Sunday, October 03, 2010

779 ~ Fenat.. Mujuq tak Fengsan....tapi berbaloi bila jumpa adik beradik


Awainya akak rasa malas jugak nak menjadi pengapit pada emak pengantin... kena usung beg tangan.. tunggu mak pengantin dan bapak pengantin hantar hasil 'kutipan' dari tetamu tapi bila dah semua orang tolak menolak... akhirnya akak pun fikir inilah kerja yang paling mudah selain daripada menyediakan makanan lauk tambahan (walaupun ada menggunakan khidmat katerer) maka akak menyanggupi... Kurang sikit guna tenaga. Yang penting sentiasa duduk berdekatan kedua ibubapa pengantin....

Kelihatan seperti pengapit mak pengantin bagi arahan pada mak pengantin....
Apa-apa jerlah kak oiiiii......




Sempat berposing...
Kenapalah tak bawak beg sendiri yang besar sedikit... (yang iyernya.. yang cantik sedikit dari ini..)



Pengantin dah tiba...
Yang pengantin perempuannya adalah anak saudara akak...



Inilah abang kedua akak yang menjadi 'wali' pada majlis pernikahan akak. Beliau jugalah yang pertama sekali mencari akak sebaik mengetahui akak dibela oleh ibu saudara...
Tahun 1978, pertama kali dia datang mengenalkan dirinya kepada akak... dari situ kami mula mesra dan setelah ibu saudara akak yang membela akak meninggal dunia... akak terus rapat dengan adik beradik kandung..



Abang adalah anak yang ketujuh dalam keluarga kami... Kakak pula anak yang ke enam dalam keluarga kami. Manakala akak adalah anak yang kesembilan. Kami mempunyai 14 orang adik beradik. 2 orang meninggal ketika masih kecil dan 2 orang lagi meninggal ketika sudah dewasa.



Pertama kali bergambar bersama-sama...
selalunya abang yang sulong tidak gemar bergambar....
Abang sulong dan adik lelaki paling bongsu bergambar bersama-sama 3 orang adik-beradik perempuan yang tinggal...



Alhamdulillah...
Walaupun awalnya akak rasa macam malas nak hadir tapi bila dah jumpa adik beradik semua, rasa seronok sungguh berkumpul begitu..... bukan selalu pun dapat jumpa kebanyakan mereka...

12 comments:

  1. Kenduri kat mana ni akak...bila kenduri kendara mcmni mng penat tp seronok sbb dpt jumpa adik beradik sedara mara...pulak tu jd org penting dlm majlis..meriah gitu..

    ReplyDelete
  2. Akak, hasilnya yg 75% tu jomlah kita bawak pi Langkawi ke, Haadyai ke..

    ReplyDelete
  3. Salam Rahmah, Amboi! Kus semangat ramai nya adik bradik kandung Rahmah.
    Emm...ada persamaan Rahmah dan Akak, yang di bela oleh ibu saudara juga tinggal di Kg Baru, KL.
    Rahmah nampak mesra dgn adik bradik kandung, akak pula rasa 'asing' dgn adik bradik kandung.

    ReplyDelete
  4. ida...
    knduri dirumah kakak akak di batu 9, cheras... mmg gumbira bila bertemu sanak saudara..

    ReplyDelete
  5. ja..
    bukan setakat langkawi... london pun mampu lagi lah...
    siap passport jer....

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    saya mmg rapat dgn adik beradik kandung.. kami mmg mesra sebab sebaik mengetahui saya ada adik beradik sendiri, kami sering bertemu... Alhamdulillah.. kami rapatpun setelah emak bela, meninggal... perasaan mak bela pun kena jaga juga.....

    ReplyDelete
  7. pengpit mak pengantin dapat elaun tak??
    :)

    ReplyDelete
  8. doktor....
    jangan setakat elaun.... obertime pun kira jugak....

    ReplyDelete
  9. bestnya ramai adek beradek. saya cuma 2beradek.
    penat tapi tentu gembira kerana dapat menyumbang tenaga buat majlis keluarga.

    ReplyDelete
  10. madora...
    sunyi kan bila 2 beradik jer....
    itulah pepatah lama ' the more the merrier...'.. tp tak per.. campur sepupu sepapat.. anak2 dan anak sedara... ramai jugak nantinya...

    ReplyDelete
  11. kak..no wonder la 2 3 menjak ni jarang bersiaran..bz kenduri kendara ghopenya..

    ReplyDelete
  12. shina...
    kenduri baru semalam lah... akak selalu bersiaran... you sajer yg jarang jumpa... :-)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata