Sunday, May 23, 2010

Si Tekak Minang


Awal pagi dah keluar rumah untuk ke Pasar Tani, Serdang. Bekalan makanan yang mencukupi perlu di sediakan untuk kesemua anak-anak 'piranha' yang selalu kelaparan... Hah.... sedapnya bunyi anak 'piranha'.. bukannya apa... kalau penuhpun peti tu di isi... pasti akan licin juga...

Kami memang tak bersarapan sebelum membeli belah di Pasar Tani tersebut. Nak bersarapan di Pasar Tani tu, rasanya dah pernah cuba... biasa-biasa jer...

Suami dah pasang niat nak cuba menu sarapan di BapakKaya. Dahulu kami pernah juga nak cuba bersarapan di BapakKaya, tapi memandangkan tersangatlah jauh BapakKaya daripada rumah kami kerana waktu itu BapakKaya belum ada di Bangi. Kalau mahu kami harus ke cawangannya yang terletak di Cyberjaya dan Puchong....

Sementelah BapakKaya dah buka cawangannya di Bangi, inilah masanya kami mencuba menu sarapan...
Iyer-iyerlah order menu sarapan...

Telor Separuh masak 2 biji..

Roti Bakar Susu

Roti Bakar dengan inti kelapa


Hmmmmm.... akhirnya sitekak minang surrender...
'Yang, orang tak kenyang... orang nak mee kari jugak.....'
Hah!.....
mana boleh si tekak minang bersarapan roti, telor jer....
kurang-kurang Mee Kari....
Burrrrrrpppppp.....
Barulah si tekak minang boleh keluar melenggang.....


8 comments:

  1. Wahhhh bertambah Kaya ler Bapak tuuu.
    Nampak sangat enak Mee Kari tu.
    Ada banyak kerang tak?

    ReplyDelete
  2. azie..
    depa memang bertambah kaya...
    tapi...
    kerangnya sikit..
    kedekut....

    ReplyDelete
  3. amboi...
    meriahnya mkanan...ni mana nk carik mee kari ni..adoi menggeletek anak tekak nk mee kari...nnti kita dating bolehlah akak bawak ida g 'bapak kaya' ni ek...

    ReplyDelete
  4. ida...
    Insya'Allah...
    bila2 awak ke Bangi, bagitau.. saya bawak awak ke BapakKaya yang dah buka cawangan di Bangi....
    (Lagipula dekat dengan Pejabat Tanah..)

    ReplyDelete
  5. Tu lah pasal, tekak akak pun macam Rahmah, tak main lah telur2 rebus roti bakar..bila dah makan kepuasan nya tarak....he he he

    Mesti nak pedas2 sikit, mesti berat2 sikit, ohhh!! mee kari?? Best nyer..bila lah pulak akak nak pekena..

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    hmmm... jumpa jugak kawan si tekak minang...
    memang kalau makan roti2.. tak kenyang mana... kalau kena yang pedas2... hmmm barulah berasa kat tekak....

    ReplyDelete
  7. DM.... oghang nogoghi ko? sbb cerita pasal tekak minang. kalau kat Sban ada satu gerai ni popular mee karinya.... dekat dgn hospital

    ReplyDelete
  8. kak zah...
    saya orang minang tapi lahir kat kajang.. suratberanak kat daftar nogori, dibesarkan di kuala lumpur. (Kecik2 dah merayap jauh...)
    Kalau KZ bagi peta, sure sampai jugak kami kedai mee kari tu... OTW nak balik melaka nanti.. (mertua orang melaka..)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata