Belakang rumah ada berekar-ekartanah kosong. Akak tanamkan serai, daun pandan, pokok mangga, pokok bunga kantan, betik, pokok lengkuas, keledek pun ada....
Kelihatan pokok mangga cukanan yang akak tanam atas tanah. Dapatlah selorisebijik buahnya yang di ambil oleh bibik pagi tadi... Mudah-mudahan lepas ini akan banyaklah buahnya...
Cerdik tak cerdiknya...
pokok lengkuas yang akak bersebelahan dengan pokok mangga.
masa kecil pokok lengkuas tu kira okaylah sebelah menyebelah dengan mangga chukanan tu, tapi.. bila pokok lengkuas tu dah beranak pinak.... dia seakan-akan tumbuh dalam pokok mangga tu... ataupun kelihatan seperti pokok mangga tu hidup dalam ladang lengkuas.... Apa-apalah....
Pagi tadi, cik bibik congkil tanah dekat pokok mangga tu untuk keluarkan khazanah dari lengkuas. Rupanya dah banyak lengkuasnya.... Kalaulah emas sebongkal.... mau kaya akak yer....
kalau halia boleh jugak akak buatkan air halia... kalau lengkuas?... Ada ke orang minum air lengkuas?.... Banyak sungguh.... Nak buat apa.???..
Nak bagi geng lah....
Serai pun hasil kebun akak yang sekangkang kingkong tu....
Alhamdulillah....
sronok bila yg kita tanam tu ada hasil. tingat masa duk kt selayang dulu. nk serai ke, cili api ke, daun pandan ke..sume main petik je..KAGOM!
ReplyDeletecili api? daun kunyit? limau purut? haaaaa...banyak lagi nak kena tanam tu... :D
ReplyDeleteAi..
ReplyDeletememang seronok...
tapikan cili api agak payah sikit nak hidup... pernah tanam, tapi hidupnya tak lama....
Fa..
ReplyDeletenanti you datang akak tunjuk dalam satu pasu ada 3 pokok..
pokok daun kari, pokok limau purut dan cili api...
sure you jelezzzzzzzzzzzzzz...
20hb nanti akak tunjuk....
best la senang aje boleh petik2. itulah yg saya idam2kan :)
ReplyDeletemadora....
ReplyDeletemmg best jika time petik...
bila dah hyabis.... kena beli jugak....