Petang semalam sebaik tiba di Airport Makassar... Tersergam indah bandara-bandar udara atau kita kenali sebagai Airport... Airport yang cantik dan kemas dan beza sekali dari Airport Bandung.
Ruang immigrasinya teratur...
Tiba pada giliran anak dara akak yang ketiga iaitu Ain, kekeliruan berlaku. Gambar pada passport Ain berusia 4 tahun lepas... 2008.. Waktu ain berusia 9 tahun... Sekarang Ain dah berusia hampir 13 tahun. Dengan wajah yang banyak berubah dan ketinggian pun tidak menampakkan dia anak gadis baru berusia 13 tahun...
Pegawai immigrasi memanggil semula Ain dan meminta kebenaran hendak meminta pendapat pegawai atasannya samaada benar Ain pemilik passport yg sedang diperiksanya...
Sukar dia nak percaya Ain baru berusia 13 tahun...
Setelah di persetujui oleh pegawai atasannya.. Ain dilepaskan semula... Hmmm.... Memang Ain dah kena ganti passportnya... Tak mahu peristiwa begini terjadi lagi waktu berurusan dengan pegawai immigrasi di mana-mana pula nanti...
Nak ketawa pun ada....
TIPS MENUNAIKAN UMRAH DARI 1ST TIMER
4 days ago
Amboi dah dewasa ya anak-anak kakak! Sat sunggoh! Amacam Makassar? Best tak? Tak pernah terlintas di fikiran saya nak kesana...cuba cerita sikit, mana tahu lepas ni timbul keinginan!
ReplyDeleteUncle...
DeleteAlhamdulillah.. dalampada tak seronok mana masa mula nak pergi tu... bila dah balik teringat2 budibahasa mereka... makanan mereka juga the best....
Nak cerita, nanti akak ingatkan satu2...
tapi kadang2 kita ni punya citarasa berbea.. ada orang tumpuannya menyopping... macam kami lebih pada melihat sejarah orang Bugis.... itu yg jadi enjoy sangat.
anak yg umur 14 tu pun baru tukar, hari selasa nak pergi ambil, gambar dulu umur 8 tahun.
ReplyDeletekesian Ain tapi dia mesti maintain cool.
madora :)
Madora...
DeleteAin tu mmg cool. Kitalah sebagai makbapaknya yang seriau darah bila pegawai immigrasi tu dok menyoal macam tak percaya...
bila jadi macam ni, baru perasan gambar passpot Ain mmg dah berbeza dengan tuanpunya badan....
aduhai kak, ain kan anak dara dah besar dah tinggi nasib baik lepas kalau tidak melepas ;p
ReplyDeleteSya...
DeleteAlhamdulillah...
mujurlah lepas....
baru ni kami ke Phuket, lepas pula walaupun waktu itu pun dah meninggi...