Saturday, October 16, 2010

802 ~ Lain yang dirancang....


Gambar tak sempat nak ambil sebab keadaan semasa tak mengizinkan.
Fa.... harap you boleh terima alasan ini.... baca sampai habis yer...

Pagi akak terjaga bila menerima SMS dari adik mengatakan dia berada di ED, Hospital Serdang. Hal berkaitan dengan emak. Suami yang terdengar perbualan akak terus mengajak akak ke hospital untuk melihat apa yang berlaku.

Tiba di ED, nampak dua adik sudah berada disisi emak. Emak seperti biasa sedang mengerang ingin pulang. Sejak serangan angin ahmar sebulan lalu, emak tidak lagi boleh bercakap hanya mengeluarkan bunyi sahaja. Makan dan minum hanyalah melalui tiub di hidungnya.

Suami melihat rekod ECG dan Xray. Kelihatannya tiada perubahan yang membimbangkan cumanya bila emak mengadu nafasnya ada sedikit susah, makanya kakak, BIL dan adik pun mengambil keputusan menghantar emak ke ED, Hospital Serdang.

Agak lama juga kami berada di sana (ER) untuk menguruskan emak. Hinggalah pada tengahari tadi, emak dah ditempatkan di wad... akak dan suami pun minta diri.

Rancangannya tengahari ini hendak membawa anak keluar makan diluar dan berehat sebentar di Shangrila Hotel. Aisyah dah lama meminta hendak mandi kolam renang. Tapi, kita memang boleh nak rancang. Akak tak rancang nak makan di kantin hospital tapi dah tertulis akak dan adik beradik termasuk bapa saudara dan abang sepupu menjamu selera di kantin hospital. Kami tak rancang pun nak makan sama-sama... Rancangannya hendak makan ramai-ramai dengan anak-anak di Haji Sharin Low, Bukit Antarabangsa.... akhirnya akak dan suamipun tak dapat makan sama-sama. Akak turun dahulu dengan adik-beradik sewaktu suami dan adik lelaki bongsu akak menjaga emak di wad. Akhirnya akak menemankan suami makan tengahari di A.Hassan Ayam Kampong.

Kita memang boleh merancang... Allah Yang menentukan......
Allahuakbar....

4 comments:

  1. alahaiii..pedih hati bila tengok mak x sihat. sedangkan kalau datin biah tu demam pon ai dah x tentu arah..mmg mak akak x selesa pakai tiub kencing tu kot. mcm ada benda terselit kt situ. harap2 x melarat..

    ReplyDelete
  2. Ai...
    ALhamdulillah... lepas dah masuk wad... okay dah...
    memang rasanya emak tu kurang selesa bila pakai 'catheter' tu... tapi lama-lama, dia faham.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah stabil dah..
    Dr Jantung bizi lah hari tu kan!!!

    ReplyDelete
  4. doktor...
    alhamdulillah....
    memang bizi...
    menguruskan ahli keluarga sendiri lagi bizi dari menguruskan orang lain... Kan doktor....???

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata