Ini adalah gambar Sekolah Agama Rakyat yang terletak di Jalan Raja Muda Musa.
Dahulunya hanya bangunan setingkat.
Akak pernah belajar di sekolah ini sewaktu darjah tiga hingga ke darjah enam.
Akak teringat kembali sekolah ini sewaktu berjalan-jalan di sekitar kawasan Kampong Baru.
Teringat juga bagaimana setiaphari ibu akak akan menghantar akak ke sekolah ini dengan berjalan kaki. Paginya akak sekolah pagi di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda.. bila petangnya akak harus pula bersekolah agama di sini. Penat..jangan cakaplah. Dahlah berjalan kaki pulang dan balik. ( Budak-budak sekarang untung banyak.. pergi dan balik sekolah di ambil dengan kereta..)
Ibu akak selalunya bila dah hantar akak, akan singgah di rumah saudaranya yang terletak tidak berapa jauh dari sekolah agama tersebut. Waktu rihat selalunya akak berbelanja dikawasan sekitar sekolah yang terdapat orang berjaja. Kiranya jika akak tidak mengambil gambar ini, kisah ini akan terus akak terlupa untuk dikongsi disini.
Disekolah ni, akak ada juga kawan rapat. Tapi mungkin kerana faktor umur, kebanyakan nama kawan-kawan akak, akak dah lupa... maklumlah dah 36 tahun dahulu...
Apapun, Ustazah yang pernah mengajar akak sewaktu akak bersekolah disini.. Jasamu tetap akak kenang....
No comments:
Post a Comment
Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata