Sedikit daripada kisah semalam...
Petang semalam, akak menerima kedatangan anak saudara suami dan isteri yang datang beraya kerumah. Memikirkan tahun lepas akak dah hidangkan laksa penang, maka tahun ini akak hidangkan yang lain pula.
Along Fairol adalah anak saudara lelaki daripada kakak akak. Dia juga abang sulong kepada pengantin perempuan ahad lalu.
Selepas solat Isyak, kakak dan adik akak pula datang beraya. Syawal dah hampir berakhir, dengan keadaan kesihatan ibu kami.. suasana raya baru kini kami raikan. Inilah sebabnya kami tidak beraya awal seperti tahun-tahun lepas seperti waktu ibu kami masih sihat lagi. Semasa sihatnya, beliau akan turut sama-sama datang beraya.
Juadah yang sama juga dihidangkan untuk tetamu...
Inilah kakak akak iaitu ibu pengantin semalam. Memang banyak perkara yang melucukan yang dikisahkannya.
Pagi ini, akak awalnya ingin berpuasa kerana mengikut kiraan semalam, akak telah terlebih air.. sepatutnya akak harus berpuasa tetapi olehkerana keletihan dan tidak terbangun untuk bersahur, akak mudah berasa lapar awal paginya. Dengan macam-macam perkiraaan.. akak pun membatalkan niat berpuasa dan membuat azam untuk bertemu dengan kenkawan rapat untuk beraya. Sejak bulan puasa lagi kami dah berhenti bertemu. Inilah kenkawan yang selalu akak ganggu diet mereka sebaik selepas mereka habis jogging.
Sebaik selesai menjemput Ain dari sekolah, akak pergi beraya di rumah yang pertama. Dengar kabarnya empunya diri tidak begitu sihat. Ingatkan nak singgah sebentar sahaja sekadar menunjukkan muka kerana seingat akak, sewaktu akak mula-mula di diagnos dengan sakit buah pinggang.. teman inilah yang sering berulang alik kerumah sebaik dengar kabar akak tak sihat. Bila akak mengetahui beliau tak sihat sebaik akak menaliponnya semalam, akak pun terus ingin bertemunya. Biarpun beberapa kali akak masuk hospital, dari wad biasa hinggalah ke CCU.. dia akan tetap ziarah. Sayang betul dengan teman yang seorang ini.
Jadinya, bila dah lihat keadaannya... akak rasa lega sedikit. Sakit memanglah sakit tapi kami memang tak boleh bertemu... Hajatnya nak duduk 10 minit dah menlarat sampai 2 jam. Berkali-kali nak minta diri... tapi biasalah... kami jenis yang tak boleh bertemu.... Yang orang ziarah ni taklah hinggat-hinggat kawan yang depan ni tak sihat... cakap ringkas.. balik ajerlah... tapi... dah namanya kawan baik.... sedikit sebanyak terusik kisah itu..terusik kisah ini... dah melarat cerita...
Bayangkan masa nak pulang pun payah jadinya... Dia nya dahlah sah-sah sakit. Gagahkan diri jugak menghantar ke kereta. Borak lagi tu... Dah kena panas bagai... kawan tu udahlah demam...
Peringatan untuk akak... kalau dah jenis yang tak boleh jumpa... jangan jumpa... ganggu orang sakit nak berehat jer....
Kemudian.. teringat dengan kawan yang kedua. Yang ini dianya sihat walafiat..cumanya sedang mengerjakan puasa 6 yang masih belum sudah... Issshh..isssshhh... samalah dengan si pencerita...
Yang ini akak hadkan masa. Akak jumpa... salam-salam... duduk kejap... betul-betul akak ikut had masa.... Tepat 10 minit, akak terus bangun. Salam-salam semula... terus pergi ke pintu.. pakai kasut.. terus keluar......
Mereka berdua termasuk teman yang dalam kategori 'Budi yang baik dikenang juga....'
salam...
ReplyDeleteseronokkan kak bile berkumpul ramai2 kan...
saye doakan akak sihat ye...
pasal anak periksa tu...tak lama lagi saye pun mcm akak jugak tapi dua tahun lagi la..ade yg ambik SPM,PMR.UPSR...
ain...
ReplyDeletekumpul adik beradik memang seronok... macam2 cerita keluarga yang keluar...
terima kaseh atas doa ain...
Hmmmm... tiap-tiap keluarga akak perhatikan mesti akan terkena sekali anak yang periksa 3 serentak... haaa....haaa... tenatlah kita sebagai ibu dan abah yang memikirkannya....
Seronok kan jumpa kawan wpun jarang jumpa tapi tetap mesra... Moga segera sembuh mereka-mereka yang sakit tu. Aminnnnn
ReplyDeleteazie...
ReplyDeletemmg seronok jumpa kawan..
tq...