Saturday, June 02, 2012

352 ~ PTS - Put To Sleep






Anak Baby Ching batch kedua sebanyak 6 ekor, hidup semuanya. 3 ekor putih yang dinamakan Original, Zig Zag dan Unik. Yang betina Biyol, Lembu dan Bashful....

Ketiga-tiga kucing putih yang jantan memang membesar depan mata kami. Bila ternampak mereka.. walaupun sama putih warna bulunya tapi masih boleh nak bezakan mereka. Original putih bersih dengan sepasang  mata biru. Zig Zag pula dengan keadaan ekornya yang bengkok bentuk zig zag. Manakala Unik matanya sebelah kuning dan sebelah biru.






Kejiranan kami mempunyai seekor kucing Gangster... Dah banyak kucing jantan kami di cederakannya dan akhirnya kucing tersebut mati. Memang terasa nak bunuh saja kucing yang bernama kelabu tu tapi akal fikiran kita tak membenarkan kita membunuh sesuka hati.




Kecederaan yang dialami Unik walaupun telah dibawa ke Vet dan diberi ubat memang sangat parah. Keadaan kesihatannya yang makin merosot membuatkan kami membawanya ke Vet pagi tadi dengan pilihan jika boleh diubati kami akan rawat tapi jika memang dia dah menderita... PTS sahaja ubat yang sesuai. Doktor menyatakan Unik is dying dan setelah berbincang anak beranak, PTS (Put To Sleep) adalah langkah yang terbaik.

Semuga Unik sudah terlepas dari penderitaan dan kesakitan.


### Sayu juga tadi sewaktu akak duduk dengan bibik di dapur... Bibik menangis sayu kerana Unik sering menemaninya menjemur kain dan menyiram bunga. Unik selalu manja dan minta makan dengannya. Waktu Unik sakit dan diletakkan di dapur, tiapkali bibik buka pintu biliknya Unik akan menyapanya... Memang kerap kali akak mendengar Bibik seakan berbual diluar rumah menanya mesra pada seseorang... Hmmmm dengan Uniklah tu dia berborak... - membincang dan mengadu untung nasib badan kot...

4 comments:

  1. apasal la bubuh nama nama brutal kat anak kucing betina tu...Ini tidak adil...hahahaha
    Kucing jantan kami pun gangster di kawasan kami ni tapi dia romeo gak..bini dan anak sama jer banyak nya..hahhhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ezza..
      nama biyol tu bukan makna biol dlm bahasa malaysia... maknanya bintang dalam bahasa korea. Sebab dibadan kucing tu ada tanda bintang...
      kucing jantan kami semuanya jenis baik2... polite... dari dulu sampai sekarang. maybe ikut tuannya kot... ekekekekeek..

      Delete
  2. kekadang, haiwan lebih bersedia mendengar keluhan hati kita berbanding sesetengah manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar IM...
      membela kucing dan haiwan peliharaan boleh jadi terapi yg baik buat sesetengah orang...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata