Tiga hari berturut-turut akak berulang ke tempat ini. Hari pertama untuk meraikan hari jadi BFF. Hari kedua untuk menjamu anak Korea makan makanan ibundanya di Seoul Garden. Dan hari yang ketiga pula, kami terpaksa menunaikan janji pada Aisyah yang teringin nak naik 'Carousel'. Hari sebelumnya, kami menanti abahnya di hadapan 'Carousel' tersebut tapi kerana kami perlu pulang segera kerana bibik dah talipon mengatakan 'blackout' di rumah kerana hujan lebat... selesai makan dan solat, kami terus pulang.
Inilah kali kedua Aisyah menangis sesuatu yang diminta tidak dipenuhi. Pertama kalinya sewaktu di Langkawi. Dia inginkan satu permainan tetapi kami tidak mengendahkan. Sehingga kereta meninggalkan jauh 'Underwater World' dia tetap menangis hiba. Akhirnya setelah abahnya berpatah semula ke 'Underwater World', dan akak bawa Aisyah ke tempat yang dia maksudkan dan ambil permainan yg dihajatinya, barulah dia diam dan seronok semula. Kali ini adalah kali yang kedua seumur hidupnya perkara serupa terjadi.
Maka petang sabtu, kami sekeluarga bertandang lagi kemari. Syukur Alhamdulillah... setelah melalui kesesakan di pintu masuk 'parking'... masih terdapat 'parking' untuk kami... Lega rasanya...
New Wing IOI Mall... Kami dahulu sewaktu baru pindah dari Penang ke Serdang, pernah sekali dua ke IOI Mall tapi bangunan lama. Yang baru dengarnya baru saja di buka...
Inilah penyebabnya yang membuatkan kami terpaksa berulang kembali ke sini... nak naik kuda pusing-pusing... Hailah anak... Pusingan pertama ditemani oleh kakaknya Qeeb.
Siapalah yang menyorok malu tu?....
Inilah kakak AIn yang tidak berpuashati kerana sudah tidak dapat menaiki kuda... hanya boleh naik kereta kuda... cukup-cukup 'upset' budak terlebih umur ini...
Pusingan kali yang kedua, Aisyah ditemani oleh 'Prince Charming'....
Selesai menaiki 'corousel'... kami pergi membeli barang-barang makanan bulanan di Pasaraya Jusco. Mungkin kerana keletihan berjalan dari hujung sini ke hujung sana... Aisyah dah terbaring dan di urut tapak kakinya oleh kakak kesayangannya Ain... Begitulah kisah 2 beradik ini. Ada masa bergaduh.. dan ada masanya sayang menyayang...
Apapun yang pasti.. Aisyah menyayangi Ain dan Ain menyayangi Aisyah... Alhamdulillah..
Hmmmmmm.... macam-macam...
Resit barangan melebihi tinggi dari Aisyah....
4 anak piranha punya makanan....
Saya masih ingat kisah Aisyah yg menagmuk nakkan mainan di Langkawi tu. hehehehe
ReplyDeletefuhhh sakan membeli, mujur tukang angkat ramai.
IOI Mall tu tempat I melepak bila ke Pocong.. Tp kunjungan I ke Pocong bebaru ni, mmg diisytiharkan tak sah sbb I tak sempat langsung ke sana..
ReplyDeleteDah besaq sgt dah IOI Mall skg ni.. I don't think I larat nak ukoq..
azie...
ReplyDeletepiranha 4 ekor... sebulan punya ration memanglah macamtu... bagus jugak semua tukang/orang kuat buat kerja masing2...
ja...
akak cukup seronok kat IOI Mall yg baru ni... jadi tempat kami beli belah jugaklah nantinya... macam-macam ada....
tulah kerana anak2 ibu ayah snggup berkorban..tapi snggup tak anak2 berkorban pada ibu ayah (pertanyaan ditujukan pd diri sendiri juga)
ReplyDeletemudah2an aisyah dan anak2 ida snggup berkorban untuk kita nanti..
Ida..
ReplyDeletesalam kembali dari bercuti...
best kelantan?...
Saya turut 'aminkan' doa ida... Mudah-mudahan anak2 kita menjadi anak yg beriman dan patuh kepada kita.. Insya'Allah.
DM.... KZ suka tengok receipt beli barang tu lebih tinggi dari Aisyah. Bila dia org tengah nak makan ni... biarlah... seronok
ReplyDeleteCucu KZ yg tua pun nama Aisyah... Aisyah Nur Jasmin
Kak Zah...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. masing2 mmg kuat selera masing2...
Cantik gabungan nama cucu kak zah...