Saturday, May 22, 2010

Wajah Kesayangan Hamba...










Sewaktu suami mengajak akak sama-sama menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran Jururawat Hospital Serdang, satu saja yang akak harapkan... muga nantinya akak akan dapat bertemu dengan wajah-wajah yang amat akak rindui. Tapi dalam lautan maknusia yang begitu ramai, (sila rujuk pada gambar di atas..) akak tak dapat mencari mereka-mereka yang pernah berjasa dan berkhidmat dengan penuh dedikasi yang tak terhingga... Benar kata seorang Ketua Jururawat (Sister) sewaktu akak akan meninggalkan wad CCU setelah hampir sebulan akak dirawat di sana.

' Sekarang puan rindu kat anak-anak kat rumah, tapi bila puan ada di rumah... puan akak merindukan anak-anak puan yang berada di sini..'

Rupanya benar kata-kata Sister tersebut. Akak sering merindukan mereka yang pernah merawat akak, membantu dalam usaha menyelamatkan akak (sewaktu akak dah berhenti nafas akibat kesesakan nafas...), membantu dan menemani akak yang sering terjaga di tengah-tengah malam.

Ada sekali tu pernah akak tak boleh tidur kerana terlalu sakit di bahagian belakang badan, ada yang datang mengurut-urut dan juga pernah kaki akak merasa tersangat gatal, ada pula yang datang menjenguk ke dalam bilik akak walaupun tanpa akak picit loceng memanggil minta bantuan. Sebesen air panas diambil dan kaki akak di lap dengan air panas sehingga rasa gatal tersebut hilang.

Ada yang menemani akak sehingga kedalam tandas bagi memastikan akak tidak jatuh pitam di dalam tandas. Ada yang menyuapkan makanan ketika akak tak berdaya nak bangun. Ada yang sekadar datang menjenguk dan bebual-bual ketika akak dah tak boleh melelapkan mata. Memang banyak kenangan manis antara kami sewaktu akak di rawat di CCU.

Dan..... wajah pertama yang akak ketemu ialah wajah seorang Sister iaitu Sister Rozi yang apabila dah bersolek dan tidak memakai pakaian seragam, membuatkan akak tertanya-tanya siapalah gerangan artis yang dijemput... memang manis menawan... (tapi sayang akak tak sempat nak rakam gambarnya keranan menyangkakan akan berpeluang bergambar bersama-sama kemudian tapi hingga ke akhir majlis, akak dah tak jumpa beliau.

Wajah yang kedua akak temui ialah wajah seorang doktor pakar bius yang telah berkali-kali dipanggil untuk memberikan rawatan yang terhabis baik buat akak. Biarpun pukul berapa di panggil, beliau dengan segera tiba kerana suami akak memang mengharapkan doktor-doktor yang paling tinggi kepakaran mereka untuk merawat akak. Selalunya kerja-kerja begitu boleh di lakukan oleh pembantu mereka tetapi apabila dikehendaki bertugas merawat akak, Doktor Norly segera melakukannya.

Inilah doktor yang membantu menebuk dada akak untuk mengeluarkan air yang bertakung di paru-paru akak. Dengan melakukan kerja-kerja dengan penuh teliti dan kepakaran yang tinggi, beliau melakukannya dengan tidak menyakitkan. Pernah akak bertanya teman yg sama-sama menerima rawatan 'ditebuk dada' mereka, mereka mengatakan jika bukan pakar yang tinggi kepakarannya membuat 'procedure' tersebut.... kesakitan amat-amat dirasakan.

Inilah wajah kesayangan hamba iaitu Doktor Norly, Ketua Jabatan Bius. Pernah seorang petugas (SN) yang mengenali beliau mengatakan Doktor Norly adalah seorang doktor yang berbaik-baik dengan semua petugas (SN) yangmana beliau tak pernah memarahi petugas dan sering mengajak petugas tersebut belajar sesuatu yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Doktor Norly memang disayangi dan di senangi oleh semua petugas (SN) baik di CHDW, CCU, ICU dan bilik bedah.


Sewaktu akak mencari-cari wajah yang lain yang akak rindu, ternampak sesusuk tubuh dan wajah yang amat akak kenali. Akak terus menghampiri ke meja beliau dan menegurnya. Terkejut sungguh dia melihatkan kedatangan akak. Sebaik upacara bersalaman dan berpeluk-peluk dan beramas mesra... suami akak datang dan mengambil gambar kenangan kami.

Inilah SN yang sering bertugas menjaga akak sewaktu akak di CCU. Kami sering menghabiskan masa bertanyakan keadaan keluarga masing-masing. Dalam kesibukannya bertugas, ibunya telah diserang angin ahmar dan membuatkannya sering berulang alik dari Hospital Serdang ke kampung halamannya.

Dan sewaktu jalan keluar dari Dewan Ball Room, akak terserempak dengan wajah-wajah yang amat akak rindui... inilah sekumpulan petugas CCU yang jika akak kesana bila-bila waktu (bukan kerana di rawat) akak jarang bertemu mereka kerana waktu kerja mereka. Telah hampir setahun akak tak bertemu dengan mereka lebih-lebih lagi dengan SN Rozi dan SN Intan.

SN Intan adalah seorang SN yang sungguh cemerlang dalam kerja-kerjanya walaupun sewaktu akak dirawat di CCU dia baru 2 minggu bertugas di situ. Tidak kekok langsung melakukan kerja-kerjanya. SN Intan dikabarkan baru saja mendirikan rumahtangga pada Sabtu lepas. Memang cantik berseri pengantin baru...
( Beliau yang bertudung hijau betul2 sebelah akak...)

SN Rozi, adalah SN yang mula-mula melihat akak dalam keadaan di intubate dan ventilate. Sewaktu akak dibawa naik dari Kecemasan ke wad CCU, dialah orang yang pertama menerima kemasukan akak ke CCU. Bila kemudiannya dia menceritakan betapa terkejut dan sedihnya dia melihat akak sedang ventilated dan intubated.
(Beliau yang bertudung hitam dan memakai 'sari' berwarna oren...)

Bila dia mempunyai masa lapang, dia akan datang menemankan akak dan bercerita kisah-kisah ttg keluarganya dan juga bagaimana sewaktu rumahnya dimasuki perompak. Yang paling kelakar ialah apabila perompak yang dah mengambil laptop SN Rozi, bertanyakan pula dimanakah 'charger' laptop tersebut. Memang kelakar.....

Rasa tak cukup waktu bertemu kesemua mereka yang dah banyak berjasa dan melakukan tugas dengan sungguh dedikasi.... Semuga Allah sahaja yang akan membalas segala jasa dan budi mereka kerana walaupun sudah menjadi tanggungjawap dan tugas mereka tapi tanpa keperihatinan, kesungguhan dan juga keikhlasan ( EClass) yang mereka tunjukkan dan diberikan, akak dan pesakit-pesakit lain tidaklah merasakan keselesaan sepanjang dirawat.


Hmmmmm... bila akak besarkan gambar dan perhatikan mereka satu persatu... barulah akak mengenal mereka seorang demi seorang. Bayangkan masing-masing dah bertukar dari memakai uniform bertukar menjadi bintang-bintang dan pari-pari. Sungguh cantik dan sungguh manis..

( Sila refer pada gambar diatas) Dari kiri... nombor dua.. yang berpakaian choklat dan bertudung hitam.. itulah SN yang datang ke bilik akak waktu tengahmalam... mengambilkan air panas sebesen dan kain untuk dia lapkan kaki akak yang ketika itu tersangatlah gatalnya... dilap-lapkannya hingga akak terasa lega. Tapi untuk mengingati semua nama-nama mereka, memanglah akak tak upaya.... Cuma yang boleh akak catitkan di sini...

Saya sayang Kamu semua...



10 comments:

  1. Apa yang saya boleh kata, AKAK ni mesti sorang yang peramah, mesra alam gitu. Sebab ramai betul kenalan, ramai betul yang mengenali. Saya yakin juga, mereka mengenali AKAK, mendekati AKAK bukan kerana AKAK tu isteri siapa... tapi kerana diri AKAK sendiri....

    Agak-agak kalu dapat jumpa, pastu AKAK akan rindu AZIE tak? Ahaks!

    ReplyDelete
  2. Bak kata orang Melaka 'Hati mau baik, be, mulut mau manis' baru ramai kenalan. Kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita, boomerang effect!

    ReplyDelete
  3. Lawa dia pakai tudung 2 lapis gitu, nanti ajar kita ya? kita tak reti laaaa....

    oiiitt..azie! orang mana ada kutu laa!! orang selalu pegi cuci rambut kat saloon elite tau!! Apply vitamin for hair lagii...hehehe

    ReplyDelete
  4. FA... Saloon Elite tepi Elit hiway tu ek? Bukak lagi kedai nyonya tuh? Heeeee.. sejak ritu I nampak ada kutu kat tola putih goodmorning dia, I dah tak lalu nak pi cuci rambut kat situ..

    Skang kiter pi kedai rambut nyonya lainnnn... > berjalan penuh gaya sambil selak selak rambut!

    ReplyDelete
  5. hahaha...amoiiii..kita tak main saloon nyonya nyonya maaa. Saloon kita, bukak pintu je sulah kena charge maaaa...itu propesyionalll punyer olang...kena bayar latus latus lorrrrr.....

    ReplyDelete
  6. wahhh..cunnya akak...

    memang tak terkira besarnya jasa mereka2 itu...klu nk dibayar dgn wang tk terbayar rasanya...ida pun bnyk pgalaman di hospital..masa melahirkan,masa denggi dn keguguran...

    ReplyDelete
  7. Azie, bukannya nak riak.. tapi mungkin sebab dah nama pun rahmah... sebab itulah akak jadi peramah... (ada kaitan tak...???)
    apapun akak pikirkan, akak memang suka berjumpa/bertemu dgn semua orang... jika takdirnya akak jumpa azie, azie sudi tak nak jumpa lagi dgn akak?..ataupun serik tak?

    Kak hajah nora...
    Alhamdulillah... arwah mak memang dah berpesan cenggitu.. hati mau baik, mulut mau manis...
    saya ni berbesar hati bila bertemu dgn kawan-kawan...

    Fa..
    akak ekceli dah tak tahu nak pakai macamana.. akak beli udung ariani tapi tak pandai nak pakai tudung tergantung2 cenggitu... jadinya akak sarungkan juga tudung bawal... rupa2nya dah jadi trend sekarang.... (unsangkarable... youuuu..) Nanti i tunjukkan kat u... tapi kalau Qeeb yang buatkan lagi cantik you... semalam i buat sendiri...

    Azie dan Fa...
    apapun tolong selesaikan kutu tu dulu yer....
    tapi dengarnya main kutu dah illegal...

    Ida...
    shekali-shekali nak merasa bergaya...
    Akak memang tabik dengan kesemua SN dan doktor yg banyak membantu.... Seronok dengan keikhlasan mereka menjalankan tugas....

    ReplyDelete
  8. Salam...izinkan KZ(Kak Zah) panggil DM(Dik Mah) ye... lebih mesra kan.....
    Lepas baca entri ni baru KZ tau yg DM pernah masuk CCU. Syukur alhamdulillah... sekarang semakin sihat dan dpt menjalankan aktiviti harian seperti biasa... dan boleh menemankan suami pergi dinner...seronok KZ tengok gambar2 DM jumpa nurse2 tu...

    ReplyDelete
  9. Akak, takde 'lancing2' ke? ;-)

    ReplyDelete
  10. salam kenal KZ..
    Syukur ALhamdulillah.. setelah berbulan sejak Intubated dan ventilated tahun lepas, saya menjalani berbagai rawatan, syukur alhamdulillah... saya diberikan kesihatan yang lebih baik...(nurse2 yg melihatkan keadaan saya sakit dahulu pun agak terkejut..sebab dulu 49kg..sekarang 64kg~besar perubahan dari setahun lalu...)

    Kak som....
    lancing2 takder...poco2 ade, dijemput jugak tapi.. tak fandai....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata