Sunday, May 30, 2010

Buka Puasa di Penang Village....


Gara2 hendak menemankan Aisyah naik 'Carousal' di IOI Mall... akak berbuka puasa hari Sabtu tu di Penang Village..

Minuman yg di pesan suami...


Aiskrim Aisyah...


Air ibu.... Ribena Longan...


sagu gula melaka ibu...


Cendol Qeeb..


Green tea icecream abah...

Tofu telor...


Sayur campur..


Kerabu ayam nyonya style...


Ada 2 lg lauk tak sempat nak ambil gambar... kita puasa.. kita juru kamera.. mana boleh tahan ma... Lauk chicken curry kapitan dan fish fillet bersos... datang lewat.. nasi dah nak habis baru tiba... itu yg malas nak bukak kamera....

Kerana Aisyah...


Tiga hari berturut-turut akak berulang ke tempat ini. Hari pertama untuk meraikan hari jadi BFF. Hari kedua untuk menjamu anak Korea makan makanan ibundanya di Seoul Garden. Dan hari yang ketiga pula, kami terpaksa menunaikan janji pada Aisyah yang teringin nak naik 'Carousel'. Hari sebelumnya, kami menanti abahnya di hadapan 'Carousel' tersebut tapi kerana kami perlu pulang segera kerana bibik dah talipon mengatakan 'blackout' di rumah kerana hujan lebat... selesai makan dan solat, kami terus pulang.

Inilah kali kedua Aisyah menangis sesuatu yang diminta tidak dipenuhi. Pertama kalinya sewaktu di Langkawi. Dia inginkan satu permainan tetapi kami tidak mengendahkan. Sehingga kereta meninggalkan jauh 'Underwater World' dia tetap menangis hiba. Akhirnya setelah abahnya berpatah semula ke 'Underwater World', dan akak bawa Aisyah ke tempat yang dia maksudkan dan ambil permainan yg dihajatinya, barulah dia diam dan seronok semula. Kali ini adalah kali yang kedua seumur hidupnya perkara serupa terjadi.

Maka petang sabtu, kami sekeluarga bertandang lagi kemari. Syukur Alhamdulillah... setelah melalui kesesakan di pintu masuk 'parking'... masih terdapat 'parking' untuk kami... Lega rasanya...



New Wing IOI Mall... Kami dahulu sewaktu baru pindah dari Penang ke Serdang, pernah sekali dua ke IOI Mall tapi bangunan lama. Yang baru dengarnya baru saja di buka...


Inilah penyebabnya yang membuatkan kami terpaksa berulang kembali ke sini... nak naik kuda pusing-pusing... Hailah anak... Pusingan pertama ditemani oleh kakaknya Qeeb.


Siapalah yang menyorok malu tu?....


Inilah kakak AIn yang tidak berpuashati kerana sudah tidak dapat menaiki kuda... hanya boleh naik kereta kuda... cukup-cukup 'upset' budak terlebih umur ini...


Pusingan kali yang kedua, Aisyah ditemani oleh 'Prince Charming'....

..Bagi yang dah terlebih umur, cukuplah sekadar dapat bergambar....


Selesai menaiki 'corousel'... kami pergi membeli barang-barang makanan bulanan di Pasaraya Jusco. Mungkin kerana keletihan berjalan dari hujung sini ke hujung sana... Aisyah dah terbaring dan di urut tapak kakinya oleh kakak kesayangannya Ain... Begitulah kisah 2 beradik ini. Ada masa bergaduh.. dan ada masanya sayang menyayang...
Apapun yang pasti.. Aisyah menyayangi Ain dan Ain menyayangi Aisyah... Alhamdulillah..


Tak cukup dengan mengurut tapak kaki, sampaikan memberi urutan seluruh badan...
Hmmmmmm.... macam-macam...


Resit barangan melebihi tinggi dari Aisyah....
4 anak piranha punya makanan....


Saturday, May 29, 2010

Selepas Dialysis~JJMM



Selesai dialysis... kami pulang kerumah. Suami bersolat jumaat di Surau belakang rumah kami.
Selesai solat, kami terus ke rumah BIL yang terletak di Tiger Hill.
Tiba di rumahnya terus menjamu selera dengan nasi. Akak memang dah terlalu lapar sebab lepas dialysis (setelah tarik 3.5kg) memanglah perut akan menjadi lapar.. kadang-kadang boleh hypo.

Makan hingga tak menoleh kiri ataupun kanan. Nak ambil gambar lauk pun dah tak larat nak keluarkan kamewa...

( Sila rujuk gambar di bawah )
eeehhhhh... bila dua-dua orang ni dah duduk di kerusi yang kedua, siapa yang bawa kereta?.. Adakah salah seorang dari anak dara mereka?.. adakah Zahrah ataupun Qeeb?????




Rupa2nya pasangan ini menaiki kereta yang di pandu oleh 'driver' BIL. Kami dalam perjalanan menuju ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang. ( pssstttt ...Kak som, I pun masuk ke jajahan kanda Deris u..)

Di tingkat 4 ini, terletak wad CCU. Bunyinya memang familiar pada telinga akak... ( Macam pernah dengar ada orang tu tinggal di CCU ~ tak nak balik selama sebulan... ishishishishish.. siapalah gamaknya owang tu???? )
Di sini ibu saudara kami sedang menerima rawatan akibat kegagalan jantung dan buah pinggang.
Semuga kesihatan makcik enon bertambah baik dari hari kehari.

Pada sebelah malamnya kami anak beranak pergi ke IOI Mall. Suami ingin meraikan seorang anak Korea yang sudah mengidam hendak makan makanan ibundanya... Anak Korea ini sudah hampir 14 tahun di serahkan oleh ibunya untuk kami jaga. Sekali sekala bila bulan mengambang penuh (hari gajilah tu..) tekaknya perlu diisi dengan 'Kimchi' dan 'Bulgogi'...( Bacalah dan harap jangan terpercaya pula..).

(sila rujuk kepada gambar dibawah)
Daun salad yg di pegangnya akan menjadi balutan kepada daging yang dipanggang....



Friday, May 28, 2010

Laporan dari opis pagi jemahat...



Walaupun kebanyakan opis tutup/cuti kerana wesak ari ni, opis akak tetap bukak. Tetaplah akak dan suami bangun dan bersiap2 ke opis. Suami pula menggunakan masa menunggu 4 jam tersebut dengan menghabiskan kerja2nya yang bertambah dari hari kehari...

Dalam perjalanan ke opis, suami cadangkan kami lalu seksyen 7 beli nasi lemak sedap. Punyalah ramai orang menunggu. Sekarang dah ada peraturan baru, pembeli (baca~peminat... tegar) semuanya kena beratur... tak payah nak buat muka cute/adorable Puss in the boot (mcm dlm citer Shrek).Katanya dah pernah orang/pembeli (baca~garang macam akak dah mengaruk bila org yg dtg kemudian didahulukan... akak dulu marah dalam liver jer... lepas tu akak tak pergi dah.. akak cari nasi lemak kat tempat lain...~'Apa!!!!!????? dia ingat dia sorang jer jual nasi lemak???'~ cakap dlm liver jer.... Akak suker...

Perjalanan menuju ke hospital pun tenang takder kesesakan macam hari-hari bekerja.... sewonok sungguh...

Selesai makan nasi lemak sedap tu... akak baca paper... sambil baca paper dengar lagu.. dari satu lagu kesatu lagu. Hari ini hari Jemahat.... dengar lagu berunsur Islamik sikit... Nasyid nyanyian Kumpulan Debu dari Indon.. Kebanyakan penyanyi adalah orang putih.. sedapppp... datang keinsafan...

Sedang menghayati lagu, nampak uncle depan akak dok lambai-lambai... kemudian uncle tunjuk mesin... rupanya mesin dah berbunyi . Menandakan air dah kering...



(Refer gambar... kakak yg sebelah akak ni meneman suaminya... dia saja duduk di kerusi roda suaminya sewaktu menunggu...) Kakak sebelah ni, selalu membantu akak ambilkan dan tukarkan air... Mcm tulah kami di sini... saling tolong menolong... macam satu keluarga pulak...


Makcik yang selalu duduk dibahagian kanan akak terpaksa menggunakan mesin yang lain kerana mesin yg biasa makcik ni gunakan telah diberikan pada aunty ni... initial namanya ialah KFC.. selalu ketawa bila dengar namanya...


Thursday, May 27, 2010

Menyambut Hari Lahir Teman.. (BFF)


Selesai mengambil anak dan menurunkan anak di rumah... akak terus pegi bertemu dengan BFF akak di pejabatnya. Perjalanan sejauh 34km tu, akak tempuh juga kerana hari ini adalah hari ulangtahun kelahirannya. Memang istimewa kerana selama bertahun-tahun dahulu kami tinggal bersama-sama di rumahnya dan tiapkali harilahirnya dan harilahir akak disambut bersama-sama. Dengan keadaan kesihatan yang agak baik tahun ini, akak merajinkan diri pergi menjemputnya di pejabatnya di Puchong dan pergi makan-makan di IOI Mall.

Alhamdulillah... kami yang ditakdirkan bertemu di sebuah sekolah di pinggir bandaraya lantaran masing-masing mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah masing-masing. Kenal dan terus mesra.. hingga menjadi anak/adik angkat pada ibu dan kakak dan abangnya.. hubungan kami berterusan sehingga kini. Syukur Alhamdulillah.



Inilah air pilihan akak iaitu Strawberry Slush..


Qeeb memilih apple slush..


BFF mengambil pineapple juice..


Nachos..


dimakan bersama cheese

Jadi ini....

Nasi ini...


dimakan bersama ikan berempah... sedap juga...


Fajitas...


Ini yg dah lupa nama...
sedap jugak...




Hantar anak sendiwi...


Seperti yang pernah akak ceritakan sebelum ini, anak-anak pada mulanya akak gunakan perkhidmatan hantar dan ambil kesekolah melalui seorang teman yang juga menjalankan perkhidmatan menghantar dan mengambil budak-budak sekolah.

Memandangkan terlalu banyak murid yang diambilnya, anak-anak akak dimasukkan dalam shift pertama. Belum pukul 630pagi, anak-anak akak sudah bersedia di muka pintu. Jika terlambat, anak-anak akak akan dimarahi dan sepanjang jalan menuju kesekolah akan terdengarlah bebelan dari pemandu tersebut. Sekali dua anak mengadu, akak diamkan saja kerana keadaan akak dan suami tidak membolehkan kami terlalu cerewet. Dah ada orang sanggup ambil dan hantar budak-budak pun kira dah syukur Alhamdulillah.

Sehinggalah pad suatu hari, pemandu tersebut telah meninggalkan anak ketiga akak iaitu Ain yang berusia 10 tahun di sekolah. Pemandu tersebut tidak pula memberitahu akak mengapa Ain ditinggalkannya. Sehinggalah bila kakaknya yang sulung tiba dirumah memberitahu akak. Mestilah terkejut akak jadinya. Akak terus menaliponnya dan jawapannya, " Saya nampak begnya tadi, tapi Ain takda.. jadinya saya tinggalkan saja...". Itukah jawapan yang sehabis baik yang pemandu tersebut boleh jawap jika terjadi apa-apa kepada Ain?

Pemandu tersebut seorang yang tidak mahu berlebih kurang. Dia hanya mahu ikut peraturannya. Itulah yang akak dengar dari kawan-kawan sebelum ini. Tetapi apabila akak merasakan tidak dapat berkejar mengambil anak waktu hari akak dialysis dan suami pula makin sibuk urusannya... akak menghampiri si pemandu dan meminta bantuan untuk menghantarkan anak-anak akak. Sejak dari tahun lepas, akak gunakan bantuan beliau untuk menghantar anak akak yang bersekolah petang, kerana memang selalu anak akak datang kesekolah lambat kerana waktu akak habis dialysis pun kadang-kadang lewat.

Bila kami bincangkan suami isteri, kami mengambil keputusan supaya tugas menghantar dan mengambil anak menjadi tugas kami. Kami cuba datang lebih awal dalam memastikan pada hari dialysis, akak dapat habiskan sesi cuci darah selama 4 jam itu habis awal dan anak yang bersekolah petang tahun lepas dah sekolah pagi bersama-sama kedua2 anak yang lain. Dah satu sesi semuanya. Memang terkejar-kejar masa tapi agak relak dari dahulu kerana kami pastikan tiada anak yang akan tertinggal.

Keadaan sekitar sewaktu menghantar anak yang pertama.. kedudukan sekolahnya yang dilalui terlebih dahulu menjadikan Qeeb penumpang pertama yang diturunkan.

Qeeb dah turun... tinggal dua sekolah lagi....


Ain pula dah turun... sekolah kakak pula...

Kakak pula dah tiba di sekolahnya....

Penumpang semua dah turun... Tinggal ibu dan abah menuju ke hospital..... tapi singgah dahulu di warung makcik jual nasi lemak di Esso/Shell Kawasan Perindustrian Bangi.

Happy Birthday... Friend..

Wednesday, May 26, 2010

Selepas 2 hari...


Aisyah dah boleh membuka mulutnya..
Khas buat Aunty Som , Aunty Yani, Aunty Fa, Aunty Lili, Aunty Ai, Aunty Azie... dan semua
lihatlah..
keberanian Aisyah melebihi ibunya...
ibunya pernah melarikan diri dari kelinik pergigian
sewaktu menanti giliran...
bingkas ajak nenek Aisyah pulang..
mujurlah nenek Aisyah jenis memahami..
takderlah dipaksanya ibu Aisyah....

Crowning besi 2 batang di bahagian gigi geraham
bahagian geraham yang berlubang ditampal..
makanya cantik dan putih seperti baru
kesemua gigi-gigi Aisyah..

Tapi bila Aisyah mahu makan coklat,
tak boleh kerana gigi tak da..
Aisyah berkata..
' Ibu, bagi balik gigi saya....'..
memang kesian..
Selama 2 minggu ni, Aisyah hanya boleh makan bubur..




Tuesday, May 25, 2010

Pertama kali beli di gerai.


Sewaktu mengambil anak-anak pulang dari sekolah kami melintasi gerai Mama dan Baby Chakoi. Ain teringin nak beli chakoi dan akak ingin membeli air... ( Yup... dahlama teringin... Cuaca tersangatlah hangat....)

Kami biarkan Ain membeli sendiri. Nak lihat bagaimana cara dia berbelanja. Ain memang tak biasa beli kuih. Qeeb menjadi pemerhati.

Ain : Eeeeeeeerm ...... Berapa satu kuih ini?.. (Manalah ada orang beli satu...)

Qeeb : Mane ade orang jual kuih chakoi satu -.-

Penjual : 5 seringgit

Qeeb : Jadi Ain ade berapa ringgit ?

Ain : 2 ringgit .

Qeeb : So Ain boleh dapat 10 chakoi lah .

Ain : HUH !? Satu 2 ringgit !?


Penjual : *Memasukkan kuih chakoi kedalam plastik*

Ain : Eeeerm , saya nak beli yang ini sekali ye !
*Sambil menunjukkan kearah kuah pandan hijau yang dimakan bersama kuih chakoi*

Qeeb : AIN ! Mane ade orang jual kuah tu je !?

Ain : (^_^)Y Hehehehehehehehhehehehee



Inilah kuah hijau yang ingin Ain bayar harganya...


Selepas masuk kedalam kereta... Ain berasa sangat megah dan sering mengulang ayat ..'mine'..'mine'...





Sedap di tekak...


Balik dari hospital semalam, akak minta bibik rebus pucuk betik dan bunga pucuk betik..
Hajatnya dah lama nak masak Kerabu Pucuk Betik
Mak mertua boss akak.. ( Mak akak ler tu ) pandai masak Kerabu Pucuk Betik
menjadi kegemaran suami akak dan anak-anak akak
maka semalam, berbekalkan ilmu yang menebal di dada... ( baca saja.. percaya jangan... )
akak pun mencuba buat kerabu pucuk betik buat kali kedua...

Dah siap masuk semua bahan-bahan...
anak kedua kata..
' Ibu, kenapa tak sama macam nenek punyer?...'
' Ibu, kenapa warnanya tak sama dengan nenek punyer? Nenek punya merah lagi lah...'
Ibu dia diam jer...
Tapi dalam liver... dah geram rasanya...

Dah masak kerabu pucuk betik, ibu pun ambillah sikit
sejukkan dalam piring sebab nak merasa...
aleh-aleh.. orang yang banyak komplen tu
capai chopstick terus 'ngap' masuk mulut...
sekali.. dua kali... tiga kali...
eeeeehhhhh katanya tak samalah...
tak da rupa macam nenek punyer lah...
tapi...
dia yang merasa dulu....

Hmmmmm
Kalau dah macam tu..
sahlah...
S E D A P..

satu rumah kata sedap.....



Lepas tu kerajinan menjadi-jadi...
Masak Lemak rebung dengan ikan senangin...
Kesedapan jugak....


Lepas tu adalah beli kuini kat pasar tani hari tu..
buat sambal belacan kuini...
lagilah makan bertambah-tambah...
( tapi gambar tak sempat ambil... sambal dah licin...)

t
a
p
i

pukul 1230 tengahmalam terjaga... ( si tekak minang lah..)
sakit perut.. memulas-mulas...
apa taknya
ketiga2 masakan semalam ada cili api...
adui...
ingatkan nak puasa hari ni...
taklah boleh sebab kena makan ubat tahan memulas dan cirit...
pesakit buah pinggang tak boleh kena cherry berrry... nanti kering sangat badan dan fistula boleh rosak.....
Tapi syukurlah..
boss dan anak-anak boleh tahan pulak perut mereka...
mungkin sebab si tekak minang dah tak boleh makan cili api banyak2....
juga gabungan pucuk betik dan rebong menjadikan perut si tekak minang
kena masuk hangin..../berangin../ terangin....??????