Sunday, May 23, 2010

Lauk Berbuka Hari ini...


16 tahun lalu, akak pernah mempunyai seorang pembantu rumah daripada Thailand. Walaupun usianya ketika itu baru 16tahun tetapi dia pandai memasak. Orangnya agak gempal dan usianya seringkali membuat orang meneka dia agak matang berbanding tubuhnya. Nama Islamnya ialah Khadijah. Warga Thailand mempunyai 2 nama yang berbeza. Nama yang didaftarkan dan nama Islam walupun memang dilahirkan dalam keluarga Islam.

Ini adalah salah satu daripada lauk yang dimasak oleh Khadijah. Lidah lembu dibuat masak merah sama seperti kalau kita makan di kedai tomyam yang terletak di sempadan Thailand mahupun yang disebelah selatan Thailand seperti Haadyai, Narathiwat dan Pattani. (Alhamdulillah, sebelum keadaan di selatan Thailand bergolak dengan peperangan dan serangan, kami sekeluarga pernah berkunjung ke Selatan Thai bermula dari Haadyai, Songkla, Pattani, Narathiwat, Yala dan pulang semula ke Haadyai..)

Inilah rupanya Lidah Masak Merah.




Amat sedap kalau dimakan dengan Tomyam Sotong.


Di tambah juga dengan Telor Ikan Tenggiri Goreng.

Dan Sambal Belacan Cili Api.....


10 comments:

  1. Maknanya Khadijah tu dah 32 tahun umurnya. Masih kerja dgn AKAK? Atau AKAK pergi rumah dia makan...? > soalan menyimpang jauhhhh

    *Tergoda tengok Telur Ikan Tenggiri Goreng..

    ReplyDelete
  2. wah sangat shedap itu menu
    err nak cikit sajok, tp penuh sepinggan
    boleh? ;o

    ReplyDelete
  3. azie...
    khadijah tu kerja sekejap jer dgn akak.. tak sampai setahun... dia balik kg jaga bapanya... sayang betul dgn dia...
    masa dia kerja,ia masakkan... akak belajar dari dia...

    sya,
    mmg sedap... rasa mcm kat kedai tomyam.... jom join.... (kebetulan akak mmg masak lebih sebab budak2 suka gatah..)

    kak ezza,
    mmg ramai yg 'geli' dgr tapi texture lidah ni lain daripada daging biasa.... special sikit rasanya bg yg suka....

    ReplyDelete
  4. lidah ...???
    hehehe....
    takut nak rasa....

    ReplyDelete
  5. doktor...
    hmmm best kalau main ' i dare u..' mkn lidah... hehehehe...

    ReplyDelete
  6. bagilah resepi ...


    lidah , sedap tuuu
    biasanya dpt makan masa raya kurban jer

    ReplyDelete
  7. Kak Rahmah, tirgodala saya n Idzmi tgk lidah msk merah tu. Bagi resepi bole...???

    ReplyDelete
  8. Akak, tomyam depa tak pakai perencah2 mcm kita org Malaya slalu buat, kan?

    Lidah masak merah? perrggghh!! Pebret kami tu!! Mmg tak ramai yg lalu mkn lidah, tp dlm tak ramai tu, termasuklah kita..

    ReplyDelete
  9. pB,
    wah! u peminat lidah juger?????
    okay nanti akak buat entry khas untuk resepi masak lidah....

    Aida,
    boleh.... bisa diuruskan....

    Ja...
    setakat yang i pernah p makan kat selatan thailand dan padang besar... tomyam depa original.. no paste.. tapi kalau kita nak yg merah pun ada jugak.. depa ada berbagai2 cara masakan tomyam hinggakan ada yang depa letak santan....
    I pun nak cakap ' i dare u' makan lidah... ada brrraaannniiiii?

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata