Thursday, June 28, 2012

371 ~ Bila keluar Negeri... Pengalaman sendiri...




Bila ada kesempatan berjalan keluar negeri... akak lebih suka seandainya dapat pergi ke Negara Islam...
Kerana di negara Islam makanan Halal mudah nak di dapati dan persekitarannya sangat menyenangkan dengan tiapkali masuk waktu solat, akan kedengaran azan berkumandang.

Baru, ini akak ke Makassar... boleh di lihat di setiap tempat yang kami pergi akan kelihatan masjid dan akan kedengaran Azan berkumandang setiapkali masuk waktu solat. Rasa bagai di negara sendiri.








Makanan juga mudah di dapati.
Jika kita pergi shopping di Kompleks Membeli belah yang besar-besar... kita boleh saja masuk dan makan dimana-mana restoren yang menyediakan pelbagai jenis juadah. Tanpa perlu rasa ragu-ragu..

Seperti di Dubai...
Restoren yang ada di premis komplek membeli belah ternama, memang keseluruhannya ada menyediakan makanan halal. Kita boleh mencuba apa saja jenis makanan yang disediakan.

Berbeza sungguh sewaktu akak kek pusat membeli belah di Gold Coast, London, Hanoi dan Phuket... kita terasa sangat lapar tetapi tak mudah nak masuk dan makan apa-apa sahaja yang terdapat di sana waima ke Mc Donalds dan KFC sekalipun... dengan terbau-bau makanan depa.. tapi tak dapat nak nikmati dan rasa... aduh!! Memang sangat mencengkam dan menyiksakan buat seorang yang bergelar Rahmah Tunku Kahar...





Pemandangan mesjid ada dimana-mana..




Untuk nak mengisi perut...makan samaada kena masak sendiri atau makanlah roti dan kena cari kedai muslim yang tak banyak pilihan...
tapi...
kejap jer..
lepas tu balik Malaysia...
sebelum balik rumah
singgah lah dulu makan Nasi Lemak ke... Nasi Beringin ke...
Tomyam ker....


( Dah tak boleh citer lagi... perut ni kosong sebab nak pose... takut terbatal pulak nanti...)

8 comments:

  1. Betul tu hajah. Kita boleh makan apa yang kita nak. Solat juga begitu. Boleh kedengaran azan. Itulah fikir dua kali bab-bab ini bila nak ke negara dalam senarai hajah. Di tempat-tempat makanan Muslim susah didapati, travel agent kira
    'halfboard'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selepas ni akan cari negara islam sahajalah...
      hati senang... dapat makan macam2 rasa...

      Delete
  2. Salam Rahmah,

    Betul..kaki makan akan utamakan makanan ..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak nani..
      "kaki makan..."
      enjoy makan dari shopping...

      Delete
  3. kalau ada rezeki nanti IM ingat nak pi umrah dan ziarah negara Islam. dam kalau ada lagi ingat nak pi Jepun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      bestnya jepun...
      semuga impian IM hendak mengerjakan umrah akan terlaksana, Insya'Allah...

      Delete
  4. saya mimpi makassar hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh...
      rasanya u dah memang kena booking ticket ke Makassar.... heh heh heh..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata