Saturday, May 15, 2010

Alhamdulillah... hingga waktu berbuka



Alhamdulillah...
dapatlah sempurna puasa akak hari ini...
tepat pukul 630 ptg barulah akak dapat ilham nak masak apa...
azan maghrib pukul 720 malam...
tak pa... semangat nak masak baru tiba

Mula2 keluarkan telor ikan...
dicampurkan dengan kacang buncis
maka dapatlah lauk Masak Lomak Cili Api Tolur Ikan...

Kalau dah masak lomak, mestilah ada sesuatu yang bersambal..
maka gorengkan ayam...
anak-anak dahlama nak makan ayam goreng
yang paling suka ialah AG rumah kami iaitu miss Aisyah...
Untuk akak, ayam digorengkan bersama cili
tuang sikit tomato sos dan kicap pekat...
tumbukkan serai sedikit...
kenkononnya Ayam Masak Merah

Telor ikan tenggiri ni banyak pula dibeli
sempat juga goreng kunyit dan garam...
Sedap juga....

Alhamdulillah...
dalam masa yang sedikit..
dapat 3 lauk...

Alhamdulillah...
nikmat selera masih ada...

Alhamdulillah...
Diberi Nya kesihatan yang baik
untuk melaksanakan puasa.....


11 comments:

  1. ssrrppp....akakkk..boleh tak nanti bila fa nak pegi rumah akak kannnn...fa pilih waktu lunch gituu...pastu fa pastikan hari tu akak cuti tak masyuk opis...pastu, fa nak pilih menu mana yang fa nakkkk...pastu fa bagitau kat akak mmmmm...2 hari lebih awal. ssrrrrrppppp....

    ReplyDelete
  2. eh lupa lakkk...sebelum tu akak bagitau laaaa..akak posa ke tak posa. Fa nak pegi masa tengahari gituuuuuu.....ssssrrrrppppp....

    ReplyDelete
  3. fa..
    okay.. bisa diaturkan..
    sila hantar 7 helai borang permohonan dan setem duti yang dah dimatikan setemnya di pejabat ....(apa ke namanya??????) pejabat hasil kot...
    satu copy hantar kat kak som, ja, kakcik, azieazah, doktor singa, akak dan off course kat atip.... (huh..mujuq sebut 7... jenuh nak mengingat semuanya....)

    ReplyDelete
  4. Tapiiii!!!!!! **bisik** tak nak le ramai2...I makan banyak tau...maluuuu.... :D

    Pastu nanti nak balik, kita nak bungkusss..orang sumer tengokkk...**jebik**

    ReplyDelete
  5. fa,
    okay kalau cenggitu...
    bagitau satu hari awal...
    sempat akak cari bahan nak masak...
    Insya'allah bila fa singgah nanti akak masakkan lauk minang...

    ReplyDelete
  6. Elehhhh.. FA.. U datang hari pertama, I datang hari ke 2 lerrr. Baru adil. Kan ker kita sama-sama makan banyak? Ahaks!

    AKAK, untuk saya, takyah buat pi cop setem segala. Saya terima segala bentuk email, sms atau pesanan thru blog. Hehehehe

    ReplyDelete
  7. azie..
    tukang masak, masak bermusim...
    hehehhehhehe...
    akan akak beritahu melalui email...

    ReplyDelete
  8. Akak, sesaper yg agak2 'kuat makan dan makan banyak', perlulah dipantau. Bukan apa.. 'kerana kasih', kekdahnya.

    Maka .. *berbisik* Akak jgn macak cedap2 taw.

    ReplyDelete
  9. kak som...
    akak masak tak sedap mana.. sekali-sekala jer menepati piawaian selera.....

    ReplyDelete
  10. Tergolak den baco komen Kak SOM.. hikhikhik!

    ReplyDelete
  11. he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata