Wednesday, May 19, 2010

Sepanjang jalan ke hospital...


Ini waktu awal pagi nak menghantar anak kesekolah...
Nampak tak si kitam dah turut menyibuk menghidu jalan
tentunya nak 'mark territory'...



Dah selesai tugas menghantar kesemua 'penumpang' di sekolah masing-masing
maka bergerap (baca bergerak) lah kami ke hospital..
dah sampai depan hospital serdang berhenti kerana lampu trafik
mendengar alunan lagu sambil menunggu....

Dalam pendakian menaiki bukit hospital serdang...
taklah tinggi mana...
tapi kalau kena menapak dari luar tu... terasalah jugak
kepenatan dan peluh-peluh sikit...

Akak memang akan turun di lobi sebelum suami teruskan untuk meletakkan kereta di
tempat letak kereta yang telah disediakan..
sambil jalan masuk ke dalam..
sempatlah akak singgah kantin sebentar...
ataupun singgah di kedai runcit membeli surat khabar...


No comments:

Post a Comment

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata