Friday, October 01, 2010

775 ~ Tazkirah pagi Jumaat


Tersentuh hati akak pagi tadi sewaktu suami bercerita mengenai kisah puteri Rasulullah saw yang bernama Saidatina Fatimah Azzahrah r.a. Seorang wanita hebat... juga turut diuji oleh Allah snw.

Hidup beliau bersama suaminya Saidina Ali mengamalkan kesederhanaan dimana mereka tidak menggunakan kelebihan mereka sebagai anak dan menantu kepada Rasul Allah. Saidina sering keluar untuk berdakwah dan menyara hidupnya dengan mengambil upah menyiram tanaman di kebun orang yahudi.

Suatu hari, Saidatina Fatimah r.a telah terbau masakan jirannya sewaktu perutnya benar-benar lapar. Tak lama kemudian beliau mengambil keputusan untuk kerumah jiran tersebut dengan alasan untuk meminjam garam... walhalnya tujuan sebenarnya untuk menunjukkan dirinya dan dengan harapan jirann tersebut akan mempelawa beliau untuk sama-sama menjamu selera. Tapi, malangnya... garam yang diminta, hanya garamlah beliau dapat... Part ini yang buatkan akak menangis sayu.... Allahuakbar.... Jangankan akak, seorang teman baik suami (lelaki) pun turut mengalirkan airmata bila suami menceritakan kisah ini....

Sambung cerita...
Bila terjadi hal yang demikian.. Saidatina Fatimah r.a. pulang kerumahnya dan memohon ampun kepada Allah. Beliau rasa berdosa kerana berharap pada makhluk dan bukannya kepada Allah snw.

12 comments:

  1. Akak, terima kasih berkongsi tazkirah dipagi Jemahat yang mulia :-)

    "sentiasa berharap pada Allah", insyaallah.
    Salam.

    ReplyDelete
  2. salam jumaat...
    saye pun sedih gak bile bacenye tadi...terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam Rahmah, rajin pulak suami Rahmah bertakzirah di pagi dgn Rahmah dan kawan nya.
    Alhamdulillah, citer yg bagus, pelajaran nya
    Sentiasa minta pada Allah, sentiasa berharap dan berdoa dgn Allah..
    TQ for the reminder.

    ReplyDelete
  4. Sedih kisah ni, kan Akak?

    Akak, nak pinjam garam secubit, boleh?

    ReplyDelete
  5. salam jumaat akak too ittewww..

    ReplyDelete
  6. kak som...
    beginilah kita... apa yang baik kita kongsi sama-sama...

    ReplyDelete
  7. ainnoraini...
    akak pun dah mengikuti kebanyakan tazkirah yang ain masukkan dalam entry... lebih-lebih lagi mengenai ruh.. memang menarik di kongsi...

    ReplyDelete
  8. kak nani...
    sebenarnya kami memang suka bual-bual kisah sahabat dan nabi.. asalnya suami buka cerita apabila dia menceritakan kawan baiknya boleh turut menangis bila mendengar kisah ini...
    Sungguh mengesankan buat siapa juga..kan...

    ReplyDelete
  9. Ja....
    Memang sangat sedih...
    Ja..
    jangankan garam.. ajinomoto kalau you nak pun akak boleh pos lajukan...

    ReplyDelete
  10. en me..
    salam jumaat juga buat en me... dah balik ke dari ostolia????

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah suami isteri bertazkirah dan berganda2 barakahnya bila kita yg berkunjung sini dapat mendengarnya bersama. peringatan bagi diri saya agar tidak menjadi jiran yg tak sensitif.

    ReplyDelete
  12. madora...
    tumpang tanya...
    you masak apa pagi ni?...
    bau bukan main lagi menyusuk hidung....
    (u sensitif kan... hantarlah semangkuk dua kat akak.... harharharharhar...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata