Thursday, May 27, 2010

Menyambut Hari Lahir Teman.. (BFF)


Selesai mengambil anak dan menurunkan anak di rumah... akak terus pegi bertemu dengan BFF akak di pejabatnya. Perjalanan sejauh 34km tu, akak tempuh juga kerana hari ini adalah hari ulangtahun kelahirannya. Memang istimewa kerana selama bertahun-tahun dahulu kami tinggal bersama-sama di rumahnya dan tiapkali harilahirnya dan harilahir akak disambut bersama-sama. Dengan keadaan kesihatan yang agak baik tahun ini, akak merajinkan diri pergi menjemputnya di pejabatnya di Puchong dan pergi makan-makan di IOI Mall.

Alhamdulillah... kami yang ditakdirkan bertemu di sebuah sekolah di pinggir bandaraya lantaran masing-masing mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah masing-masing. Kenal dan terus mesra.. hingga menjadi anak/adik angkat pada ibu dan kakak dan abangnya.. hubungan kami berterusan sehingga kini. Syukur Alhamdulillah.



Inilah air pilihan akak iaitu Strawberry Slush..


Qeeb memilih apple slush..


BFF mengambil pineapple juice..


Nachos..


dimakan bersama cheese

Jadi ini....

Nasi ini...


dimakan bersama ikan berempah... sedap juga...


Fajitas...


Ini yg dah lupa nama...
sedap jugak...




9 comments:

  1. Selamat Ulangtahun Kelahiran sekali lagi utk kawan AKAK..

    dan selamat saling meraikan. Seronoknya kan dapat bergathering begitu lagi. Saling bertanya khabar...

    Bila dah kuat ikatan di hati, hadiah pun tidak terfikir lagi, kan?

    ReplyDelete
  2. DM....sedapnya semua makanan...lapar pulak... skrg pkl 12 mlm..
    hepi dpt gather2 mcm tu.... KZ & CS nak jumpa setahun sekali pun susah...kan CS kan...ada je halangan

    ReplyDelete
  3. Akak, tekak Minang diMexicanisekan kekdahnya, vavavaa... tapi nape Qeeb sorang aje yg temankan?

    Mama, tulah kita kan kan kan? Kalau tak plan, menjadi aje. Bila plan, ada je halangan. Tapi takpe, janji kita cun, har3 ;-)

    ReplyDelete
  4. ha ah... kenyang ke tekak Minang tu?? :)
    psssst Akak... dari satu angle...macam kembar lah dgn BFF tu!!

    ReplyDelete
  5. azie,
    terima kaseh sekali lg...
    kami dah 30tahun bersama, hadiah tu, kadang ada kdg tidak...

    KZ,
    mmg hepi jumpa mcmtu... bukan mudahpun nak jumpa tp kalau dpt jumpa, mmg seronok.. dia tu biziii...

    kak som..
    makanan ini sesuai kat si tekak minang... kalau steak mmg tak jln... Qeeb temankan sebab yg lain bukan suka jln2 mcm tu.. depa suka singgah sana sini... yg ini semata2 pergi makan, lps tu berkejar balik (takut jln sesak org balik kerja).

    doktor...
    kalau makan mcm tu, boleh kenyang sekejap jer... mlm kena goreng mee hoon..
    ramai yg ckp kami adik beradik masa muda2 dulu...

    ReplyDelete
  6. mmmm...birthday fa next February laaa...boleh tak nak celebrate bulan depan ke...akak tak payah dtg ambik fa..fa yang turun pegi Bangi!!!!!! hahahaha....

    ReplyDelete
  7. fa...
    okay... bisa di atur....

    ReplyDelete
  8. Betul kata doc
    seiras...
    seronok bila kita jumpa BFF
    tp sya dah tak ada BFF sbb................

    dah terputus langsung, pelik sangat kenapa jadi begitu
    kalau tidak dulu, masa tu diasrama
    sya sedang marah sesangat dengan seseorang,lepas tu BFF tu, dia kata dengan sya, kalau rasa nak lepaskan marah tu dan rasa lega
    dia rela bagi sya tumbuk sebelah bahu dia
    sya pun apa lagi tumbuklah dia
    hahaha..kesian kawan tu dah lah kurus
    mana ye BFF sya tu
    nama dia Siti Rohani Isa.

    ReplyDelete
  9. sya...
    mungkin sebab seiras kami panjang 'jodoh..'. lainkali cari BFF yg seiras tau...
    cuba cari dlm FB.. kalau tak jumpa, cari kat myspace ker.. dan lain2 lg.. kawan2 akak ada yg tidak hanya guna FB tapi ada cara medium yg lain (akak tak tahu nama).. Insya'Allah.. akak doakan muga bertemu....
    best tau kalau dahlama tak jumpa, berjumpa semula....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata