Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Pagi ni berdebar-debar nak ke hospital... tapi.. dah tak tahan dengan sakitnya kadang-kadang ada.. kadang-kadang okay.... kadang-kadang nak berkumur pun terasa ngilunya....
Lama jugak akak diamkan. Dekat duaminggu jugalah... Bila sakit akak duduk diam-diam. Bila tak sakit... tak hingat dunia...
Akak tanya Biras yang kebetulan doktor gigi. Dia kata memang kena buat RCT. Hadoi.. memang tak sangguplah sebabnya kena berkali-kali buat rawatan. Kena heparin free setiapkali rawatan. Mana boleh tahan. Semalam buat heparin free, sampai 'clot' dialyser. Kena tukar dialyser baru dan tunggu mesin kena set semula. Memang menyusahkan petugas.. mujurlah depa semua jenis yang bertimbang rasa....
Jadinya bila jumpa dengan doktor gigi tempohari, akak dah buat keputusan untuk mencabut saja gigi ini. Tak payah fikir-fikir lagi....
Pagi ini dengan berbekalkan semangat Aisyah, akak pun mengadaplah doktor Susan yang bertugas nak mencabut gigi geraham (no 36) akak. Mujur doktor Susan ni sama macam doktor Annam.. mudah mesra dan lembut orangnya. Kita sebagai pesakit rasa selesa sangat...
Olehkerana memang rekod akak tertulis dengan berbagai-bagai masalah perubatan... akak memang jadi pesakit di Klinik Pembedahan Mulut Hospital Serdang. Tiap kali nak buat rawatan memang kena berhati-hati. Kena pantau ubat dan B/P. Sebelum ini akak ada masalah jantung yang lemah. Alhamdulillah, berkat doa dan ubat.. keupayaan jantung pun dah lebih baik dari dahulu.
Sebelum apa-apa, doktor Susan mengambil B/P akak. Memanglah tinggi 156/92... Akak panik jugak sebab memikirkan nak cabut gigi. Peringkat pertama, mencucuk ubat bius.. memang tersenget jugaklah mulut akak menahan sakitnya... Rasanya dua kali cucuk jugaklah... Tunggu selama 10 minit.. kerja-kerja mengorek dan mencabut pun bermula...
Apabila doktor Susan mencuba cucuk-cucuk kawasan bius dengan jarum tajam - semata-mata nak tahu berkesannya ubat bius... akak terasa sakit sikit. Doktor Susan nak tambah lagi bius, akak tak sanggup. Mujurlah selepas itu kebasnya dah mula terasa separuh mulut. Rasa kesakitan cabut tak terkesan langsung... Lega sungguh. Akak buat tanda 'sign' bagus dengan ibujari pada doktor. Memang rasa selesa....
Sekarang tengah high tahap langit ketujuh... suami kata tunggulah lepas habis kesan bius.. baru tahu langit tinggi atau rendah.... hahahahahaha.....
###Panduan :
945pg - suntik ubat bius
955pg - mula rasa kebas separuh mulut
115tghari - hilang rasa kebas
## bila gigit gauze dalam mulut, kemudian kena meludah.. rasa macam orang tua makan sireh....
ludahnya merah ajer.....(harap takder yang termuntah....)
saya ngilu doktor gigi.
ReplyDeletesemoga akak tabah dgn rasa langit tinggi/rendah tu nnt ye. hehehe...
ReplyDeleteSemoga sudah okey sekarang, hajah.
ReplyDeleteAkak, lps ni bolehlah Akak teruskan aktvt mengunyah mcm biasa..
ReplyDeletePsssttt!! I ni cukup allergic dgn doktor gg!! tengok je pun, I dah rasa nak fengsan.. kecualilah kalau I tengok sorang dentist tu taww Akak.. cair abis!! sbb dia ensem gilos!!
en bujal...
ReplyDeleteakak pun allergic dengan doktor gigi kecuali biras akak jer... tapikan.. doktor susan ni pun not bad....
Ai,
ReplyDeleteAlhamdulillah.... langit dah terasa tinggi.. bumi rasa rendah... tapi bolehlah tahan....
Kak hajah nora..
ReplyDeleteAlhamdulillah... bila dah malam ni... okay pulak.. darah dah berhenti dengan kadar segera. Alhamdulillah....
Ja laling...
ReplyDeleteInsya'Allah... kerja mengunyah ais akan dikurangkan...
Akak pun allergic dari kecik lagi dgn doktor gigi tapikan rasanya sejak dah berumur ni, nak berkawan baiklah dengan doktor gigi... dan ada sorang doktor gigi tu biras akak.. bolehlah akak berbaik-baik dengannya tambahan pulak dia dah ada klinik sendiri.... boleh jugak cantikkan gigi dan masuk iklan ubat gigi...hihihihihi
Akak, kalau masuk iklan ubat gigi Akak tak leh ketawa hihihihihi..
ReplyDeleteAkak kena bunyi mcm ni: gigigigi..
*sj nak menjawab Akak gak.. kikikiki..
ja laling...
ReplyDeletehihihihi.. jugak....
(sambil angkat bibir atas dan bawah...)