Bangun pagi akak terus memasak nasi lemak seperti yang diminta oleh Ain. Ain selalunya tidak begitu gemar makan nasi lemak tetapi tiba-tiba semalam Ain meminta nasi lemak. Olehkerana semalam akak agak sibuk, hanya pagi ini akak dapat memenuhi permintaannya.
Nasi Lemak dimasak bersama-sama dengan sambal ikan bilis, telur rebus, goreng kacang, goreng ikan bilis. Anak-anak yang sudah lama tidak dimasakkan nasi lemak cukup menyukainya dan makan berulang-ulang sehingga perlu masak nasi lemak kali kedua untuk makan malam.
Untuk sarapan esok juga dipesan untuk dimasakkan nasi lemak juga.
Sambal ikan bilis ini akak masak dengan menggunakan resepi Arwah mak Kak Long Gemas. Sewaktu arwah menjual nasi lemak, sambal nasi lemaknya cukup sedap dan menjadikan nasi lemak arwah laris. Akak sempat bertanyakan rahsia resepi sambal ikan bilis yang dibuat oleh arwah. Hanya perlu lebihkan bawang besar dan bawang tumis.
Untuk menjadikan lauk kari ini menjadi lancar untuk dimakan.. haruslah disediakan juga sambal belacan... Memang membuka selera... Berbaloi bangun awal untuk masak kerana sedaplah pulak...
Masak ni nasib-nasib juga.. Ada masa bukan main sedap dan ada ketikanya juga.. tak sedap lansung.. Syukur Alhamdulillah... hari ini dan semalam, masakan akak menjadi...
haaa...good good good. Terang benderang gambornya..itu macam le... :D
ReplyDeletefa,
ReplyDeletemasakan smlm mmg merah2...
Salam Mah...
ReplyDeleteSaya pun tak penah-penah memasak hari Ahad...apatah lagi Hari Ibu, memasak jugak! Haha!
Anak nak makan sambal tumis petai... nak makan ala-ala kampung bagai.. hah, ambik, sekali hadap weh! Apa-apa pun best masak sendiri kan?
Selamat Hari Ibu... lambat sikit sebab saya hilang url Mah. So kena masuk melalui umah CS.
:-)
salam lili...
ReplyDeleteanak punya hal.. memasak juga kita pd hari ibu..tapi, mcm u kata.. puashati sungguh masakkan untuk anak2...