Subuh sepi'eee lagi kami dah bangun. Yup... termasuklah si Aisyah...
Hari ini adalah harinya....
Hari ini penentu dalam kehidupan Aisyah
Aisyah bangun tanpa merungut...
Aisyah akur... dengan satu misi...
Aisyah sudah bersedia....
Aisyah bersama-sama kakak-kakaknya
Satu persatu kakaknya turun di sekolah masing-masing
3 orang.. 3 sekolah....
Hmmmmmmm...... (panjang punya sigh... pssstttt kak som... lagi panjang dari sigh u ler...)
Selesai akak menjalani rawatan dialysis, akak terus ke Day Care Ward di tingkat 4. Sebelum ini akak dah dapat sms dari suami mengatakan Aisyah dah selamat di bedah pukul 11pagi.
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...
Setibanya akak di katilnya, Aisyah sedang tidur...
Abah Aisyah pun mulanya sedang tidur sewaktu akak tiba....
Bayangkan pukul 530 pagi masing-masing dah kena bangun...
Memanglah tersangat letih...
Sister Siti Salmor menghantarkan cenderahati buat Aisyah... Terima kaseh sister...
Bila Aisyah dah mula sedar...
dia terus bertanya
' Mana gigi baru Aisyah????? '
Tak boleh nak jawap kerana giginya dicabut.. dan Aisyah terlalu excited sejak malam tadi ialah kerana menyangkakan dia akan dapat gigi yang baharu menggantikan giginya yang dah rosak itu. Doktor pakar perggian kanak2 telah mencabut 5 batang gigi Aisyah, dan memasang crowning 2 batang gigi geraham dan menampal 4 batang gigi yang lain. Gigi yang 'crowning' tu adalah besi dan sangat cantik.
Sebaik Aisyah dah rasa selesa dan tidak muntah lagi, Aisyah terus meminta lektoknya....
Syukur Alhamdulillah. Semasa dan selepas pembedahan tiada komplikasi.
Salam Aisyah,
ReplyDeleteAuntie baca ni, auntie yg kecut pewot... Aisyah selamba jer! Uishhh....sewam sejuk auntie! Aisyah sakit lagi tak? Auntie harap Aisyah cepat sembuh dan minta mama Aisyah tolong bacakan komen auntie Lili, ye...
p/s: Aisyah comel sangat dengan lektok atas pewot tu! Hihik! :-)
Salam aunty lili...
ReplyDeleteterima kaseh....
(Bg pihak Aisyah...)
Aisyah dah terlelap... mungkin kerana masih kesan ubat...tidur... bangun... main kejap dgn kakak2nya.. sekarang dah tidur semula...
Kalau tengok bekas tempat kena cabut ada jahitan merapatkan lubang gigi yg dicabut.. memang ngeri.. macamanalah esok2 kalau2 dia terasa sakit... kesian juga.. tapi.. demi masa depan aisyah juga..
(ini part mak aisyah)
wahhhhhhh..aisyah brani la (^_^)
ReplyDeletedemi gigi baru kannnnnnnn?
bab bab gigi ni adushhh..yang dewasa pun ramai yang tak berani. Ingat lagi arwah opah Fa, sanggup dia menahan sakit dari pegi klinik! Steady Aicah!!
ReplyDeleteSalam DM.... Sori...KZ ketinggalan 'kapal'.... kenapa dgn gigi Aisyah.... kena cabut sekali banyak?
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh
AI,
ReplyDeleteMemanglah beraannniiii sebab abah dia berani.. mak dia pernah lari dari klinik gigi tau masa mak dia kecik2 dulu... (tak boleh nak mengingatkan... kelakar...)
Fa,
Mcm akak katakan kat Ai... akak pun pernah melarikan diri waktu nak kena cabut gigi... akak suka jenguk2 bilik rawatan.. lepas tu ternampaklah mulut orang kena cucuk, terus ajak mak balik... tak berannniii...
Kiranya Aisyah ni memang berani sebab mengikut abahnya yg berani....
KZ,
Aisyah ni anak bongsu... Mak aisyah dah penat bersilat dengan 3 org kakak2 Aisyah dahulu untuk menentukan kecantikan gigi2 mereka. Tapi bila dapat Aisyah, dia selalu menangis nak gosok gigi walaupun berusnya lembut.. gambar kartun yg dia sendiri pilih... perasa ubat gigi yg dia sendiri pilih juga... dia masih tak mahu gosok gigi. Kalau dulu, mak dia muda sikit masa memaksa kakak2 Aisyah dulu, bila dah tak berapa muda, mak aisyah dah malas nak memaksa dan bersilat dgn aisyah... lama-lama gigi dia pun rosak...
Aisyah, terlebih dulu aunty ucapkan SYABAS sebab Aisyah berani (mcm aunty gak *sengih*). Boleh tak aunty nak eksyen dgn aunty fa*atip kejap?
ReplyDeleteFa, ada gak owang dewasa yg berani pegi klinik doktor gigi taw. I pun kagum dgn kebewanian beliau, ngeh3.
Akak, I terlupa pulak tentang hari bersejarah Aisyah smlm. Relax aje dia ek? Doc Md Nor ke yg buat op tu? BTW, Aisyah dah keluar spital lum?
P/S: Inhale exhale ... untuk gantikan sigh yg panjang tu, heheh ;-)
Tabik spring ler AISYAHHHHH....!
ReplyDeleteAicah dah ok ke Kak Rahmah? Kena mkn soft food aje ye for the whole day?
ReplyDeletekak som...
ReplyDeleteakak dah bagitau aisyah.. jawapnya 'ehhem....'
Aisyah memang nak menanti dgn anxious sejak minggu lepas nak tukar gigi baru.. sebaik lepas operation dia dah tanya ' mana gigi baru aisyah '?? tapi bila dia nak makan pun tak boleh nak kunyah katanya ' Aisyah nak baliklah gigi lama asiyah..' memang kesian dengar dan kelakar juga. Tapi memang aisyah ni jenis tahan sakit...
Doktor dentist pakar kanak2 yg buat tu Dr Baharuddin dan dr mohd nor tu, kerja kat serdang ker?.. Asyah sejak petang semalam dah bawa balik..
azie..
Memang tabik.. mak Aisyah pun tak suka jumper dentist... kecuali dentist anak2 dia dan dentist yg kebetulan adik ipar dia...
aida...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Aisyah dah ok.. 2 minggu makan bubur saja...