Wednesday, June 13, 2012

360 ~ Makassar... Dah kenal dan dah cinta...



Baru pagi ini ada kelapangan hendak bercerita tentang Makassar...

Pertamakali dengar memang cuak jugak. Dahlah akak ni memang jenis kalau tak tahu memang negative ajaler persepsinya... Sehinggakan tidak satu ringgit pun akak berminat nak tukar wang rupiah. Jika hendak ke Bandung dahulu, bukan main seronok lagi menukar duit. Tapi kali ini memang lansunglah tak berminat.

Setibanya di Airport Sultan Hasanuddin... nampak tersergam indah dan terima layanan yang baik di Airport. Petugas memberikan kerjasama yang sangat baik mengalu-alukan kedatangan kami... Hanya satu insiden yangmana Ain dipersoalkan umur dan wajah yang tidak kena dengan remaja yang berusia 13tahun dan wajahnya sewaktu mengambil passport iaitu 9tahun berbeza sungguh dengan sekarang. Sehinggakan Ain terpaksa dibawa ke pihak atasan untuk memperakui kebenarannya. Memang pun tempoh hayat passport kami sehingga tahun hadapan... memang dah patut tukarkan passport pun.

Tiba di hotel, nampak hotelnya pun bertaraf 4bintang tapi layanannya serupa juga macam hotel 5bintang sama seperti jika kita menginap di Hilton KL Sentral... Malah di sini lebih mesra lagi. Biliknya yang tersusun kemas buat hati dah mula girang. Jika duduk 3hari dalam bilik pun redha'... ekekekekek

Malam itu kami keluar mencari makanan tempatan kerana hotel menyediakan masakan yang biasa kami dapati di hotel-hotel di Malaysia. Kami keluar ke arah Pantai Losari.

Selepas bergambar dan menyusuri pantai Losari, kami terjumpa satu kedai makan tempatan yang menyediakan makanannya beralaskan daun pisang. Cara menghidangnya sama seperti jika kita beli bungkus dan bawa balik rumah tanpa membuang bungkusan tersebut.

Selesai makan, kami pun beransur hendak pulang ke hotel. Dengan rombongan seramai 9 orang, kami memerlukan 2 buah teksi. Ada seorang tukang beca menyapa tapi akak menolak dengan baik dan beritahu hotel kami jauh dan perlukan 2 teksi.. terus dia berhentikan becanya dan bantu memcarikan teksi buat kami. Luhurnya hati tukang beca tersebut... Udahlah kami tidak menaiki becanya, sebaliknya kami pula dicarikannya teksi untuk pulang. Nampakkan hati budi orang di sini.

Esok paginya kami sarapan di hotel. Makanannya lebihkurang jika sarapan dimana-mana hotel di Malaysia. 



Ibu mertua dan adik ipar.




Pemandangan sekitar luar hotel.




Lawatan kami yang pertama ialah ke Fort Rotterdam.
Dikenali juga sebagai Benteng Ujung Pandang. Peninggalan dari Kerajaan Gowa pada kurun ke 17.
Ianya dibina oleh I Manrigau Daeng Bonto Karaeng Lakiung iaitu Raja Gowa yang ke 10 yang juga dikenali sebagai Tunipalangga Ulaweng pada tahun 1545. Tetapi apabila tentera Belanda menakluk Kepulauan Sulawesi ( Celebes ) sekitar tahun 1666 - 1667 kubu ini telah digunakan oleh pihak Belanda. Panglima Belanda telah menukar nama Kubu ini kepada Kubu Rotterdam.




Warisan dari peninggalan Bugis... opppssss ada campur minang jugak... ekekekek
( Itu... budak yg baju hijau tu....)




Replika rumah warisan bugis..




Pelamin Pengantin Bugis...



Mahkota yang dipamerkan.
Mahkota yang digunakan oleh Raja Gowa.




Orang Bugis adalah pelayar yang hebat. Antara ciptaan kapal layar mereka.
Kapal Layar orang Bugis di panggil 'Phinisi'.


(diambil dari google... makna Phinisi bahasa Indonesia)


Pinisi adalah kapal layar tradisional khas asal Indonesia, yang berasal dari Suku Bugis dan Suku Makassar di Sulawesi Selatan. Kapal ini umumnya memiliki dua tiang layar utama dan tujuh buah layar, yaitu tiga di ujung depan, dua di depan, dan dua di belakang; umumnya digunakan untuk pengangkutan barang antarpulau[1]. Pinisi adalah sebuah kapal layar yang menggunakan jenis layar sekunar[2] dengan dua tiang dengan tujuh helai layar yang mempunyai makna bahwa nenek moyang bangsa Indonesia mampu mengharungi tujuh samudera besar di dunia





Suka ungkapan ini...
Warisan Budaya memang tidak mungkin dapat kita perbaharui makanya Kekalkan, Jangan diubah......




Luas sungguh kawasan dalam Fort Rotterdam.




Keluar dari Fort Rotterdam kami menuju ke Port Paotere..
Tapi ternampak teksi/beca yang begini...
Jika akak, memang tak berani nak duduk di depan nun.. sebab jika berlanggar.... akak yg kena dahulu...
( eeeeee... ngeri dan seriau membayangkannya....)



Keadaan waktu memasuki ke Port Paotere..
melalui seakan pasar..
agak sesak...





Port Paotere adalah pelabuhan tradisional yang terletak 3.5km di bahagian utara Pantai Losari. Terdapat banyak kapal-kapal dagang yang berlabuh disini. Boleh juga melihat nelayan/pedagang tradisi menurunkan ikan dan barangan dagangan keluar/masuk Makassar.




Selesai menjamu selera di Kedai Makan Ikan Bakar di sekitar Port Paotere, kami menuju ke Muzium Adat.
Rumah lama orang Bugis..






Rumah Adat yang besar dan panjang.. sangat indah buatannya...



sambungan dari gambar atas...




Nampak ada kepala kerbau tersangkut di atap tu?
Rumah Minangkabau bunyinya ada Kabau... tapi takder kepala kerbau...
pssssst... orang Bugis ni tiru rumah Minang kot... ekekekekek
(janganlah orang bugis yang serumah dengan orang minang ni dengar... masak akak....)




Selesai lawatan kesini.. kami pun pulang... memang letih walaupun tidak memandu. Bahagianya ada supir yang membawa kami kesini sana...

- nanti sambung citer pasal makan...

13 comments:

  1. betul akak sya pun tak suka guna ipad tak puas kan?
    layan gambar sajalah gayanya(,")

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya...
      akak jika guna ipad... entry akak jadi takda perenggan... dahlah jadi karangan mendatar sahaja....

      Delete
  2. Salam Kak.
    Amboi hebat2 semuanya! Bila pulak saya nak jalan sampai kesana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam uncle...
      jika uncle selalu berurusan dengan orang Indon... tentunya suku Bugis ini termasuk dalam senarai orang2 yang baik budibahasanya....
      jika ada rezeki, cubalah kesini mengenali adat dan negara ini...

      Delete
  3. Satu kelainan. Makassar tempat yang jarang diwar-warkan dalam iklan pelancongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak hajah nora...
      memang sebelum saya kemari, saya juga ada persepsi negatif sahaja... tapiiiii bila dah sampai... dan dah alami sendiri... seronok. itu belum lagi menjelajah ke dasar lautnya.. kabarnya di dalam sana juga sangat indah...

      Delete
  4. rasa macam baca sejarah pulak entry akk nih ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      dah namanya entry ni entry JJ.. akak bawakan khas untuk sya... lepas ni entry akan akan tunjukkan entry JJCM... tunggu...!!!!

      Delete
  5. Betul.jrg dgr ttg makassar.smbg lg kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Lynn...
      Makassar memang menarik. jika ada peluang, cubalah kesana...
      nanti akan akak sambung lagi...

      Delete
  6. Replies
    1. doktor...
      janganlah jelessss...
      u jalan lagi jauh....
      :-)

      Delete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata