Seawal 630pagi FIL dah menalipon suami. Beritahu sedang dalam perjalanan nak kerumah kami dan pesan belikan nasi lemak sambal sotong yang selalu akak belikan bila-bila FIL kemari.
Selesai mandi dan siap-siap, kamipun pergilah mencari nasi lemak yang dipinta. Warung pertama kami pergi rupa-rupanya bukan penjaja yang biasa berniaga yang menjual. Ada pulak satu makcik ni dah tumpang meniaga di warung yang sama. Makcik ni memang tak buat lauk yang berbagai-bagai.
Gerai kedua yang kami singgah mencari sambal sotong, iaitu Warung Kak Maria di seksyen 4. Malang jugak kerana tiada juga sambal sotong.
Restoren Z & I dan Restoren Mak Kimbong di seksyen 4 pun tak ada sambal sotong.
Akak terfikir hendak mencari di pasar seksyen 1. Apapun disana ada 2 gerai menjual nasi lemak. Mesti ada fikir akak.
Gerai kelima akak pergi, sambal sotong belum dimasak. Percubaan terakhir ialah di Gerai Nasi Lemak Z&I cawangan pasar. Alhamdulillah, nampak sotong tergolek riang menanti akak.
6 gerai kami pergi mencari lauk sotong. Selalunya mudah tapi hari ni sajalah pulak tak ada pula.... Apapun niat yang e-class, Allah akan tunjukkan jalan.... ( Ja, akak pegang kata-kata hikmat you... thank you....)
selalunya begini, bila nak cari sangat susah nak jumpa, kalau tak cari, banyak jumpa. ini selalu terjadi bila saya shopping, sebab tu selalu shopping saja2 banyak terbeli walau belum ada keperluan :)
ReplyDeletemuga dapat lebeh pahala, susah payah nak penuhi permintaan FIL dgn kaseh sayang :)
Aduhai... gitulah anak menantu mithali (main tarik tali, sapa menang?)...
ReplyDeleteBerusaha juga mencari, tapi yg benornya tak la susah kan? Demi kasih sayang keluarga.
Hmmmm... mujur semalam saya buat Sambal Sotong sekuali, kurang skit rasa meleleh ayor lior..
madora...
ReplyDeletememang beginilah lumrah hdup...
selalunya bila kita betul2 hendak... payah..
tak mahu.. mencari-cari..
Insya'Allah....
azie...
ReplyDeletedemi kesejahteraan keluarga juga... :-)
semalam pun akak menyambal sotong segar... bertambah2 makan....
lom pernah rasa nasi lemak kak maria (kalau akak tak bagitau, kita ingat kedai tu takde nama, hehe)... pegi situ asik² makan lontong
ReplyDeleteAkak, berpeganglah pd kata2 hikmat I tu, wpun I sdiri slalu engkar!!
ReplyDeleteKOG...
ReplyDeletekedai tu ada jual nasi lemak jugak...
cuba dengan sambal kerang atau pun sotong... memang sedap.....
Ja laling....
ReplyDeleteku pegang bagai panji-panji....