Saturday, October 09, 2010

790 ~ Terkenang Guru Mengaji Quran..


Pagi tadi memasuki semula kawasan rumah akak yang lama di Kg Baru banyak memberi kenangan lalu. Antaranya guru mengaji Quran.

Ibu angkat akak juga seorang guru mengajar mengaji Al-Quran untuk beberapa orang anak jiran. Antaranya sekarang ada yang telah pun menjadi Ketua Jabatan O & G di sebuah Hospital Kerajaan. Ada juga yang telah menjadi penyanyi terkenal... ( Ja, mungkin you pernah terbaca chat FB akak dengan kawan baik you yang sama-sama belajar dengan you dulu.... itulah dia gerangannya...).

Tetapi nak dijadikan cerita, anak kepada guru mengaji yang tersohor itu telah terlalu mengada-ada sehinggalah pada saat guru mengaji tersebut meninggal dunia, anaknya tidak pula dapat khatam Al-Quran dengan ibunya sendiri.. Telah beberapa orang anak murid kepada guru Al-Quran tersebut telah khatam 30 juzuk.. tetapi anak guru tersebut tidak merasa khatam Al-Quran dengan ibunya. Sesalnya rasa.....

Selepas ibunya meninggal dunia, akak pun berusaha hendak khatam al-Quran dengan memanggil seorang guru mengajar mengaji yang dikenali sebagai Mak Engku. Nama sebenarnya ialah Raja Safiah. Orangnya sangat baik dan tertib. Berbudi bahasa tinggi... Memakai kacamata tebal (rabun dekat) berbingkai hitam dan gemar berbaju kurung. Beliau memang amat dikenali di kawasan Kg Baru kerana ada beberapa orang jiran turut mengambil Mak Engku sebagai guru mengaji anak-anak mereka.

Orangnya sederhana tinggi.. berbadan gempal sikit... Bila mengaji... Masya'Allah... suaranya memang sedap dan serak-serak basah. Selama beberapa tahun juga akak belajar mengaji dengan Mak Engku. Setiap pagi beliau akan datang kerumah akak untuk mengajar akak mengaji.
Alhamdulillah.. berkat kesabaran Mak Engku yang rajin berulang alik kerumah akak untuk mengajar akak, akak telahpun mengenal huruf dan dapat membaca dengan betul. Alhamdulillah.

Mak Engku hidup seorang diri... tapi beliau amat mengasihi kucing. Beliau ada memelihara beberapa ekor kucing peliharaan. Setiap hari beliau akan membeli ikan segar seperti ikan kembong atau ikan sardin.. direbuskannya dahulu dan diberikan makan kepada kucing-kucingnya. Apa yang akak masih terbau ialah setiap kali selesai mengaji tangannya akak akan salam dan cium.. maka akan terbau bekas-bekas ikan. Akak suka mengusik Mak Engku dengan mengatakan Mak Engku suka gatah ikan... Dia akan tersipu-sipu malu dan menceritakan sebelum beliau datang ke rumah akak, anak-anak kucingnya diberikan makan dahulu....

Lama sungguh akak melupakan satu nama dan satu susuk tubuh yang sering datang setiap hari tanpa jemu kerumah akak demi untuk mengajar akak mengaji. Hinggalah pada hari ini akak teringat namannya dan teringatkan susuk tubuhnya dan wajahnya.. Sungguh rindu akak padanya. Dari jiran-jiran yang masih menetap di Kg Baru, kabarnya Mak Engku sudah pun kembali ke rahmatullah. Semuga segala jasa baiknya dan ajaran-ajaran yang diperturunkannya buat akak dan ramai lagi anak-anak muridnya akan menjadi pendinding dan amalan yang berterusan yang diterimanya sewaktu di alam kubur.

Biarlah beliau tidak pernah mempunyai anak yang dapat mendoakannya tetapi segala amalannya akak percaya akan dibalasi dengan baik oleh Allah SNW. Perwatakan beliau yang baik dan tidak menyakitkan hati jiran muga-muga dibalasi oleh Allah dengan pahala yang berganda.

Bagaimana kenkawan semua...? Masih ingatkah lagi nama guru yang mengajar mengaji Al-Quran anda semua....

Sayangnya akak tak pernah ambil gambar Mak Engku untuk dijadikan kenang kenangan....
Al-Fatihah buat Mak Engku....

4 comments:

  1. Fa ingat lagi ada dua orang yg ajar Fa ngaji dulu. Malam malam berdedai la pegi rumah dia...kadang2 tu bila takut, masing2 pecut lari sampai melayang tudung tudung. Alahai, teringat zaman silam dulu, seronok kan? Masa tu mana ada mak bapak nak hantar macam sekarang? Alhamdulillah, selamat pulak pegi balik berbulan2.....

    ReplyDelete
  2. Amin. insyaAllah segala ajarannya yg diamalkan anak2 muridnya berterusan pahala ganjarannya. begitu juga kebaikannya pada jiran dan kucing2 peliharaan. muga kita juga dapat beramal sedemikian selagi boleh mengumpul bekal :)
    sebab tu saya bercita2 anak saya jadi guru atau ustazah mengaji :)

    guru ngaji saya yg pertama kenalan baik ibubapa saya, yang sampai hari ini maseh saya hubungi. yg kedua ustaz, jiran saya yg telah kembali kerahmatullah. yg ketiga ustaz di madrasah yg maseh ada tapi uzur, umur 80an.

    sungguh berkat mereka yg mengajar mengaji :)

    ReplyDelete
  3. yg masa umur saya 4-5 tahun tak ingat nama. tapi yang masa umur 6-7 tahun ingat Arwah Tok Mail. Ajar marhaban sekali.

    ReplyDelete
  4. Akak, I tau saper artis terkenal tuuuu!! Baik orgnya..

    I ni kan, bukan setakat ustaz/ustazah yg mengajar I yg I kenang, ustaz kelas lain yg xde kena-mengenanya pun I tak pernah lupa.. I wonder y lah, Akak!!?? aaauuuwwww..

    lhamdulillah, I berpuas ati sbb anak2 I khatam al-Quran dlm tangan I syendiwi..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata