Sunday, June 17, 2012

362 ~ Ikan Bakar cara Makassar....


Untuk makan tengahri pada hari pertama kami di Makassar... kami memilih untuk makan ikan bakar. Akak ada baca di satu blog, ikan bakar Makassar memang paling sedap dan segar2 ikannya... Tanya dengan pak supir kami dimana Restoren yang menyediakan ikan bakar yang sedap, mereka membawa kami ke mari. Berdekatan dengan Port Poetere....





Kelihatan ikan yang sedang dibakar...




Inilah namanya ikan Baronang... ikan karang yang terdapat di karang2.. (coral fish)
Warnanya memang cantik.
FIL akak kata ikan ni takda di negara kita...
( geng/sepupu sepapat Ikan Bayan juga rasanya...)




Ikan aper ker nama...
masa tanya tak ambil perhatian betul-betul...




Selepas memilih ikan, mereka semua akan membersihkan ikan yang kita pilih..




Makan ditingkat atas memang selesa dari di tingkat bawah yang agak sesak...




Antara pencicah yang disediakan...
Banyak pencicahnya... semuanya sedap2..




Sambal tomato kecil dihiris..



Haaaaa.... sambal kacang memang tak tinggal...
makan apapun mesti akan ada sambal kacang ni....



mangga muda yang disagat halus..
memberi rasa masam




daun selasih yang sangat segar..




Menunggu ikan lah tu...
takpun menunggu air.. sebab bila dah makan2 pencicahnya... memang terasa pedas....



Pak supir kami...
( hebat kan? sampai dua orang.... )
akak dan qeeb suka perhatikan apa yang depa buat pada pencicah depa... depa campurkan apa dengan apa...
nampak depa campurkan sedikit mangga sagat pada sambal tomato... then tuangkan kicap...
then ambil daun selaseh juga...
sedappppppp........




Mangga sagat dan daun selaseh...




sambal tomato yang dah diletakkan kicap..




Yang ini dipanggil otak2..
sebenarnya lain sungguh dari otak2 di negara kita..
Isi ikan tenggiri diblend dan campur tepung...(jangan tanya tepung apa sebab tak tahu)
then kukuskan...
rasa macam fish ball..
tapi sedap .. rasa kemanisan ikan tenggirinya...




Fish ball bakar dalam daun pisang lebihkurang rasanya...




Jus Jeruk.. (limau kuning)



Ikan Baronang bakar..
Pemandangan terlentang...




Ikan Baronang
pemandangan telangkup...



 Nasi putih...
( yg tak berapa nak putih sebenarnya...)




Yang ini termasuk dalam set makan ikan bakar...
Sayur campur masak lemak putih..
kelihatan campuran kobis dan kacang panjang...





Cumi yang dimasak dengan dakwatnya...
jadi bahan ketawa kami...
siapa yang makan, mulut mereka dan gigi mereka akan berubah jadi hitam..
puas pikir sapa yang order..
bila bagi pada Pak supir... sekejap aje dia mengadapnya...
tahulah kerja siapa ni..
kami semua tak lalu nak makan...
sedap jika makan sedikit...
jadi muak jika makan banyak2...





Alhamdulillah...
memang sedap walaupun berbeza cara pencicahnya...

11 comments:

  1. hurm... sesekali merasai masakan luar dari negara kita memang ada sedikit ragu-ragu.

    masa IM pi thailand dulu pun sama, antara lalu dengan tak aje bila tengok ayam goreng + pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      Alhamdulillah...
      pengalaman akak di Phuket memang ada rasa was2 tapi di Bandung dan Makassar dan Dubai... memang tanpa ragu2...
      bila pemerintah Islam, mudah nak cari makanan halal.....

      Delete
  2. Salam ikan tu ikan coral. Ada kat negara kita yg banyak coral di mana mana asa diving atau snorkeling. Mostly mana ada coral diistiharkan taman laut, tak boleh memancing, so tu sebb ikan tu terpelihara. Tmn laut ni dpt melindungi hidupan eksotik dan org tak cuba curi kuli t kerang giant sbg souvenir. Tu sbb tmn laut di ksia masih cantik kerana perlindungan di beri.

    Tu sbb negeri 2 jiran punya pantai pulau kosong, di bom ikan,habis digali karangan,di kaut pasir dasar laut untuk kerangan, dimusnahkaj karang dan benih ikan stok ikan. Filipina,thai,ind etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon..
      yup .. FIL saya pun kata coral fish...
      sayangnya bila tiada pemantauan dan penjagaan mengenai taman laut....
      pertama kali saya snorkeling, nampak betapa indahnya alam dibawah sana... ALHAMDULILLAH.. tapi jika dirosakkan dengan bom ikan.. lantas hidupan coral pun musnah, memang sangat sayang...

      Delete
  3. Additional note.
    Klu pergi pasar di sabah labuah sandakan tawau, disebbkan ramai pendtg filipin.kejadian bom ikan atau tangkap ikan coral ni koman sgt so ikan ni ada. Tu klu prrgi tmn laut pulau kat kk ni baru ikan ada sikit. Tapi coral cantik dah takde sgt. Habis dikerjakan dulu oleh filipin ni. Sekrg baru ada ikan tapi takdpt lah nak compare pulau yg terjaga dari awal spt sipadan etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon..
      kami pernah ke Sandakan... pergi taman laut Selingan Island... tengok penyu bertelur....
      sayang kan jika semua ini musnah kerana kerakusan dan ketamakan manusia???

      Delete
  4. baronang ronang ikan dalam laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki Jalan..
      macam nak buat pantun jer...
      akak menanti ni... sambungannya...

      Delete
  5. akak,

    sedap ke kak ikan tuh?

    rupanya agak pelik..ada x ikan2 macam kita biasa makan kat sini disana?

    menarik kan..sekali-sekala makan tpt org nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn...
      Ikan tu memang sedap... manis sangat rasanya...
      isinya lembut... ikan yg biasa2 kita makan kat sini ada tapi dah habis sebab lagi murah sikit....
      itu yg akak nanti2 bila pergi tempat orang, makanan tempatan....

      Delete
  6. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata