Monday, June 18, 2012

363 ~ Signature dish Makassar....



Yang ini memang makanan terkenal di Makassar... Konro Bakar... Even dalam pamplet pelancungan dan pengenalan di laman web AirAsia mengenai Makassar tertera makanan yg terkenal iaitu Konro Bakar..

Konro tu maknanya tulang selangka lembu.... dibakar dan dicurah kuah kacang... lebih kurang satay... tapi satay dia marinate dahulu... itu yg sedap... yang ini rasa kering2 jer... Ada juga  Sup Konro .. tapi typical sup di Makassar manis2... akak kureng gemar...

Bangunan Konro Karebosi tersergam indah di  41 - 43, Jalan G Lomposattang, Makassar... Menurut blogger yg pernah ke sini... waktu dia pergi bulan Disember lepas, bangunan ini masih dalam pembinaan Memang nampak tersergam...





Disebelah pintu masuknya kita boleh nampak Tulang selangka sedang dibakar...
nak order kena masuk dan cari tempat duduk dahulu...




Mana-mana ada teh botol ni...
Pada akak agak pekat..
Dan teh yg digunakan Teh Jasmine...
teh yang sedap bila kita minta teh yang dibuat mereka..
memang sedapp.. sampai Aisyah pun pandai minta Teh Ais...




Inilah rupanya Konro Bakar...
dah bakar curah kuah kacang...




Sup yang disertakan...
Nak bagi rasa kena letak kicap..




Setiap hidangan memang akan beri nasi...







Kuah cili yang disediakan jika kita rasa tak cukup pedas...
cili makan yang disediakan di kedai pertama lain rasanya..
cili makan kedai ikan bakar lain pula..
cili makan konro bakar pun berlainan rasanya...
3 macam rasa akak jumpa...
tapi kedai yg mula2 memang menepati selera...




Botol kicap ni... 3/3 kedai makan yg akan pergi mesti ada...
even sarapan pagi kat hotel pun ada...
tapi untuk makan dengan bubur...





Sempat akak mengintai bahagian penyediaan makanan di tingkat atas..
akak makan di tingkat atas sebab bahagian bawah dah penuh..
rupanya ini caranya depa dok hantar makanan...




kesimpulannya...
Makanan di Makassar lebihkurang kita juga...
adalah kelainan dari segi sup yang manis dan jika kita tak halang depa akan tuang kuah kacang... tapi majoritinya makanan mereka sedap dan diterima oleh tekak....

Selamat Jalan-jalan Cari Makan ke Makassar......

5 comments:

  1. kalau kita ... rebus buat sup..tulang selangka tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chik Att...
      sungguh chik Att... FIL akak memang suka sangat tulang selangka buat sup...

      Delete
  2. boleh bawa balik sikit teh jasmine tu, kongsi kat rakan-rakan di malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM...
      ada beli semasa disana tapi tak teringat nak bawak balik... :)

      Delete
  3. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata