Sunday, June 20, 2010

618 ~ Melencong ke IKEA


Sewaktu akak ke jemputan kenduri di Taman Tun sabtu lalu... kami sudah mengerjakan solat zohor. Jadinya, sewaktu hendak pulang selesai kenduri, jam menunjukkan pukul 400 petang, kiranya jika hendak melencong ke One Utama atau Ikea, memang sangat-sangat digalakkan. Suami juga mencadangkan kami solat Asar dan Maghrib di Ikea.

Jarang sekali akak kemari.
Masih belum biasa....
(dah dapat idea mana nak menyopping barang2 keperluan rumah...)



Dah penat jalan2 dalam IKEA, sempat jugak mengisi tekak yang teringin nak merasa 'meatball' yg sangat terkenal yang menjadi sebut-sebutan dalam blog kenkawan.


Suami pula memilih salmon... nampak menyelerakan...

Inilah rupanya meatball yang ter'sohor' itu...
Siap ada jem cranberry..(kalau tak silap...)

Verdict:
Sedap... setuju dgn kenkawan yang dah merasa...
Cranberry jam itu memang membuka selera dan kena dimakan dengan meatball dan 'brown sauce'.
Boleh cuba lagi........
Menepati selera Si Tekak Minang....


8 comments:

  1. Apa yg Rahmah borong? he he he
    Kalau akak pegi suka beli serviette tissue,best dan murah. Dah lama tak ke sana

    ReplyDelete
  2. doktor...
    lainkali mmg nak cuba....
    suami pun dah seronok belanja di sini...

    kak nani...
    hmmm... borong pinggan mangkuk pelastik yg warna-warni...
    pisau.. sudu... patung buaya utk Aisyah...
    (dah dpt idea apa yg boleh dibeli kalau kat sana...)
    kami baru 2x pergi sini....
    amatur...

    ReplyDelete
  3. Akak, you larat habiskan 10 ketul meatballs tu? I beli 5 ketul aje, tu pun rasa se'eh. Dah se'eh tu tak reti2 pause, terus makan dessert siDaim tu.

    *Se'eh = perut rasa penuh tak larat tarik nafas kekdahnya

    ReplyDelete
  4. kak som..
    i pun heran.. walhalnya i baru makan kenduri... i boleh habiskan 7 meatball tu... kahar dapat 3 jer... siap i salahkan dia, kenapa dia ambil salmon?.. Daim cake tu, akan ku chuba jugak...
    (ada alasan nak heret kahar ke ikea lg...)

    ReplyDelete
  5. HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAA...

    smp la ni pon ai lim dapat nk rasa meatballs ikea tu akak...(sambil taip, sambil jilat screen pc)

    ReplyDelete
  6. kek daim tu boleh tapau tak? sapa pegi ikea nak kirimmmm....!

    ReplyDelete
  7. Ai..
    kalaulah bukan kerana akak dah 'terlepas' ke taman tun sebabkan wedding tu... akak pun harus menjilat skrin jugak macam Ai...

    KGG,
    jom kita tapau menapau... siapa pergi dia tapaukan... btw.. u duduk kat bangi kan???? ( Teka sebab u selalu ke oldtimer dan nu-inn...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata