Wednesday, June 23, 2010

623 ~ Kampong Baru.


Dalam tahun 1970an.. Kampong Baru masih lagi kelihatan seperti perkampungan Melayu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Sekarang, bila akak sengaja menyusuri jalan-jalan di Kampong Baru, suasananya sudah berubah. Sudah kelihatan seperti ' Mini Indon '. Rata-rata akak lihat ramainya pendatang asing yang tanpa izin dan dengan izin mendiami sebahagian besar kawasan Kampong Baru.

Suasana yang dahulunya kelihatan tenang dan aman amat berbeza sekali kini. (Kak Hajah Nora pernah mengimbau kenangannya sewaktu datang bercuti kerumah bapa saudaranya di Jalan Hale sekarang dikenali dengan Jalan Raja Abdullah ~ tentunya kak hajah Nora pun bersetuju dengan pendapat akak).

Jika dahulu, rumah-rumah kampong masih tersergam indah tetapi kini sudah terdapat banyak rumah-rumah seperti apartmen dan dijadikan rumah sewa oleh tuanpunya tanah termasuklah arwah ibu akak. Rumah kami yang dahulunya hanyalah sebuah rumah kampong yang agak besar, sudah bertukar menjadi rumah pangsa 3 tingkat untuk dijadikan rumah sewa bagi menjana pendapatan buat arwah ibu akak.

Rindu sungguh akak dengan suasana rumah lama kami. Kelihatan sebatang pokok rambutan yang berbuah lebat di hadapan tangga rumah, manakala di kiri kanan sebelah hadapan rumah di tanam dengan pokok kuini. Di bahagian tengah tanah tersebut pula di tanam dengan pokok langsat, nangka, jambu batu dan juga pokok cermai. Manakala di bahagian belakang rumah kami terdapat sepohon besar rendang pokok kuini, pokok rambutan dan pokok jambu air. Terdapat juga serumpun pokok pisang nangka di bahagian belakang kanan rumah.

Bila musim rambutan, pokok rambutan masam kami akan berbuah dengan lebatnya. Akak memang tersangat suka makan rambutan masam berbanding rambutan biasa. Rasanya yang masam-masam manis dan berair, membuatkannya sangat enak sekali. Tak dapat nak digambarkan. Arwah Makcik Ramlah ( pakar masakan dalam keluarga kami ) tentunya akan membuat paceri rambutan daripada buah rambutan tersebut untuk dimakan bersama-sama dengan roti canai. Keenakannya memang tidak dapat nak di gambarkan.

Bila tiba pula musim buah kuini, pohon kuini kami yang begitu rendang di bahagian belakang rumah akan menjatuhkan buahnya apabila terdapat angin. Sangat seronok kami berebut-rebut mengambil buah kuini yang jatuh berguguran apabila angin bertiup. Rumah kami mempunyai 5 buah rumah yang disewakan bagi mendatangkan pendapatan buat arwah emak. Boleh dikatakan kesemua penyewa akan keluar bersama-sama berebut-rebut mengambil buah kuini. Boleh jadi macam pesta pulak jika musim kuini masak ranum dan angin bertiup. Boleh dapat 10-20 biji pada satu-satu masa.

Akak membesar di Kampong Baru sewaktu Kampong Baru masih ketara dengan ' Kampong Melayu '. Jiran-jiran sebelah rumah adalah rapat antara satu sama lain dan ada juga yang bersaudara dengan kami. Semangat kejiranan kami waktu itu sangatlah rapat dan mesra. Sering bertemu terutama sewaktu solat hari raya Aidil Fitri ataupun Aidil Adha di surau berhampiran dan saling mengunjungi satu sama lain. Mengenali kaum keluarga masing-masing.

Antara jiran yang sama-sama membesar di Kampong Baru adalah bekas pengurus bola sepak Selangor iaitu keluarga Datuk Mokhtar Ahmad, keluarga Tan Sri Azman Hashim, Ibu mertua kepada Tan Sri Ghazali Shafie, keluarga bekas pemain bola sepak Zainal Abidin Hassan dan abangnya Khalid Ali.

Tak lupa juga sewaktu zaman popularnya Ahmad Tamimi Sarigar, kami mengenali beliau yang menyewa di rumah Arwah Makcik Besah di Jalan Watson. Pernah mengenali dan berbual-bual dengan Azean Irdawaty yang datang mencari Ahmad Tamimi di rumah sewanya itu.
Memang banyak sungguh kenangan manis akak di Kampong Baru.

Kenangan sewaktu peristiwa 13 Mei juga tidak akak lupakan. Kejadiannya berlaku di hadapan rumah akak dan akak masih dapat mengingati setiap yang berlaku. ( Akan akak ceritakan jika ada permintaan... )

Tapi kini masing-masing (termasuklah kami) telah melepaskan hakmilik pegangan tanah kami kepada syarikat yang menjalankan perniagaan menjual kereta mewah.

11 comments:

  1. Salam Mah,

    Agaknya musim kita merindui zaman sebelum ada pembangunan kan? Kalau Mah ada gambar dulu dan sekarang, pasti menarik lagi tulisan Mah yg sangat menarik ni...

    Dan, agak-agaknya, ada ke sambungan bab berjumpa Azean Irdawaty tu? hihi!

    ReplyDelete
  2. Salam Lili..
    sayang sungguh kerana saya tak punya gambar2 lama. Kalau ada pun dalam simpanan keluarga kawan saya. Insya'Allah.. nanti saya cuba tanyakan.
    Nak sambungan cerita tamimi dan azean?.. boleh.. sediakan kacang kuda rebus... hehehehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam KR,

    Datuk Harun sblm ditangkap pn dok depan umah kan,
    ingat dulu landmark umah ialah balai datuk harun,
    masa tu x de petronas dll, bekas menteri kesihatan
    arwah datuk bostamam (ke nama lain?)pn dok dekat dgn umah (jln puan).

    Oh ya footballer zainal abidin tu biasa jumpa masa raya, makcik saya kamcing betul ngan sedara dia - arwah cik bulat.

    Artis ... ramaai - yg saya penah jumpa mahmud june (slalu dia dok depan umah), ahmad jais (dulu umah dia sebelah juara tomyam skrg) - tiap kali pi skolah lalu umah ahmad jais & dia rajin tegur,berjiran ngan dia ialah pakcik ogy ahmad daud (masa kes ogy muda2 baju terseksi, mak dia larikan dia kat sini), rosnah abd rahman (mak dia rajin dtg umah sblm meninggal dlm thn lepas), dahlan zainuddin penah dok dekat umah gak tp kejap je, AR badul (yg ni pn x leh lupa sbb penah witness dia dispute dgn isteri muda kot), razis ismail (kawin dgn anak tuan umah dia hehe.

    Pendek kata macam Lat habaq dlm buku dia, semua org ada sedara di kg baru, yg baru2 dtg KL, ramai yg menyewa di kg baru ...

    sy rasa ramai yg bangga sbg anak kg baru, ada bbp orang anak2 kg baru (lelaki2) yg hantar msg pd sy di FB, rasa macam tak penah cakap pn dgn dorang tp key word nya, 'tak kan x ingat sy org kg baru'........

    PS - panjang kan komen dr org kg baru hehe
    wan

    ReplyDelete
  4. Salam Rahmah, akak pula yg paling x boleh lupa tentang Kg Baru..
    Emm...malam2 gelap gulita,semua orang sedang tidur nyenyak..
    Apek kandar menjalankan tugas nya dengan sebiji torch light he he he..
    Depan rumah akak ada pokok besar lebih dari sepemeluk, pokok bunga tanjung..kami bila bermain di halaman rumah, selalu kutip bunga2 yg bertaburan, amat wangi gitu, kami cucuk dgn jarum dan benang buat rantai dan gelang..
    beautiful moments bila ingat kembali.

    ReplyDelete
  5. salam wan...
    seronok bila akak turut 'diingatkan' mengenai keluarga besar kampong baru... (bila wan sebut, barulah akak ingat.. mahap jer lah..dah tua lah...)terima kaseh kerana turut menyumbang info mengenai kg baru....nanti kita kisahkan lagi...
    akak setuju part 'yang baru datang KL ramai menyewa di kg baru..'sebab akak mempunyai beberapa rumah sewa dan nampak orang luar datang dan pergi... manisnya kenangan lama, kan wan?..

    kak nani,
    jika kak nani sebutkan pokok bunga tanjung depan rumah, memang saya ingat sangat di Jalan Hamzah. Memang besar pokoknya dan banyak bunga bertaburan. Bila saya lalu di hdapan rumah kak nani, memang dapat baunya...
    Arwah mak saya pernah terserempak dengan 'apek kandar' yang menjalankan tugasnya pada malam gelita... tapi orang india.. mak saya naik kasihan melihatkan cara orang mencari rezeki.. tapi sekarang, mujurlah dah ada 'indah water' menguruskannya... hehehehehe...

    ReplyDelete
  6. Kalau pusing-pusing sekitar kampung baru, ingatkan kita di negara jiran seberang sana. Rumah rapat-rapat, rumah setinggan. Jalannya sempit dan kurang bersih. Tak lama lagi jadilah 'kampung baru', 'bandar baru kampung baru', boleh ke?

    ReplyDelete
  7. kak hajah nora..
    maksudnya pada masa sekarang ataupun tahun 70an dulu?..

    ReplyDelete
  8. Tahun 70'an tak mcam masa sekarang, dulu teratur, kemas, tak sibuk. Dulu lain, sekarang lain kan hajah, dengan kemasukan orang luar...

    ReplyDelete
  9. kak hajah nora...
    memang setuju.. sekarang dah nampak macam setinggan kat indon... semak, kotor... sesak jugak.
    Dulu, aman makmor... walaupun rumah kampung, tapi kemas dan bersih...
    akibat 'kebanjiran' orang indon jugaklah jadi begitu...

    ReplyDelete
  10. Salam DM.... kita yg dah 'senja' ni mmg best mengimbau kenangan lalu... OK nnt sambung cerita 13 Mei ye... KZ yg duduk di ulu kg pun ada cina mati ditetak melayu depan gate rmh.. kalau di Kg Baru lagilah menakutkan ye...

    ReplyDelete
  11. kak zah...
    saya terasa bila dah berusia senja ni, semakin rindu zaman kanak-kanak dulu... masa kanak2 dulu.. tak saya sangka nak jadi 'senja' begitu cepat sekali..
    ok.. lepas ni saya ceritakan kisah 13 Mei pula...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata