Saturday, May 29, 2010

Selepas Dialysis~JJMM



Selesai dialysis... kami pulang kerumah. Suami bersolat jumaat di Surau belakang rumah kami.
Selesai solat, kami terus ke rumah BIL yang terletak di Tiger Hill.
Tiba di rumahnya terus menjamu selera dengan nasi. Akak memang dah terlalu lapar sebab lepas dialysis (setelah tarik 3.5kg) memanglah perut akan menjadi lapar.. kadang-kadang boleh hypo.

Makan hingga tak menoleh kiri ataupun kanan. Nak ambil gambar lauk pun dah tak larat nak keluarkan kamewa...

( Sila rujuk gambar di bawah )
eeehhhhh... bila dua-dua orang ni dah duduk di kerusi yang kedua, siapa yang bawa kereta?.. Adakah salah seorang dari anak dara mereka?.. adakah Zahrah ataupun Qeeb?????




Rupa2nya pasangan ini menaiki kereta yang di pandu oleh 'driver' BIL. Kami dalam perjalanan menuju ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang. ( pssstttt ...Kak som, I pun masuk ke jajahan kanda Deris u..)

Di tingkat 4 ini, terletak wad CCU. Bunyinya memang familiar pada telinga akak... ( Macam pernah dengar ada orang tu tinggal di CCU ~ tak nak balik selama sebulan... ishishishishish.. siapalah gamaknya owang tu???? )
Di sini ibu saudara kami sedang menerima rawatan akibat kegagalan jantung dan buah pinggang.
Semuga kesihatan makcik enon bertambah baik dari hari kehari.

Pada sebelah malamnya kami anak beranak pergi ke IOI Mall. Suami ingin meraikan seorang anak Korea yang sudah mengidam hendak makan makanan ibundanya... Anak Korea ini sudah hampir 14 tahun di serahkan oleh ibunya untuk kami jaga. Sekali sekala bila bulan mengambang penuh (hari gajilah tu..) tekaknya perlu diisi dengan 'Kimchi' dan 'Bulgogi'...( Bacalah dan harap jangan terpercaya pula..).

(sila rujuk kepada gambar dibawah)
Daun salad yg di pegangnya akan menjadi balutan kepada daging yang dipanggang....



7 comments:

  1. nape anak korea akak..gelap pekat..mesti lahir bulan gerhana..hahaha
    sorry qeeb..gurau je..

    ReplyDelete
  2. yani...
    dia gelap sebab dia tak lahir kat tanahairnya di Korea sinun.. dia lahir kat sini... (makcik yanii ni...) lepas tu mak dia tak bela dia, orang melayu yg bela.. gelaplah kulit dia ikut mak bela dia... ahakhakhakhak

    ReplyDelete
  3. salam akak..

    apa khabar?
    sihat ke hari ni..
    moga sihat selalu..


    p/s: akak..mana link saya..xde pommm..huhu~

    ReplyDelete
  4. Ishh..Ishh...kena selalu bawak makan korea ker? Emm...kata kat dia, makan mknan korea boleh, tapi jgn jadi ketot mcm orang korea dah..he he he

    ReplyDelete
  5. Amy...
    salam sekali lg di sini..
    maaf, akak luper.. nanti akak kemaskini..

    salam kak nani,
    mmg selalu kena bawak makan korea.. kalau tak mogok...
    rasanya ketot tu, mungkin tidak.. sebab dia dibela oleh ibu dan bapa yg tinggi.... hahahaha

    ReplyDelete
  6. Semoga Makcik AKAK tu segera sembuh...

    Amboiiii... anak Korea "sesat" tuuu.. Beruntung dibela sungguh makmur. Hehehehe.

    ReplyDelete
  7. azie..
    terima kaseh..
    beruntung..memang tersangatlah beruntung... hakhakhakha

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata