Sewaktu pergi beraya di rumah saudara belah FIL di Parit Tunggul, ternampak barang-barang antik ini di pamerkan. Buat anak-anak akak mungkin mereka memang tak pernah jumpa tapi akak pernah merasa menggunakannya.
Tahun 1970an- arwah emak akak masih menggunakan seterika ini untuk menggosok baju. Seterika ini menggunakan kayu arang. Kayu arang di panaskan/dibakarkan terlebih dahulu untuk menjadi bara dan kemudiannya dimasukkan kedalam seterika arang ini. Arwah emak mempunyai seterika letrik jenama National tetapi beliau lebih suka menggunakan seterika ini kerana bila tahap kepanasannya sesuai... kerja-kerja menggosok kain menjadi lebih licin dan mudah.
Persediaannya amat payah juga buat yang tidak biasa... tapi bila dah selalu menggunakannya.. ianya menjadi mudah sekali. Dan sediakan juga daun pisang untuk dijadikan sebagai pelicin bagi tapak seterika bila kita hendak menggosok. Tapi harus hati-hati... selak di atas seterika kadang-kadang tidak begitu ketat.. sedang sedap menggosok, selak atas penutup seterika boleh terbuka maka bertaburlah bara-bara arang-arang yang keluar. Aduh... boleh kena pakaian yang digosok dan terbakarlah pakaian tersebut.... Tapi, jika berhati-hati.... tidaklah terjadi kisah tragis begitu..
Ini pula pengisar beras untuk dijadikan tepungberas. Arwah emak akak sering membuat kuih apam tepung beras yang berwarna-warni tu. Beras akan di rendam semalaman dan bila dah kembang, akan di kisar dengan pengisar ini. Beras-beras yang direndam dimasukkan kedalan lubang atas pengisar dan pengisar ini akan di pusing menggunakan kayu... kemudian beras yang dah hancur akan turun melalui tepi-tepi pengisar...
Dan ini pula adalah penggiling cili... bukan setakat cili.. rempah-rempah pun boleh digiling jika hendak membuat kari... Arwah Mak cik Ramlah dahulunya memang gemar sekali menggunakan penggiling cili untuk penyediaan rempah-rempah dan cili-cili untuk masakan. Masakan beliau memang yang terbaek pernah akak rasa....
Batu Giling dan Pengisar... akak tak pernah guna (kendalikan sendiri utk kegunaan shendiwi di rumah shendiwi)...
Seterika Tembaga guna arang.. akak pernah guna....
My faberet words
I've been there...
I've done that...
Oooooooooh...Yeah....
Salam Hajah,
ReplyDeletePengisar a.k.a batu boh, penat tangan memusingkan 'anak', round, round.. dengan memegang 'telinga'nya.
Batu giling..ada teka tekinya "ibu terbaring, anak main tahi (ooooops....maaf ye). Lenguh juga tangan menghayun 'anak' atas 'ibu', ke depan, ke belakang.
Seterika arang..pun penat tangan mengipas arang supaya sentiasa ada bara. Berpeluh bila menggosok baju.
Semua peralatan di atas sempat akak guna sebelum diganti dengan yang 'petik' aje, tunggu dan lihat...kisar tepung, blend cili, iron baju.
Tapi, kita 'survive' juga.
Puan Rahmah,salam
ReplyDeletemakcik pun seen that,done that
memang hangat,memang penat
Tapi result dia,gerenti hebat.
Baju diseterika lendit dibuatnya
Gulai batu giling sedap tak terkata
Pengisar pula,jadi exercise pun ada.
itu yang orang lama boleh survive walau kat mana saja.
seterika arang tu sampai tahun 80-an mak long kita guna lagi sebab rumah dia kat estet, takde karan (walaupun estet kat jb!)
ReplyDeletebatu giling, ibunya ada kat rumah, anaknya dah jatuh, terbelah 2, dah kena humban... (kes buang bayi?) hehe
havent seen that, havent done that tapi suka dapat tahu tentang alat2 antik ni yang dah berbakti dengan ibubapa kita. zaman sekarang semua mudah tapi pun kita merasa lelah :)
ReplyDeletekak hajah nora..
ReplyDeletemmg lenguh segalanya... teringat saya arwah mak letak batu tu di bawah..kena cangkung masa mengisar.... lenguh... saya yg duduk perhatikan pun lenguh....
dan bila menggosok guna seterika tembaga tu, badan mmg berpeluh2 sebab kepanasan bara tu... tapi best....
cikgu...
ReplyDeleterempah ratus dan cili yg guna batu giling mmg sedap rasanya.... tak boleh ditandingi oleh tukang masak skrg.... org dulu lebih sihat berbanding org sekarang.....
KOG...
ReplyDeleteini bukan setakat buang anak.... pecah berderai anak.... lg kijam woooo..... hehehe...
madora...
ReplyDeletemmg u ni generasi muda dari akak... tak sempat tengok cara pengendalian barangan itu.... byk lg tau.. kalau akak jumpa, akak kongsi lagi....
patut la org dulu2 sihat badan! teringin rasa nak balik kat zaman org dulu2 kan? nak berangan jap!
ReplyDelete**basuh kain kat sungai sambil berkemban, pastu main percik2 air dgn cik abang** huarhahahaa....
wahhhhhh cik fa.......
ReplyDelete.
sila ikat kain batik itu kuat2 ya....
fa laling....
ReplyDeletebasuh baju kat sungai.... boleh..
berkemban...... tak BOLEH...
berkemban kat bilik air shendiwi saja...
Nak kena yer?...(ayat faberet aisyah)
doktor....
ReplyDeletekain batik dah hilang sebab air sungai laju.....
fa tak sempat ikat td....
tak lah muda. cuma duk bandar kat sini, perubahan pesat sangat, masa zaman saya semua ni dah takde.
ReplyDeleteHahahahaaaa!!!.......adoiiii...sakit peyut gelak!
ReplyDeletemadora...
ReplyDeleteu membesar dibandar yg pesat membangun..lain pulak kenangan u... kan?..
fa....
ReplyDeletegelak pagi2 membawa rezeki.....
:-D
Akak
ReplyDeleteBenda2 tu biasa kita guna except seterika tu. Nasib baik... kalau tak peluh bagai diperah2 kat cecelah .... *sensored*
kak som...
ReplyDeleteu pandai guna batu pengisar dan batu giling?.. hebat...
akak cuma pandai guna seterika tu.. memang berpeloh lencun punya... tapi yg bestnya bila dah mula menggosok... habis baju2 satu almari kita gosok...(bila tiapkali gosok, licin dan lancar...)