Tuesday, June 26, 2012

369 ~ Pindah






Sejak dari lahir hingga sekarang.. Aisyah memang jadi rakan sebilik kami...
tapi malam baru ini, Aisyah mengambil keputusan hendak berpindah..

Aisyah : Ibu, saya tidur dengan Ain dan Qeeb malam ini ya?


Ibu : Kenapa Aisyah dah tak mahu tidur dengan ibu?


Aisyah : Saya kan dah tidur lama sangat dengan ibu dan abah... sekarang saya nak tidur dengan Ain dan Qeeb lah pulak...

Ibu : Kenapa tak mahu tidur dengan kakak?

Aisyah : Saya suka tidur dengan Ain dan Qeeb... boleh kan saya tidur 2 malam sahaja...

Dalam pada bercakap tu, Aisyah terus mengambil baju tidurnya dari almari bilik kami.

Ibu : Aisyah... aisyah cuma tidur dengan qeeb dan Ain, takpayahlah ambil baju Aisyah.. esokkan Aisyah masih boleh ambil dari bilik ibu?

Aisyah : Tak apalah ibu... nanti senang saya nak pakai.

Melihatkan banyaknya baju yang di ambilnya.. memang Aisyah hendak pindah terus dari bilik lamanya.


Lagi 4 hari umurnya meningkat 7 tahun. Memang dah banyak perubahan pada Aisyah. Aduhai... bila anak dah semakin besar... rasa sunyi pulak...
Manalah baby yang dahulunya cute kecik molek... yang hanya tahu berbunyi gegegegeege....
sekarang... hmmmm... jangan main2.. habis kiter kena belitnya...
cepat sungguh masa berlalu...
cepat sungguh anak yg kecil semalamnya dah pandai mencari teman tidur yang baru....


8 comments:

  1. Saya ada 3 orang anak dara dari umur 17,13 hingga 12 tahun yang 'berkhemah dalam bilik saya tiap tiap malam...alasan nya..bilik mak sejukkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ezza...
      nampak agayanya jika nak pindahkan mereka bertiga... bilik mereka juga kena di'sejukkan' juga...
      ekekekekeke...

      Delete
  2. anak kecik i maseh belum nak tidur dengan kakaknya.
    umur 7tahun memang banyak perubahan setelah masuk ke alam sekolah betul. dulu2 sebelum sekolah rendah, masuk sekolah tadika, dipanggil sekolah makan. haha buat apa la mak hantar anak sekolah makan bukan untuk belajar. so i memang look out nak makan aje padahal biskut & milo saja, almaklum mampu yang yuran murah je.
    dont worry kak, aisyah will always be the baby of the house.

    ReplyDelete
    Replies
    1. madora...
      entahlah... maybe akak belum bersedia nak berpisah dengannya ataupun belum dapat menerima kenyataan Aisyah dah semakin besar...
      masih rindukan Aisyah yang kecik dan sedap dipeluk dan digomol...

      Delete
  3. Ai dah merasa apa yg akak rasa skang ni. Dh 2 bulan BB berpindah tido ke ruang tamu. Skang ni tinggal baby tua yg sorang (Adek) tu je yg tido dlm bilik Ai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai...
      sedih sangat kan bila nak pisah teman tidur...???
      sebab lepas ni dah sah2 dah tak akan ada baby kecuali cucu... ekekekeke

      Delete
  4. ank akak sebaya ank slg sy.
    sdg memujuk dia tido di biliknya.still x berjaya lgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn...
      uuuuuhhh....
      jika anak sulong belum pindah bilik, payah juga nanti tu... ekekekeke
      tapi enjoylah Lynn selama anak kita ni masih hendak dengan kita... bila depa dah mula menjauhkan diri... kita pulak yg merindu nanti...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata