Wednesday, June 06, 2012

355 ~ Bila cuti.. masak memang rajin.



Hari selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti dialysis.... memang seboleh2nya akak lebih suka menghabiskan masa dirumah tak keluar-keluar langsung. Hanya boleh sekiranya waktu cuti sekolah. Jika hari sekolah kena jemput anak sekolah.

Dengan bahan-bahan yang terhad... untuk sarapan akak buat cucur ikan bilis campur udang... selalunya jika akak keluar ke kedai, akak suka jika dapat letak taugeh dan daun kucai pada cucur ikan bilis dan udang tersebut... tapi kali ini akak letak banyak bawang hiris untuk bagi manis rasa cucur tersebut.

Arwah makcik akak telah menurunkan ilmu membuat sambal cucur yang amat akak suka. Mudah saja membuatnya... tapi if u want to know the recipe, you'll have to kill me... Tapi kan.. tak yahlah berbunuh2an pasalkan resepi sambal cucur.. buat malu jer bila kena masuk mahkamah... Tajuk akhbar pun akan buat rakyat Malaysia ketawa.... ekekekekekekekek.......






Untuk makan tengahari akak dengan rajinnya... ahaks..... telah masak Kari Udang beserta kacang panjang. Resepi asal yang diturunkan oleh seseorang yg very dear to me... guna kacang buncis... tapi akak kan dah kata bahan agak terhad... pakai jer apa yang ada..... jangan banyak citer... bila dah masak, senduk dan makan dengan nasi panas2... hmmmmm... nyum..nyum....






Ada pulak ikan belanak masin dan sambal Velachan...
Voilla....



Sekianlah lapuran hari Selasa.....

## Betul kata kak som of Al Kisah...
Kan campur-campur citer kat atas tu... blog kita... kita punya suka2 jer nak conteng apa...

11 comments:

  1. Akak
    Nampak menyelerakan kari udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju...
      bukan nak cakap...
      dengan resepi baru ni memang sedappppp....
      - tapi jika nak bgtau... u'll have to kill me... ekekekekekek

      Delete
  2. Akak
    Sayur rampai kan sedap? so dalam blog sendiri haruslah dirampai2kan cerita jugak.

    Sebelum ada cerita sensasi diberitakan dlm sokabar, silalah kongsi sos/sambal cucur tu. Mekasih in adv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolorh kekanda...
      permintaan kekanda nanti dinda SMS ya...

      Delete
  3. nampak kari udang tu..teringat2 kat arwah bapa saya..lauk feveret dia. And the day dia meninggal pun dia on the way balik dari Pasar Tani. Salah satu bungkusan yg dia beli adalah udang galah. Mungkin utk dimasak kari. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syina..
      Semuga Arwah ditempatkan bersama-sama para solehin.. Arwah bagai 'Mati Syahid' juga tu Syina...
      Syurga tempatnya.

      Delete
  4. ingat gambo ayam goreng .. ghopanya gambo cucur ..hehehe ...

    ReplyDelete
  5. akak kari udang tu kan di masak dengan kobis, potong lebar lebar dan masak agak agak layu, perhhh..sedap kak

    mak sya yang ajar gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      Lepas ni akak cuba pula letak kobis...
      Mesti sedap...

      Delete
  6. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata