Thursday, October 14, 2010

798 ~ Minum petang...


Kumpulan KKM dah mula berkumpul semula setelah sebulan tak bertemu... Kami memang akan bertemu bila saja ada makan-makan.... kalau takda makan-makan.. kami tak BOLEH bertemu... (agaknyalah...)
sambung citer KKM...

Petang tadi patutnya akak dengan bersenjatakan kamera pergilah mesyuarat KKM. Bagi yang belum kenal KKM... sila refer kat blog akak yang lama.... Kumpulan Kuat Makan.
Kami ditakdirkan bertemu kerana makan. Kalau time bulan puasa... kami tak akan bertemu sebab tak boleh nak makan. Tak kiralah sama ada makan pagi, makan tengahari ataupun makan petang.

Ahli kami terdiri daripada The President... Puan Marina, Puan Intan, Puan Maimon, Puan Ani, Puan Sharifah, Puan Ella, Puan Gee dan Cik Ain. Akak sebagai Ketua Kuat Makan... not the President, yet. (Pemilihan akan datang akak akan cuba jatuhkan Puan Marina... hehehehehehehehehe....)

Jadinya setelah sebulan puasa kami tidak bertemu, jumpa pun sekejap masa melawat The President tak sihat hari tu.... tadi kami dah mulakan perjumpaan seperti biasa. Puan Intan telah memasak berjenis-jenis lauk untuk menjamu kami. Tapi..... yang nak jadi malangnya.. bila akak petik ajer kamera.... tertera kat kamera 'No memory card'. Memory card tertinggal kat laptop masa upload gambar buah ceri fa..... Hadoi....

Duduk-duduklah kami tadi sambil makan dan berborak-borak. Kebetulan kembar akak pun tiba. Nak dijadikan cerita sikembar akak ni tarikh hari, bulan, tahun lahir kami sama. Kan seronok sangat... Geng-geng lain sampai tersedak-sedak bila akak melayan si kembar akak ni...

Inilah sikembar yang sama hari lahir dengan akak....



Ja.. inilah kolam ikan akak..
dulu ada ikan koi..
sekarang tinggai ikan betok dan sepat...
(sama macam ikan kat sawah...)
nak bela ikan koi dah tak kuasa...
sebab apa tak kuasa...
bila dia besar.. cantik.. manja....
datanglah penyakit...
mati semuanya...
ataupun ..
kami semua balik kampong...
kawasan rumah kena blackout...
oksijen terhenti....
Habis mati semua....
Tak kuasa nak menangis sedih...
tak kuasa nak guna penyodok ikan... kutip semua ikan yang mati...
Dah cukup... tak sanggup lagi...



Ja...
ikan betok ni sesuai kan kalau nak masak Acar hijau...
kalau kat melaka, ada jual rempah acar warna hijau...
ikan ini digoreng dan dimasak dengan acar hijau...
( akak tahu dan pernah nampak tapi tak pernah sampai hati nak rasa....)



Ini pula untuk Fa...
Dalam perjalanan pulang dari hantar anak kawan tadi... nampak pokok ceri ini..
teringat pada fa...
dengan ketinggian dia... sure... habis di' ranggahnya' semua buah-buah tu...
tapi..
pada saat ini masih berbunga belum berbuah...
pokoknya dalam semak
tapi banyak.. bukan sepohon... berpohon-pohon...
Fa cuma sewa lori sajalah nak mengangkut buah-buah ceri ni
untuk di bawak balik kek kemaman...



Melihatkan semak-semak keliling pokok-pokok ni, terasa seriau jugak... kot-kotlah ada You know what...
Tapi demi untuk menghiburkan Fa...



Kawasan ini macam kawasan tinggal...
tepi longkang besar...
macam2 pokok ada...



Buat fa...
bunga-bunga ceri...



Untuk Madora:
Di Ranggahnya - dikerjakannya... perbuatannya macam you tarik dahan pokok yang tinggi..lepas tu you tarik level-level hidung you biar you senang capai....

Kak Som... Tolong......

15 comments:

  1. Imbau kembali masa kecik2, akak selalu main buah ceri yg putik, buat peluru pistol kayu dan lastik.
    Arwah mak pulak pesan jgn makan ceri ranum sebab bnyk ulat/cacing, tapi betul lah akak picit memang ada cacing2 halus.
    Emm..dah tuh kan arwah mak pesan jgn panjat pokok ceri ada banyak ulat bulu..
    Tak caya?? Ha ha ha tengok gambar yg last tuh..daun dah start lubang2..kat bawah sekali tuh aper..yg kuning2 tuh..2 ekor ulat bulu ker??
    Alamak, jgn bagi Aishah gi situ, nanti tak pasal2 balik rumah gatal & bengkak2..

    Oh..anyway, kolam ikan cantik..emm..bila lagi nak buat BBQ??
    Abai jer, akak ni suka berseloroh..

    ReplyDelete
  2. Akak dah tengok betui2 gambar2 lain kann...bukan ulat bulu lah, bunga lalang tuhh..
    He he he..

    ReplyDelete
  3. wahh...**dalam kepala dok pikir nak buat business nih! kot2 dapat beli poyok karen tu** Akak, cuba dapatkan nama tuan punya tanah tu, kalau jadi beli Fa nak pagarkan keliling pokok ceri tu!!!!hehe

    Ku teringat ditepi kolam ikan tulah kita bergambar dan bermesra...oh kenangan! :P

    ReplyDelete
  4. salam akak...

    saya dah on blog macam biasa..
    dah tak private dah..

    linknya..

    http://kilauancintasangratu.blogspot.com

    :)

    ReplyDelete
  5. best lah akak ni ada KKM, macamana nak jadi ahli? dapat berjumpa dengan kembar lagi.
    kolam ikan akak cantik!
    paling best dapat belajar perkataan2 baru, sungguh terang penjelasan akak, boleh saya imaginasikan aktiviti meranggah tu..tarek dan capai :)

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    memang masa saya kecik2 dulu pun putik buah ceri memang jadi peluru lastik atau pistol kayu... enjoy kan... cumanya anak-anak saya tak kenal permainan macam tu lagi...
    tempat tu memang penuh dengan semak samun pun.. nak panggil belukar pun boleh... saya ambil gambar sebab nak tunjuk kat kawan yang minat makan buah ceri...

    ReplyDelete
  7. Fa...
    akak pun teringat peristiwa yang sama....
    tapi kita masih boleh bergambar dan bermesra kat situ kan... 20hb ni????.... Jadi datang ker?..

    ReplyDelete
  8. Amy...
    OK.. akak dah boleh access ke blog you... Thank You...

    ReplyDelete
  9. Madora...
    untuk menjadi ahli KKM.. anda mestilah
    1. suka makan...
    2. suka jalan-jalan cari makan
    3. kuat makan....

    keahlian masih terbuka untuk semua...
    the more the merrier....

    ReplyDelete
  10. Akak
    You mintak 'tolong' dari Kak Som, Kak Som yang itew ke? Apa yang boleh beliau tolong? Tell me, stori me, stori me .. (sepatah kata Fa sipenggemar Ceri).

    ReplyDelete
  11. kak som...
    i panggil kak som ess jay...
    i nak mintak u tolong betulkan bahasa i guna... betul ker ada ayat 'ranggah'? dan betulkah maksudnya?...

    ReplyDelete
  12. Akak
    KakSom ess jay kata beliau tidaklah pandai akan perkataan2 Melayu sebab BMnya boleh tahan porak peranda *tengoklah bahasa kat blog dia tu*.

    Ekceli, 1st time dia dengar perkataan 'ranggah' tu. Dia tau 'punggah' jer, hehe.

    ReplyDelete
  13. kak som...
    akak pernah dengar arwah mak guna ayat tu....
    ayat/bahasa lama kotnya...
    hunggah... ranggah... maknanya sama.. cumanya hunggah ni, kasar sikit perbuatannya. Tarik dahan dgn kasar...
    ranggah.. kiranya sopan sikit.... masa tarik dahan tu..

    ReplyDelete
  14. bestnya orang melayu hunggah ranggah dibezakan antara kasar dan sopan..hidupkan semula kekayaan bahasa lama kita :)

    ReplyDelete
  15. madora...
    Insya'Allah...
    kalau bukan kita yg memulakan.. siapa pula yer???

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata