Saturday, December 11, 2010

871 ~ Eeeeehhhh.. tak pasal-pasal...

Kami terpaksa mengambil 2 bilik di hotel Park Royal berbanding kalau tinggal di Vistana dan City Bayview. Di Vistana dan Bayview selalunya kami ambil apartment ataupun suite. Jadinya kedudukan anak-anak dan ibu bapa terpaksa berbahagi menjadi 2 bahagian.

Malam pertama akak, zahrah dan ain.. manakala bilik sebelah abahnya, qeeb dan aisyah. Malam kedua mereka sendiri yang memilih bertukar tempat tidur. Yang tidur dengan abahnya beralih tidur dengan ibunya.

Perbualan ini pun terjadi...

Aisyah : Saya sayang ibu, saya nak tidur dengan ibu pulak.

Kakak : Okay... malam tadi aisyah tidur dengan abah dan qeeb.. aisyah tidur dengan ibu pulak. kaka nak tidur dengan abah dan ain.

Aisyah : Tapi saya nak tidur dengan Ain...

Kakak : Malam tadi Aisyah dah tidur dengan abah... malam ni Aisyah tidurlah dengan ain.

Ain : Saya tak mahu... saya tak mahu tidur dengan Aisyah.

Qeeb : Betul Ain.. Aisyah memang lasak bila tidur... dia suka pusing-pusing atas katil. Mula-mula dia tidur elok-elok dengan kita, lepas tu dia dah pusing tidur dekat kaki kita.

Ain : Saya tak mahu Aisyah kacau saya tidur...

Aisyah : Tapi ibu yang lahirkan saya......

Mendengarkan jawapan dan alasan Aisyah anak-anak semuanya ketawa.
Ibu yang hanya mendengar alasan Aisyah turut ketawa melihatkan keletah Aisyah. Tak pasal-pasal nama ibu digunakan untuk menutup kesalahan sendiri. Memang Aisyah suka menjawap dan tak mahu kalah.

8 comments:

  1. Dearest Aisyah,
    Bukan salah Ibu mengandung, nak oooiii!!

    ReplyDelete
  2. salam kak, bagus sungguh akak and suami mampu bercuti keluar negara, tapi destinasi didalam negara ditujui dahulu..
    bagus, tak guna belanja ribu riban anak anak masih kecil tak kenal erti apa apa dan menghargai long haul flight dan journey..

    ReplyDelete
  3. salam..saya nak menyampuk buat pertama kali sejak jadi silent reader disini sekian lama..komen anon diatas seolah akak bercuti keluar negara dan tak bersetuju akak too bercuti keluar negara, tapi akak too cuma g ke pulau pinang aje berdasarkan entry di bawah-bawah..(p/s anon saya tak saya dgn anon diatas)

    ReplyDelete
  4. Mak Ngah Ja...
    ibu memang tak salah kalau dia mengandong..
    takda siapa buleh salahkan ibu yg mengandong....

    ReplyDelete
  5. anon 1,
    ekceli akak dah tak mampu nak cuti keluar negara sebab akak harus dialysis dan biaya dialysis di luar negara sangatlah mahal....
    dalam negara saja yang kami mampu...

    ReplyDelete
  6. Anon 2,
    akak memang suka bercuti dalam negara kerana dalam negara senang nak dialysis dan makan....
    hanya jika kalau akak mampu saja nanti, kami baru boleh bercuti diluar negara....
    Apapun terima kaseh....

    ReplyDelete
  7. salam kak, my further explanation since I can speak tamil.
    "bagus, tak guna belanja ribu riban anak anak masih kecil tak kenal erti apa apa dan menghargai long haul flight dan journey.."ini tak specific pada kakak ya.. in general term sahaja.. sebab we ada budak budak, susah nak travel abroad holiday.. macam reasons..
    next:
    "bagus sungguh akak and suami mampu bercuti keluar negara, tapi destinasi didalam negara ditujui dahulu.." - adalah statement saja, menyatakan bahwa kakak dan suami mampu bercuti kluar negara, akan tetapi destinasi didalam negara ditujui dahulu(main option)... Ianya menyatakan walaupun kakak berkemampuan bercuti ke luar negara,akan tetapi kakak dan suami memilih local destinations.."In English translation = even though kakak and Husband can afford going holiday abroad, local destination still remain your top choice.."
    incase ada yang kurang paham bahasa ada option, so if there is a confusion, please re read again carefully..sorry i don't speak tamil ... kalau misunderstood still maaf lah ye..

    kakak - dialysis mahal .. susah ya jika mahu berjalan jauh...macam tu..sabar..

    ReplyDelete
  8. salam kak, first line addendum: missing T at the end of can. It supposed to be Can't=tidak boleh.. just incase la mana tau org silap baca translate lain erti pulok...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata