Monday, December 20, 2010

883 ~ JB - KL 2 jam setengah jer?

Bersiaran dari opis.

Malam tadi kami bertolak pulang dari JB agak lewat kerana awal2 lg suami akak dah tempah bas paling akhir dari Universal Studio kerana demi nak memuaskan hati anak2 biar depa rasa naik semua 'ride' yg disediakan... Dari Resort World Sentosa bas tiba lewat sedikit dari yg ditetapkan 1030mlm. Kami dah panik takut kot2 ditinggal bas.. rupanya ada kesesakan di imigresen nak masuk Singapura. Waktu pulang semalam pun akak ternampak kaunter imigresen di Singapura agak sesak dengan kereta warga Singapura yg hendak pulang ke tanah
air mereka. Awal pagi akak lihat kesesakan dari arah Singapura menuju JB.. bila malam kesesakan
dari arah JB menuju Singapura.

Maka begitu begini.. kami tiba hotel pukul 1200 tengahmalam. Barang2 disusun kemas oleh anak bujang kami iaitu Qeeb..(mmg suami akak dah menganggap Qeeb bagai anak bujang kami sebab Qeeb cekap membantu, disuruh apapun beres dilakukannya....)suami pergi mencari minuman dan membasuh muka.... jika suami yang kena kemas bonnet dgn menyusun beg2 mmg bertambahlah penat. Mana nak drive lagi....

Tepat pukul 1238 mlm, kami meneruskan perjalanan. Hajatnya nak berhenti di Pagoh tapi akak hanya dapat bertahan cuma 20minit pertama..lepas tu akak pun dah fengsan...(sure Ja mawah kerana akak tidak menjadi sepertinya umpama 'candle in the wind' yg sanggup meneman suami tercintanya jika perjalanan jauh)

....

Macamana nak tahan mata... bangun seawal 530pg. Siapkan anak2... kemudian naik bas ke Universal Studio... dari awal pg taklah dpt rehat2... berjalan jer kerjanya. Bila naik 'ride' kena beratur dekat sejam.... berdiri lagi.... 'ride' nya paling2 3 minit jer... lepas tu jalan2 lg.... beratur lg... tapi mujurlah anak2 yang 3 tu dah besar... yg kecik tu jer yg akak dan suami kena teman.. mana yg kakak2nya berani naik sendiri, depa beratur dan naik sendiri...

Jadinya, sebaik masuk kereta... mata bagai disuruh2 tertutup dgn shendiwinya.... dah tak sedar apa dah...tau-tau bila bukak mata tgk jam pukul 257pg.. dah sampai Bangi.... sempat terfikir dan kira... 2 jam 1/2 jer dari JB ke Bangi?.... sure suami akak dah berdesssssuuuup sewaktu akak terlelap. Bahagianya dia bila pegawai 'JPJ' ni dah tertidor. Kalau pegawai 'JPJ' ni tak tidor... sure suami akak dah kena vevel.....

Apapun... hanya Alhamdulillah yang mampu diucapkan kerana selamat tiba dirumah.

6 comments:

  1. wah laju tu. Alhamdulillah dimudahkan perjalanan dan selamat sampai dirumah.

    ReplyDelete
  2. bujal X..
    mungkin lebih lg kot......
    170km/j tu minimum jer pd pakcik...

    ReplyDelete
  3. madora...
    nak citernya...
    universal studio mmg best... tapi penatlah... itulah sbbnya tertidor sebaik masuk kereta...
    Alhamdulillah lah perjalanan kami selamat pergi dan balik.... :-)

    ReplyDelete
  4. Akak, mcm tu lah jugak TK kalau I terlena dlm perjlnan.. Rasa mcm calculator rosak je kalau nak kira brp laju dia drive..

    I slalu je terlena dlm kete, Akak.. Dlm dok bersembang boleh terlelap..

    ReplyDelete
  5. Ja laling...
    untuk seorang accountant.. calculator yang rosak sangatlah bahaya kan... itulah periuk nasi depa.....
    Akak kalau bukan sebab terlalu penat, tak mananya tertidor sebab akak akan bersedia dgn buku undang2 JPJ setiap kali TL nak berdesupppp....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata