Tuesday, October 12, 2010

793 ~ Alhamdulillah...


Asalnya dah rasa nak demam hari ahad lepas. Ada rancangan nak jumpa kenkawan sekelas dirumah salah seorang teman di Gombak Setia... tapi bila rasa badan tak begitu nak sedap... rasa malas teramat sangat. Hari sabtunya akak tak puasa sebab menemankan suami yang hendak makan nasi lemak kukus di kg baru... makanya hari ahad, akak harus puasa jika hendak mengawal pengambilan air.

Seharian, ahad tu akak bawak baring-baring saja... sekali-sekali tengoklah TV. Suami takder kena hadiri mesyuarat.. takder kawan yang berebut remote control... bebas dapat tengok.. habis-habis tengok sin chan di astro ceria sebab budak 5 tahun tu berebut nak tengok. Hadoi... banyaknya rival kat rumah ni... Kalau TV kat bawah tu kena berebut dengan budak nak tengok cerita Korea... kat TV atas ni kena berebut dengan budak 5 tahun dan ...... (takut nak mentioned...)

Malamnya siap kena guna nebuliser sebab agak semput sikit... Okaylah dapat tidur sampai pagi... takderlah terbangun tengah malam kejut boss, kata sesak nafas... selalu nak jadi sesak nafas bila malam isnin nak menyampaikan ke pagi isnin..... tapi kira okay sebab ahad tu puasa.. semput tu punca dari batuk sebab banyak minum ais... bukan sebab lebih air.... Alhamdulillah... Dua perkara yang berbeza.

Paginya tiba di opis, kebanyakan team pagi ini adalah team yang baru turun dari wad dan pulang dari bercuti bersalin. Mesin ini hanya baru digunakan dan cara pengendaliannya agak sulit jika petugas tak begitu biasa. Mesin ini hanya satu-satunya di opis ini.... Team yang ada pagi ini pernah melihat team yang biasa kendalikan mesin ini tapi baru pagi ini kena cuba buat sendiri. Bila menyedari ada kesilapan pemasangannya, akak terus buka entry yang lama-lama untuk refer semula dimanakah silap dipasang bloodline. Bingo... dapat satu sebab... kami seronok juga bila belajar dari kesilapan.


Kesilapan dah mula kelihatan...



Gambar ini diambil ketika dipasang oleh boss dialysis MA Rozi... jika dah ada darah yang masuk dalam bloodline, lebih terang nak lihat jalinan wayar tersebut...kena ambil gambar lagi untuk dijadikan referral dimasa depan...



Kemudian.. datanglah seorang student nurse.. (actually beliau seorang nurse yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah) datang menemubual akak. Seperti biasa, akak akan menemubual beliau mengenai hal-hal yang berkaitan dengan sakit buah pinggang. Banyak perkara baru yang dapat akak pelajari. Tugas beliau sebagai jururawat di Pusat Dialysis swasta banyak cerita-cerita yang boleh dikongsi bersama. Terima kaseh....



Sebaik bangun selepas habis empat jam dialysis, akak terasa tersangat sakit dibahagian tulang punggung sebelah kiri. Nak jalan terasa sakit sangat. Rasa nak heret saja kaki sebab punyalah sakit. Ingatkan sekejap saja rupanya sakitnya bawak sampai rumah. Nak naik keatas terpaksa perlahan-lahan.. (Ja, kalau you kata u jalan macam pengantin... akak rasa akak kena jalan macam Emak segala pengantin... lagi azab...)

Bila dah dapat baring, tak bangun-bangun lagi. Mujurlah ada nurse tak terlatihramai kat rumah ni. Sorang tolong picit, sorang ambillah makanan... sorang ambilkan air... dan yang sorang tu... dok berebut nak tengok TV....

Sepanjang hari semalam bawakkan baring saja.. kiranya best jugak bila betul2 rihat... sakit2 badan pun boleh hilang..... Alhamdulillah....

16 comments:

  1. Puan Rahmah,
    Semoga terpelihara dan dipermudah dalam semua urusan puan.Dijauhi Allah dari segala kepayahan.
    ...bila ada yang membantu terutama dari keluarga,rasa sakit pun kurang terasa.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah banyak nurse kat rumah... orang sakit dapat pahala sakit, orang sihat dapat pahala membela orang sakit [semoga akak terus tabah dan kuat]

    ReplyDelete
  3. Bingo!

    Akak, nasib baik you jadi blogger, kan? Boleh refer secepat kilat. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah berguna catatan dan gambar2 akak di masa lalu. InsyaAllah akak diberi kekuatan dan keberkatan dalam mengharungi ujian ini dengan kesabaran. yang ramai2 kat rumah tu lah penawar :)

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    Di rumah ini pun ada peminat KBS, ada peminat Ch 611...bila ini berlaku, remote jadi sasaran..Ye hajah, sekarang musim demam, akak baru segar setelah demam minggu lalu. Banyakkan rihat.

    ReplyDelete
  6. Cikgu...
    Terima kaseh atas doa dan Alhamdulillah.. seisi keluarga sama-sama membantu...

    ReplyDelete
  7. KOG,
    Alhamdulillah.. kat rumah memang kebanyakannya Nurse.. ada yang dah pencen..ada yang rejected dari hospital... tapi semuanya kiranya berguna jugaklah....

    ReplyDelete
  8. Kak Som..
    betullah.. Alhamdulillah. Banyak ambil gambar, banyak membantu kami semula... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  9. Madora...
    Alhamdulillah...
    akak memang suka ambil gambar perkara-perkara yg berkenaan. Ada juga staff yang syorkan akak ambil video cara pasang bloodline pada mesin. Kiranya idea yang terbaek tu..INsya'Allah...
    Alhamdulillah.. anak2 dan orang tersayang memang penawar yang mujarab...

    ReplyDelete
  10. Kak Hajah Nora...
    Hmmm... sama-samalah kita baru baik demam. Saya pun tertanya jugak kenapa kak hajah nora dah lama tak buat entry baru... okay.. memang saya akan lebihkan rehat.... terima kaseh...

    ReplyDelete
  11. dah dapat masuk puterri. thanks :)
    betul! anak2 kecik saya pun mintak laptop for birthday. tak kasi lah. nak PSP pun tak kasi. budak kecik sekarang high taste :)

    ReplyDelete
  12. akak, sy kat umah berebut remote ngan anak kecik saya, 4 tahun... selalu saya kena mengalah... hi hi hi

    ReplyDelete
  13. madora..
    budak sekarang dah pandai nak menggunakan internet... tak kasi, payah jugak tapi kena pantaulah laman mana yg depa visit....

    ReplyDelete
  14. mak su...
    akak pulak berebut dengan tokeh yang beli TV dan bayar astro bulan-bulan... tak pernahnya yang memang... dapat tengok cuma bila dia pergi kerja atau outstation.....
    lawan dengan budak, kacang.....

    ReplyDelete
  15. salam akak
    mudah2an kesihatan akak tambah baik hari ini..ida pulak rasa nak demam..dah mkn ubat tp lom nampak kebah lagi..nampak2nya kena jumpa dok juga..

    ReplyDelete
  16. ida...
    akak pula harap ida dah jumpa doktor dan semuga demam ida dah semakin baik. Musim demam lah kot...
    ramai juga geng blogger kita demam dan baru baik demam...
    jangan lupa makan ubat dan berehat..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata