Friday, May 21, 2010

Laporan dari opis....


Selepas terlepas hari rabu lepas...
(sebab dah terlambat nak gi spital.. fasal akak jugak...
akak ada perangai yg bila tunggu nak membuang sebelum mandi, tak mahu pulak... tapi... sebaik pakai jer seluar,... hmmm masa itulah perut nak minta dikeluarkan segala mcm toksid...)
Anak perlu dihantar.. maka hantar anak cepat2 dan akak membuang segala khazanah perut di stesen Petronas kerana akak suka tandas di stesen Petronas bersih jugak.... (taklah sebersih tandas yg kena bayar RM5 hinggit mcm kat The Gardens, midvalley.

Okay.. citer dah melalut jauh...
patutnya nak citer, utk pagi ini akak beli sarapan yang ini....
.
.
.



Kesedapan betul. Sambalnya akak letak secukup2nya... sampai lupa, kalau perut nak menolak toksid2 tu macamana?... (takper... hj mulok ada... hehehehe...)


Gambar pesakit di atas adalah uncle yg sama shift dgn akak.. dia duduk tetap di situ setiapkali dialysis. Cumanya shift selepasnya, pesakit bertukar ganti... sapa cepat dia dapat....
Rabu lepas, dia menyuarakan isi hatinya pada akak. Antara lain katanya...

" Jalan di hadapan saya sudah gelap gulita... Tiada harapan lg.. bila balik selepas dialysis, badan saya letih sgt..B/P saya rendah.. apapun tak boleh buat... tidur saja... tapi saya nampak awak muda lg.... masih kuat dan makan pun berselera.... jika ada satu pil yg boleh saya makan, pagi esoknya saya tak perlu bangun.... saya akan makan.... disini mereka tak membenarkan....tapi di Holland, sudah ada dan dibenarkan.."

Terkesima akak mendengar setiap patah perkataannya... sebelum ini memang kami sering berbual tapi akak tak tahu begitu perasaan dan rasanya... Muga2 dia dapat hidayah untuk memikirkan sesuatu yang baik.



Sebelum ini, untuk menghiburkan hati menanti 4jam disini... akak akan mendengar alunan lagu Imran Ajmain... tapi setelah Aisyah selalu membuka lagu ini di lektoknya dari soundtrack Princess and the Frog.... berjudul... ' Never Knew I needed '.... akak berulang kali mendengar lagu ini... Aisyah memang pandai pilih lagu.... Selera muziknya sama macam maknya... hebat.....
Mcm dia selalu cakap bila dia rasa dia hebat...
" Go Aisyah.. go Aisyah...."

13 comments:

  1. Salam Mah,

    Baru-baru ni saya tengok dengan mata kepala sendiri betapa sakitnya seorang anak gadis kawan yang baru balik dari rawatan chemo. Azabnya... yang sedih, bila si emak meluru peluk saya bila saya cuba pujuk si anak yang tak nak turun kereta dan meracau-racau... Si emak dah tak terdaya memujuk meskipun dia sabar. And, the girl is only twenty... Luluh hati saya, Tuhan saja yang tahu...

    On a lighter note, Mah, memang pandai Aisyah pilih lagu. :-)

    ReplyDelete
  2. Salam ....


    dah berkurun tak ke Mid Valley ..
    tak larat , ramai bebenor orangnya

    ReplyDelete
  3. lili,
    chemo memang menyakitkan... suami saya kata, even bg seorang lelaki yg macho, gagah (jeneral tentera) boleh menangis sewaktu rawatan chemo....
    kesian sungguh anak dara yg sudah kena jalani rawatan chemo.... masa depannya jauh terbentang...
    Lili..
    lg satu lagu pilihan Aisyah ialah 'don't cha' nyanyian pussycat dolls dan ' baby one more time' nyanyian britney spears... tak main2lah budak 5 tahun tu... mungkin bab musik dia ikut ibunya....

    ReplyDelete
  4. pB,
    yg saya suker midvalley, banyak pilihan kedai makan dan brg2.. yg saya tak suka ialah parkingnya... dan kedudukan jalan2 nak masuk ke parkingnya.... berpusing2....

    ReplyDelete
  5. baca tajuk je, fa dah senyummmm...heheheh. Laporan Rasmi hari Isnin, Rabu dan Jemahat.

    Cuma yang tak tahan, setiap kali laporan, adaaaaaa je makanan2 yang buat I terasa laporrr ya amat. hehe

    Kesian pulak uncle tu. Unless family dia bagi strong support if not mesti dia sedihhh... :(

    ReplyDelete
  6. Ayat orang putus asa tu, kan?

    Tapi, ya, berat mata memandang, tentu tidak sama bahu yang memikul.

    ReplyDelete
  7. memang legal di Holland kan??

    ReplyDelete
  8. akak...u punya selera makan dasyat tu..nanti cwet birit karang...lu fikir le sendiri.

    uncle tu yg u cerita ngan adik dulu tu ke?bukan kot ekk

    ReplyDelete
  9. salam akak
    tguk makanan tu meliurkan tp bila baca luahan hati uncle tu rasa sedih di ulu hati..itu bezanya kita org Islam..kekuatan kita berdoa dan bertaawakkal bukan putus asa...

    ReplyDelete
  10. Fa, laporan sepatutnya mesti ada gambar yg menarik.. kalau idak ia hanyalah laporan biasa ajer... sebab tu akak kena/terpaksa masukkan gambar2 menarik.. takkanlah gambar lelaki seksi.. mestilah gambar yang halal dan diredhai oleh semua.. iaitu gambar makanan.... demi tugas mencari sesuap nasi, ibarat kais pagi..makan pagi.. kais petang makan petang fa...huhuhuhuhu..
    teringat akak kisah si wanita yg sakit pening menjual minuman dan terpaksa kena tolak kereta sorong menjaja mencari sesuap nasi ~ ciptaan fa...
    Alhamdulillah, akak tengok isterinya memang kuat memberi sokongan.. itulah mungkin kekuatan buat uncle tu...

    Ai,
    memang sedih itu uncle... ada 2/3 org lg yg begitu perasaan mereka.

    Doktor,
    tak tahulah... uncle itu dah buat resej kot... akak suka ayat resej...

    yani,
    uncle ni bukan uncle yg i dgn adik u bualkan tempohari... nanti i tunjukkan gambar uncle sam-seng tu kat sini bila i dapat curi gambar dia... dia tu garang giler.... itu yg i tak berani nak ambil gambar dia...

    sya,
    memang kesian... dulu dia tak begitu... dia begitu semangat dan bagi semangat kat akak juga.. tapi sekarang, bila kami dah rapat... dia luahkan isihatinya cenggitu pulak...

    ida...
    Alhamdulillah... kita dilahirkan dalam keluarga islam... memang pernah terlintas dihati serupa itu bila saya diuji tahun lepas...kenangkan mati sia-sia, keluarga..... entahlah... syukurlah kita masih punya pegangan dalam hidup.....

    ReplyDelete
  11. azie...
    mahap azie... akak hari ni betul2 bizi.. berkejar sana sini.. baru petang dapat bukak komen.. bila byk cenggini... ada yg tertinggal...
    memang berat lagi bahu memikul daripada mata2 yg memandang....
    bila mengenangkan perlu ditanggung seumur hayat... memang terasa sama seperti uncle tu...
    macamana tak putus asa..??? itulah sahaja jalan yg ada... nak transplant macam uncle tu dah tua... macam akak jantung dah lemah... dah takda peluang kecuali mukjizat....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata