Saturday, December 04, 2010

861 ~ Cuti tapi macam-macam kerja dah buat....


Entry ni tak bergambar sebab masa buat kerja memaku kayu katil tadi, akak tak pakai tudung..... anak yang membantu pun tak bertudung....

Katil di bilik bibik dah patah-patah kayunya. Hasil kerja tangan dari anak bongsu yang suka melompat atas katil. Untuk menukar katil yang baru tidak 'praktikal' sebab hanya kayu lapik tilam yang patah bukannya rangka seluruh katil. Maka suami ambil keputusan untuk membeli kayu dan gantikan kayu-kayu yang patah tadi.

Awal pagi kami dah keluar berdua untuk ke kedai hardware melayu di seksyen 7. Macam-macam ada.. seronok. Akak pun samalah dengan suami cukup teruja kalau masuk kedai hardware... apa yang boleh akak tukar, akak akan tukar.

Kayu yang diminta ada dijual. Kami beli 5' x 6 btg dan 3' x 4 btg. Cukup untuk menggantikan kayu lapik katil yang patah tu.

Sebelum pulang kami sempat bersarapan di Seksyen 4 Tepian Bangi. Roti Sardin disini memang sedap. Awalnya akak rasa macam tak habis nak makan sekeping roti sardin. Beli satu roti sardin dan satu roti biasa. Akhirnya akak yang menghabiskan roti sardin suami. Hah! selera pulak... tak sangka-sangka pulak..... Heran kan.... Nak order lagi satu dah lambat rasanya sebab suami ada mesyuarat pagi ni harus berkejar ke Hospital Selayang.

Tiba rumah, panggil anak 'bujang' tak bujang kami iaitu Qeeb. Minta dia angkatkan tilam dan bantu memaku kayu yang baru dibeli pada rangka lapik kayu yang lama. Kerja memaku nampak orang lain buat mudah.. tapi bila nak buat sendiri....., Fengsan..... dengan perut yang penuh.. nak mencangkung... Hadoi... nak tak hendak buat jugak sebab kesian kat suami yang terpaksa bekerja hari ni. Dia dah pesan balek nanti dia buat, tapi kita ni kan isteri Mithali..... mana sampai hati nak tunggu suami yang balik fenat-fenat.. nak kena buat kerja itu semua.

Alhamdulillah.... niat yang e-class Allah akan tunjukkan jalan...( Thank you pada yang pernah mengatakan begini....)
Kerja akak siap.... katil dah boleh guna semula.....

8 comments:

  1. Alhamdulillah..
    dimana ada kemahuan disitu ada jalankan...dapat gak berjimat sikit..sesekali bila berjaya buat sendiri ni seronok rasanya kan akak..

    ReplyDelete
  2. Syabas! Tahniahhh...

    Tapi patutnya AKAK rehat dulu setengah jam sebelum mula kerja memaku tu...

    Kadang2 bagi orang yang tak punya anak lelaki, automatik boleh jer buat kerja orang jantan.

    ReplyDelete
  3. Awatlah zaman kita dolu tak belajaq Kemahiran Hidup? Kalaulah ada dolu, tak mustahil kita ari ni jd tukang buat katil ke buat kapal ke, kan? kan kan kan?

    ReplyDelete
  4. ida...
    memang seronok bila boleh buat sendiri....

    ReplyDelete
  5. azie..
    betui.. akak dah byk kerja2 ganti fius, tukar plag, tukar kepala paip.. boleh akak lakukan... gara2 suami teramat sibuk....

    ReplyDelete
  6. Ja..
    lepas akak baiki katil tadi, akak memang dah terbayang nak buat kapal macam pengusaha dan tukang kapal yg tersohor kat Terengganu tu.... ahak..ahak..ahak...

    ReplyDelete
  7. Akak, I mintak mahap, I tak berani nak naik kapal Akak, takut jd Titanic II..

    hihihihiiii..

    ReplyDelete
  8. ja..
    kalau jd titaniccc... you boleh jadi laJendA..
    ekekekekeke..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata