Khas buat kak som
inilah Encik Muiz...
Akak cukup suka dengan anak muda ini...
Gigih dia menemankan jirannya iaitu Pakcik Salleh yang menjalani rawatan dialysis sama shift dengan akak. Sudah beberapa bulan Muiz menjadi teman setia kepada Pakcik Salleh. Pakcik Salleh ini adalah suami kepada Puan Rawizah yang pernah akak ceritakan dahulu.
Menurut Puan Rawizah, Muiz seorang anak muda istimewa tetapi murni hatinya mahu menemankan Pakcik Salleh setiapkali hari dialysis...
Tadi, Muiz memberanikan dirinya datang berbual dengan akak. Hari ni mood akak agak baik maka akak pun melayanlah Muiz.. selalunya akak malas jugak nak melayan dan buka 'kaunter bercerita dan pertanyaan'...
Apapun akak cukup suka dengan Muiz yang sanggup menemankan Pakcik Salleh selama 4 jam setiap hari dialysis.
Yang paling kelakar.. akak bertanyakan umurnya.. setiap kali dia menjawap.. akak tak faham.. berkali-kali akak tanya... dan jawapannya pun masih tak akak fahami... Hadoi... sorrylah banyak Muiz..
Muiz mempunyai adik beradik seramai 8 orang. Anak yang ke 6. Punya 2 orang lagi adik perempuan yang belum berkahwin. Ibu dan bapanya berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Bapanya sudah meninggal. Puas dia interview akak.. dan akak pulak interview dia... Puas hati akak... Takanlah asyik kena interview jer.. sekali-sekali sedap jugak interview orang lain.....
Muiz melayan Pakcik Salleh..
Siap duduk mengadap akak.. akak pulak mengadap laptop...
tapi tak mematahkan semangatnya daripada berbual-bual dengan akak...
bagusnya Muiz ni..menyantuni orang tua-tua ni, besor fadhilatnya, kan?
ReplyDeleteakak, selalu ke mood akak tak baik? **tengah bersiap sedia nak lariiii....**
Akak, tq very much sbb tampal gambo Muiz. Sah, dia bukan abang I wpun nama
ReplyDeletemereka sama, hehehe.
fa...
ReplyDeletealhamdulillah.. inilah kelebihan insan istimewa macam Muiz ni... tidaklah dia memikirkan berat menemankan jirannya ke hospital...
akak selalu bad mood jugak... terus terang cakap... akak dah letih sebenarnya...
kak som...
ReplyDeletekebetulan Muiz ada mood nak posing... mujur dia tak terkejut bila akak snap gambar dia walaupun awalnya memang dia terkejut kena flash....
dah namanya blogger... mesti nak ambil gambar...