Thursday, September 30, 2010

774 ~ Aisyah-Dentist-jamuan raya



Selesai ambil kesemua anak (macamlah ramai bebenor yerrrr....) dari sekolah memasing... kami mengambil anak yang tak sekolah pula untuk dibawa ke hospital untuk temujanji dengan Pakar Pergigian Pembedahan Kanak-kanak. Lanjutan dari kes Aisyah 'operate buang gigi rosak', temujanji yang kedua adalah hari ini...

Melangkah dengan seronoknya 2 beranak ini....


Tapi sebelum itu kami memenuhi jemputan sambutan hari raya di CHDW. Wad ini bersebelahan dengan CCU (tempat tinggal akak selama hampir sebulan tahun lepas...). Jadinya kebanyakan SN yang bertugas di CCU akak masih kenal. Yang berbaju biru itu adalah SN dari CCU. Dan yang bertudung putih itulah yang datang membantu akak pada tengah malam untuk melegakan kegatalan tapak kaki akak yang dah tak tahan berstokin. Diambilkannya air panas dalam besen dan di lapkannya hingga akak rasa lega sekali. Memang budinya akak kenang sampai bila-bila....



Boss dan anaknya sedang menjamu selera. Juadah yang disediakan memang menyelerakan.... Terima kaseh, sister...



(Lihat yang sedang minum air tu...) Itulah antara SN yang paling akak suka bila bertemu. Pendiam tapi bantuannya pada tengahmalam itu sangat mengesankan.... Tapi.. nak dikirakan memang kesemua staff di CCU banyak jasanya pada akak... Selalu bila ada kesempatan kami bertemu, akak cukup gembira....
Teringat kata-kata sister sewaktu akak hendak keluar wad dahulu...

" Bila Puan di sini, Puan rindukan anak-anak Puan di rumah,.. tapi bila Puan dah di rumah... Puan akan rindukan anak-anak Puan di sini..... "

Betulllllllllllllllllll.... tersangatlah betul.......

(Saja akak curi-curi ambil gambarnya.. nak minta kebenaran..segan pulak...)



Selepas menjamu selera, kami ke ofis abahnya untuk solat zohor. Aisyah pula cukup seronok dapat melukis di White Board yang besar di dalam opis abahnya.... Lihatlah gambar ayam 2 ekor di pasang-pasangkannya.. budak 5 tahun dah faham konsep pasang-pasangan... bahaya ni....



Cukup sampai masa, kami ke Klinik Pembedahan Mulut untuk temujanji Aisyah.



Doktor Pakar yang merawat memang menyediakan pesakitnya dengan cerminmata hitam agar pesakit kecil itu tidak silau dan rasa relax...



Aisyah memang cooooooolllll.....
Umpama orang berkelah tepi pantai....



Cooooooooool sangat......
Aisyah pun tidak merasa gentar ataupun takut... (berbanding dengan maknya pada usia 12 tahun - Lain sungguh budak zaman sekarang... berani... )



My baby yang berani......



Selesai urusan dengan Pakar Pergigian, kami naik ke tingkat 8 untuk menziarahi atuknya pula...



Dekat maghriblah juga baru tiba rumah... punyalah lepak dan penat.... lepas solat isyak, terus ibunya fengsan.....

12 comments:

  1. SALAM AKAK


    Dah lama tak berbloghopping nie.
    Mood asyik hilang jerrrr

    ReplyDelete
  2. bagus lah aisyah berani. senang ibu tak payah pujuk.
    cutenya ayam pink love ayam blue :)

    ReplyDelete
  3. pB...
    akak pernah hilang mood...
    rasanya biasalah kotnya... macam penulis yang punya nama besar2 pun boleh hilang mood nak menulis...
    (ada kaitan tak?...)

    ReplyDelete
  4. madora...
    aisyah memang berani..
    akak masa umur 12 tahun, pergi klinik gigi, sambil tunggu, tengok orang yg sedang cabut gigi sebelum akak, terus ajak mak balik rumah... takut... tapi aisyah.. waima kena operate sekali pun..dia coool sungguh...... beza macam langit dan bumi dengan ibu dia...

    ReplyDelete
  5. Macam berjalan jauh beraya, tapi dalam bangunan jer yer...

    Tabik AISYAH. (anak saya Aisyah cabut gigi longgar dgn tangan sendiri)

    AKAK rindu pengomen tak kalu tak masuk blog? Ahaks!

    ReplyDelete
  6. azie...
    jauh sangat tau....
    azie..
    kalau dah kenal, mesra.... mesti rindu....

    ReplyDelete
  7. boleh bawak spek hitan shendiwi tak??

    ReplyDelete
  8. Hebat budaknya si Aisyah ni.. sehebat ibunya..

    Pandai dia melukis.. I kalau nak lukis lembu, jd kuda.. Lukis kucing, jd ikan.. kot.. Tak berani nak try.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. doktor...
    kata dentist tu.. kalau nak bawa pun boleh... kalau besar sikit, dia boleh pinjam...

    ReplyDelete
  10. ja....
    I mushkil ni.....
    Aisyah dan ain memang pandai melukis serupa abah depa.. kecuali akak, qeeb dan zahrah... pandai conteng saja....

    ReplyDelete
  11. salam...kak...
    yang tu namanya fauziah fauzi...nama gelarannya fafau.Skrg tgh pregnant...Jemput datang CCU pd isnin ni ye...

    ReplyDelete
  12. sister rozi..
    thank you bagi info.....
    Insya'Allah... akak akan datang ke rumah terbuka CCU.. Rindu nak jumpa you pun iyer juga...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata