Tuesday, June 05, 2012

354 ~ Menurun Rupanya..







40 tahun dahulu


Arwah mak akak ada membela ayam. Ada ketikanya dia akan menjual ayam peliharaannya yang banyak pada pemborong cina yang akan datang kerumah dengan menaiki motorsikal yang belakangnya ada bakul besar untuk diisi ayam2 tersebut. Datang dengan bakul kosong, bila balik bakul tersebut penuh. Nampak duit pun bertukar tangan. Not2 merah dan biru diberikan pada emak. Akak yang selalunya ternampak atau terdengar bunyi motor akan segera datang mendapatkan emak dan taukeh cina tersebut. Sebab akak akan sama-sama dapat habuan.


Anak : Mak, baiknya cina ni... dia beli ayam mak lepas tu dia bagi orang duit... 

Emak : Duit aku jugak tu... - ( bila akak pandang muka mak memang ternampak 'kekelatan' diwajahnya..)

tertanya-tanya juga dalam hati.. kenapa mak macam tak suka bila aku dapat duit?

40 tahun kemudian.


Kami membawa anak-anak makan diluar. Selesai makan suami membuat bayaran. Kekadang adalah lebihan wang yang dipulangkan oleh juruwang.

Aisyah : Baiknya... dia bagi duit kat abah...

Abah : Ha'ah... mula-mula dia bagi kita makan sampai kenyang... lepas tu dia bagi duit lagi... ( bunyinya memang macam perli...)

Samalah situasi 1 dan situasi 2....

Anak-anak kecil memang naif... menyangka apa yang depa nampak... tapi tak tahu apayang sebenarnya berlaku...

Padanlah Mak waktu cakap tu, mukanya biru dan kelat jer... sekarang baru nampak kenapa bila wajah suami pun jadi biru dan kelat yang sama... ekekekekekeke...

4 comments:

  1. Salam Rahmah,

    heheheheheh memang kanak2 tak tahu apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak nani....
      hehehehehe...
      masa kecik mmg tak tahu...
      bila dah tua ni baru rasa macamana mak kita rasa...

      Delete
  2. keh keh~~anak saya belum kenal duit lagi~~camna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bujal x..
      enjoy semasa masih belum kenal ni...
      dah mula kenal... takkan berhenti.... :)

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata