Bersiaran dari rumah pulak...
Gambar dapat upload.. kalau di opis, linenya kejap-kejap batuk.. tersedak2 kita dibuatnya...
Bila akak bawak kereta dan boss dah parking kat tempat khas.. akak parking di sini. Mudah pagi-pagi sebab orang tak ramai lagi... pilih ajer tang mana nak parking....
Masuk melalui pintu ini harus dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Awal sangat pun tak buka lagi... kena tawaf separuh hospital masuk kot lobi kalau dah awal ataupun dah lambat balik...
Tak sanggup beb...
Pesakit yang mendaftar pun belum ramai lagi... selesa... sebab itulah ada pepatah lama mengatakan
' Kena bangun awal kerana awal pagi adalah pintu rezeki... '
Inilah kisahnya cik bibik kita yang betul-betul tak mahu mengaku tak tahu ataupun tak ada sewaktu kami menerangkan karipap putar/pusing. Dia beriya-iya mengatakan tahu dan tidak mendengar betul-betul penerangan kami ( Akak dan MA Rozi )
Kak Zah..
suasana kami berbincang disulam dengan gelak ketawa... Bibik tak bengang pun... cumanya bila dia berkeras tak mengaku tak tahu, kami tekan dia lagi..... gurau-gurau pagi-pagi...
Inilah yang buat kami semua ketawa... dah 'give-up' cik bibik mencari karipap pusing/putar.. dibelikannya vadei... Akak suka sebenarnya vadei ni,.. saja MA Rozi mengusik....
Akak sempat melihat MHI di TV3 mengenai Maher Zain...
MA Rozi berusaha pergi ke kantin dan membeli sekeping karipap putar dan tunjukkan kepada cik bibik. Cik bibik disuruh rasa walaupun dia keberatan asalnya. Kami usik mengatakan biar dia boleh mengingat bila dia dah rasa karipap tersebut.
Selesai dialyis akak mengajak teman yang sama-sama dialysis minum sambil menikmati mee kari dan roti bakar di Kopitiam yang terdapat di Lobi Hospital. Akak yang sebenarnya sejak minggu lepas teringin nak makan mee kari selepas melihat Qeeb menikmatinya sewaktu akak puasa minggu lepas. Alhamdulillah... berbaloi... memang sedap...
Leka berbual dengan teman sehingga terlupa sesuatu...
Dah masuk kereta dan dah hampir tiba rumah baru teringat...
Anak tak ambil lagi....
Ain seorang saja yang sekolah minggu ini. Yang lain dapat cuti sempena PMR.. Pagi tadi boss yang menghantar Ain kesekolah dan kerana itulah akak terlupa mengenai Ain.
Mujurlah akak tak terlalu lambat. Hai lah... Andeh..andeh....
( Dah mulalah semula...)
lain kali google image dulu tunjuk dia gambarnya, hehe... psst: kita panggil vadei tu magelek
ReplyDeleteha ah!!!!!
ReplyDeletekat MHI pagi tadi ada Maher Zain!!
Tuan Producer MHI tak beritau kita pun!!!
Mujur laaaa...
ReplyDeleteKalu idak ada ler anak orang tu menangih sembab mata tunggu mak dia yg leka borak sampai terlupa ada anak dia tersadai kat skulah... hahahaha
AKAK... AKAK...
saperlar tak sayang anak..
ReplyDeletetp ader kann.. kanns.. ekeke
KOG,
ReplyDeletedah luper... tak ingat nak gugel.. kami dok menerangkan dekat sejam... patutnya gugel cari gambar... hadoi...
Doktor...
ReplyDeleteIyer..
Sebaik nampak Maher Zain kat TV3.. terus automatik ingatkan you...
Psstttt...U dapat tiket Maher Zain tak?...
Azie..
ReplyDeletemujur jugak..
lagi satu mujurlah akak tak leka bual sangat-sangat sebab masa duduk2 tu lansung tak teringat anak sekolah... mujur jugak ada ramai orang yg terdiri-diri nak cari tempat duduk...
takut nanti ibunya yang nagih berminggu-minggu jika anaknya.... (takut nak sebut....)
en me...
ReplyDeletesayang anak memanglah sangat sayang...
tapi..
kalau dah terlupa.. naya sungguh....