigil jugak kerana mental tidak akak sediakan untuk hari ini.. untuk esok.
Suami sempat tiba sebelum waktu dibawa masuk ke Dewan Bedah. Sempat jugalah ditenangkan oleh suami.
Epidural di gunakan dan mungkin kerana kepakaran pakar bius tersebut, akak tidak berasa sakit waktu disuntik dan dibedah. Tidak seperti waktu melahirkan anak ketiga dulu. Kesakitan masa nak keluarkan baby dari perut sungguh terasa.
Sebaik baby dikeluarkan, terdengar jeritan/tangisan pertamanya.. Dr Karen menunjukkan baby kemuka akak dan sungguh seronok melihatkan badannya yang montel dan rambutnya yang lebat. Setelah baby dibersihkan, baby terus dimasukkan ke wad baby untuk pemerhatian kerana kadar kandungan gula dalam badannya tinggi akibat akak adalah pengidap diabetes dan tahap kesihatan baby terjejas.
Lebihkurang 3 hari juga baby ditempatkan di wad baby. Pada hari ketiga, akak dibenarkan naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan baby. Kelihatan baby yang saiznya agak besar dari baby-baby yang sama2 ditempatkan disitu seakan menjadi 'ketua' berbanding baby2 yg lain.
Pagi hari keempat, akak dibenarkan bersama baby dan pada petangnya kamipun pulang kerumah.
Hari ini, baby tersebut dahpun berusia 5 tahun. Sangat bijak dan petah berbicara. Tak gemar pakai skirt ataupun dress/gown. Suka makan lauk yang pedas. Sewaktu berusia 6 bulan sudah berani makan pucuk midin goreng belacan. Dan, inilah sorang anak akak yang kena cabut 5 btg gigi sebab malas gosok gigi dan pelat menyebut huruf 'R'....
Untuk Aisyah Sakinah, ibu doakan agar Aisyah menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup...
Selamat Ulang Tahun, Aisyah Sakinah. Aunty ameenkan doa ibu.
ReplyDeletetahun depan gi sekolah tadika tau!!!
ReplyDeletesama dgn anak antie!!
sama tarikh lahirnya dengan anak pB yg no 4 (Nurin).
ReplyDeletemoga jadi anak yg solehah
Allah Selamatkan Aisyah Sakinah, moga menjadi anak yg solehah. Amin
ReplyDeleteWah, another Cancerian macam auntie Som and auntie Lili! Kalau lah Aisyah lahir pada 1 julai, hmm...memang boleh join club July's Cancerians! Hikhik!!
ReplyDeleteAnyway, buat Aisyah Sakinah, Selamat Hari Lahir yang ke 5. Semoga apa yang di doa oleh ibu Aisyah akan termakbul. Amin. :-)
HAPPY BIRTHDAY AICAH....SEMOGA DIBERKATI ALLAH DAN DIPERMUDAHKAN HIDUP INI. DIKURNIAKAN KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
ReplyDeleteDari Ayman (Tan Hong Meng), Nadia, Pak Da & Mak Da
Hepi Besday Aisyah.... semoga Aisyah menjadi anak yg solehah....aunti doakan Aisyah selamat dunia dan akhirat.
ReplyDeleteDah potong kek? Ibu beri hadiah apa? kita share boleh?
Salam kak hajah nora...
ReplyDeletedah disampaikan pada Aisyah... Happy sungguh dia...
doktor...
Insya'Allah.. Ibu Aisyah akan hantar ke tadika tahun depan... (kalau Aisyah tak merengek lebeh-lebeh)
pB...
terima kaseh.. amin.
kak nani..
terima kaseh.. dah disampaikan pada Aisyah.. panjang sengehnya... Amin YRA.
Lili...
terima kaseh.. dah disampaikan juga... (hebat2 geng cancer ni..) Amin YRA.
Mak Da...
terima kaseh... Amin YRA.. sengeh Aisyah dengar nama tan hong ming... mengimbau kenangan bersama-sama kot.. heheheheheh.
Kak Zah..
terima kaseh. Amin YRA.. Aisyah belum potong kek sebab ibu belum beli... tunggu abah balik baru dapat hadiah dan potong kek...
alalalalaaa....
ReplyDeletesungguh manis...
selamat hari lahir aisyah....
xoxo ; )
Happy B-day aisyah sakinah..sakinah tu nama anak kita yg sulung..tak pasal2 kita terkenang pulak masa kita melahirkan anak sulung..ee..ngeri tp seronok.
ReplyDeleteMah, ada hajat nak tambah lg tak. I dah angkat bendera putih surrender! tp klu2 accident apa nak kata..selagi lum pencen..he..
Sya..
ReplyDeleteterima kaseh...
Yati...
terima kaseh... tentang tambah memang takkan ada lah dan memang dah tak boleh pun.... kalau sihat pun tak mungkin ada sebab dah 46tahun.. takkanlah umur 60 pun nak kena tunggu anak sekolah? Tapi.. rejeki jugak...
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat AISYAH... hari ini yer? 30th Jun? Semoga terus menjadi anak yang menyenangkan keluarga dan menjadi anak yang cemerlang..
ReplyDeleteAKAK... ada kek tak? Azie nak tumpang kek tu blehhhh?
Salam Akak ..
ReplyDeleteBertuahnya Akak sebab boleh selebret harijadi anak bungsu dengan 'anak sulung'. Satu kek kongsi berdua, jimat kos kekdahnya.
Dear Aisyah.. selamat hari jadi. No wonder Aisyah nih bijak budaknya .. (macam Kak Long masa kekecik dulu. Aunty Mama, Aunty Lili dan Aunty Azie pun bijak cam kita gak, auwww...)
Hepi besday, Aisyah!!
ReplyDeleteRambut masih lebat menawan, tp badan dah tak montel..
Meh sini meh!! Mak Ngah Ja belanja mamam aiskewim..
azie..
ReplyDeleteterima kaseh... yep 30hb birthday aisyah... patutnya ibu dia dah pilih 1hb julai.... dia nak keluar jugak.. tak menyabar-nyabar...
Azie boleh tumpang kek tapi mahap lah kalau kek tu tak sedap... aisyah yang pilih.... tak menyempat2 juga....
kak som...
memang menjimatkan... itulah kerana pandainya ibu aisyah 'merancang keluarga'. Kalau boleh nak kumpul 4/4 punya birthday sekali arong jer...
Cencerian memang 'pleasant dan charming'...
Mak Ngah Ja...
nanti ibu aisyah pos aisyah guna pos laju... semata2 makan aiskewin dengan you... lepas tu jangan lupa pos semula ke bangi....
Dah bagi, berdosa mintak balik.. buruk siku tauuuu..
ReplyDeleteoiiiittttt...
ReplyDeletemak ngah ja...
i kirim aisyah dengan poslaju..
bukan kirim air kerim...
memanglah i HARUS/WAJIB mintak balik....