Monday, October 11, 2010

792 ~ No monday blues...


Setelah berehat, bangun... tidor sepanjang hari semalam... hari ini terasa segar sangat... bangun awal... siap awal.... mood pun baik...

Tiba di opis... SN dan MA yang baru bertugas disini setelah 4 bulan ditempatkan di wad...

Pemasangan mesin yang khas untuk akak agak rumit jika jarang dilakukan. Akak teringat pernah ambil gambar mesin suatu masa dulu. Akak refer semula dan tunjukkan pada SN. Alhamdulillah... mesin pun okay boleh digunakan....

Kemudian datang pula student yang sedang melanjutkan pelajarannya datang ke meja akak. Tujuannya nak ambil/cari kes yang sesuai untuk dijadikan case study. Kes akak tak sesuai sebab akak pernah dimasukkan ke dalam CCU. Tapi banyak penerangan yang berguna yang akak perolehi... Alhamdulillah...

Untuk pesakit dialysis sahaja :

1. Makan buah-buahan harus/mesti dibuang kulit... Potassium tersembunyi di bahagian kulit.

2. Makan sayur hijau seeloknya di elakkan. Jika nak makan juga harus masak hingga lembik.. (kalau dah lembik... baik tak makan..)

3. Amalkan puasa untuk mengawal pengambilan air.

4. Kawal pengambilan gula agar tidak kena penyakit diabetes....

5. Jika boleh, elakkan daripada menarik air terlalu banyak..(melebihi 2.5kg) sebab akan merosakkan jantung.


4 comments:

  1. ai penah dok melangut dlm emergency. masok ubat berbotol2 sbb high potasium. time tu mmg suka betol ratah sayur ijau. isk, tobat!

    ReplyDelete
  2. Ai...
    memang sukar betul kita ni kan...
    lebih potassium tak boleh... lebih phosphate pun tak boleh...
    tapi kena tabah jugak demi nak teruskan hidup....

    ReplyDelete
  3. en me...
    YUP.. memang gituuu....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata