Kejap saja rasanya meninggalkan kenangan waktu melahirkan Aisyah 5 tahun lalu... Pada tarikh tersebut, 30hb Jun 2005 akak berlenggang-lenggang kingkong ke wad bersalin untuk mendaftar masuk untuk persediaan bersalin 'elektif' ceaserian esoknya 1hb Julai 2005. Ikut aturannya akak kena daftar masuk wad pada pagi 30hb jun... tapi akak melengah-lengahkan waktu kemasukan dengan pergi lunch di Mc Donald Jln Masjid Negeri dahulu... masih berselera makan burger dan minum2 sesuka-sukanya..
Akak dah menempah kawan2 sama baca Yasin untuk membacakan Yasin untuk akak pada pagi Jumaat 1hb Julai.. hajatnya semuga pembedahan itu berjalan dengan lancar dan baby selamat dikeluarkan tanpa sebarang komplikasi..
Pada pukul 300 petang, perut akak diperiksa oleh petugas O&G.. dipakaikan mesin mendengar bunyi heartbeat baby. SN bertanya mengenai baby samaada pergerakannya aktif atau tidak. Akak dengan konfidennya beritahu bahawa memang baby cergas waktu malam saja.. tapi jawapan itu tidak diterima oleh SN. Doktor pakar dirujuk mengenai keadaan baby tika itu. Doktor memeriksa itu ini... kemudian beri arahan supaya akak terus disediakan untuk pembedahan segera.
Terkejut teramat sangat akak sebab perancangannya esok pagi-pagi akan dibedah bukan hari ini. Suami pulak takda nak menerangkan. Petugas terus bersiap-siap menyediakan akak untuk dibawa ke Dewan Bedah. Gigil jugak kerana mental tidak akak sediakan untuk hari ini.. untuk esok.
Suami sempat tiba sebelum waktu dibawa masuk ke Dewan Bedah. Sempat jugalah ditenangkan oleh suami.
Epidural di gunakan dan mungkin kerana kepakaran pakar bius tersebut, akak tidak berasa sakit waktu disuntik dan dibedah. Tidak seperti waktu melahirkan anak ketiga dulu. Kesakitan masa nak keluarkan baby dari perut sungguh terasa.
Sebaik baby dikeluarkan, terdengar jeritan/tangisan pertamanya.. Dr Karen menunjukkan baby kemuka akak dan sungguh seronok melihatkan badannya yang montel dan rambutnya yang lebat. Setelah baby dibersihkan, baby terus dimasukkan ke wad baby untuk pemerhatian kerana kadar kandungan gula dalam badannya tinggi akibat akak adalah pengidap diabetes dan tahap kesihatan baby terjejas.
Lebihkurang 3 hari juga baby ditempatkan di wad baby. Pada hari ketiga, akak dibenarkan naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan baby. Kelihatan baby yang saiznya agak besar dari baby-baby yang sama2 ditempatkan disitu seakan menjadi 'ketua' berbanding baby2 yg lain.
Pagi hari keempat, akak dibenarkan bersama baby dan pada petangnya kamipun pulang kerumah.
Hari ini, baby tersebut dahpun berusia 5 tahun. Sangat bijak dan petah berbicara. Tak gemar pakai skirt ataupun dress/gown. Suka makan lauk yang pedas. Sewaktu berusia 6 bulan sudah berani makan pucuk midin goreng belacan. Dan, inilah sorang anak akak yang kena cabut 5 btg gigi sebab malas gosok gigi dan pelat menyebut huruf 'R'....
Untuk Aisyah Sakinah, ibu doakan agar Aisyah menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup...