Saturday, December 18, 2010

882 ~ Dah masuk Singapura...


Gambar akan akak upload bila sampai rumah....

Bangun seawal 530pagi. Siapkan anak-anak selepas solat Subuh. Kami tinggal di bilik yang berbeza. Ain dengan Qeeb. Aisyah dan kakak.... ibunya dengan abahnya... bila nak menyiapkan anak, akak harus ke tiap-tiap bilik untuk memastikan anak yang dikejut solat subuh tidak terbabas sehingga subuh gajah. (Ja laling, kenapa panggil subuh gajah?? dah tak guna subuh sepi'ee?...)

Kami awal-awal dahulu sewaktu menempah bilik sudah menempah untuk bersarapan di hotel. Tapi oleh sebab kami harus keluar awal iaitu pukul 700 pagi pada hari ahad nanti, kami hanya minum pagi di hotel pada hari ini dan membawa bekal nasi goreng untuk jadi bekalan kerana semua tiket kami gunakan hari ini. Maka berbondonglah kami anak veranak membawak nasi goreng dan air kopi dan air teh.

Tiba di Immigration dan kastam johor dan singapura... aduh memang sakit menanti. Urusan di kastam johor memanglah mudah cumanya urusan imigresen singapura. Ketelitian betul2 di titik beratkan agar tidak ada penyelewengan yg terjadi dan kami terpaksa menunggu dengan kadar yang agak lama. Serik rasanya berulangalik dari johor ke singapura. Hanya kerana musim cuti sekolah, makanya kami tak dapat menginap di Singapura. Terpaksa berulang alik dari Singapura ke Johor Bharu.

Aisyah pulak jadi 'perhatian' kerana sikapnya yang mendengar kata bila menghadap pegawai immigresen singapura. Malang akak tak boleh mengambil gambarnya. Rata-rata pengunjung malaysia yang sama-sama beratur dengan kami tertawa melihatkan kesungguhan rupa Aisyah mengadap pegawai itu. Dia berdiri tegak dan memandang tepat kemuka pegawai itu. Memang kiut....

Setibanya kami di Marina Bay Sands, kami mengambil teksi menuju ke Orchard Road. Ada yang ingin akak lihat-lihat kerana sebelum ini jika tiapkali kami masuk Singapura, Orchard Road adalah tempat menyopping kami. Janji bertemu dengan seorang kenalan alam maya juga dilaksanakan disini. Alhamdulillah... kami dipertemukan dan berkenal mesra seisi keluarga. Seronok betul kami dilayan dan dijamu dengan lauk Minang. Jazakallah buat Puan ***** dan suaminya Encik ******** Budi baik anda sekeluarga kami kenang hingga keakhir hayat. Jangan lupa bila ke Kuala Lumpur... singgah dulu di Bangi....

Kami berkumpul semula di Marina Bay Sands untuk menaiki bas pulang ke hotel. Kali ini urusan imigresen dan kastam memang mudah. Alhamdulillah....

4 comments:

  1. bila baca en3 ni sya terbayang muka aisyah yg comel tu, dan mata yg bersinar tu
    pastu tolong 10 x cium tuk aisyah ye kak... ;p
    selamat berchuti jgn terbangun sesubuh gajah pulak ye
    sbb subuh sapiee tu awal subuh
    subuh gajah tu penghujung subuh
    sekian... wassalam

    ReplyDelete
  2. gembira dapat bertemu dan berbual mesra, Sani kata kiut gaya kak 'Ain bangun tido macam robot :D

    ***** :)

    ReplyDelete
  3. sya....
    bila ada kesempatan.. bawalah anak2 ke universal studio... sure enariq dan kakak chantek lebih2 seronok bila jumpa kartun karektor yg menghiburkan....

    ReplyDelete
  4. anon...
    qeeb pun sungguh seronok lihatkan husna dan sani bagai kembar... suami akak pulak rasa terkesan bila huda tolong bukakan pintu...
    apapun pertemuan sabtu lalu mmg berbaloi... dapat belanja makan di restoren minang walaupun you tak makan pedas.....
    kirim salam buat huda, sani dan husna.....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata