Thursday, December 30, 2010

893 ~ Persiapan masuk sekolah...


Sejak cuti sekolah.. ada sajalah macam-macam yang nak buat... yang ini saja yang lansung tak ingat nak buat... Bila teringat, boleh pulak jawap semula... ala.. cuti panjang lagi.... nanti-nantilah...

Lepas tu, sibuklah kesana kemari... dari Penang.. turun ke Singapura dan singgah pulak di Ipoh...
yang ini tak jugak beli-belinya... Jadinya sebab esok dah diisytihar cuti umum... hari ini ramailah ibu bapa yang sama kelam kalut kabutnya berkejar ke sekolah membeli buku2 rampaian dan segala yang boleh dijual hari ini.

Sekolah pertama.. sekolah anak ketiga..Ain.. tak sempat nak ambil gambar sempat hujan renyai-renyai..
Beri duit pada kakaknya Qeeb, ibunya dan kakak dan adiknya tunggu berehat dalam kereta... Lega....

Sekolah kedua... sekolah anak yang sulong.... sempat ambil gambar sebab hujan yang gerimis dah okay sikit.... sebagai blogger yang tercorot .... harus diambil gambar untuk tatapan peminat sejati....

Tahun ini adalah tahun yang terakhir kakak Zahrah bersekolah di sini... Mungkin Ain akan kemari juga ( kalau tak bawa 5A balik lepas UPSR nanti...) ataupun Ain akan bersekolah bersama dengan Qeeb... ( kalau Ain berjaya membawa balik dengan jayanya 5A ).... Semua Allah dah tentukan... tapi kenalah usaha....




Sekolah ini adalah antara sekolah yang terbaik di BBBangi....



Lepas dah pergi 2 sekolah... beratur berehat dalam kereta yang selebihnya..... akak bawaklah kesemua anak-anak pergi bersarapan di Kedai Kak Maria di Seksyen 4, BBBangi. Lauk sotong dah habis sebab kami tiba dah pun pukul 1130 pagi... Itupun mujur nasinya masih ada lagi...



Selesai makan dan minum dan sendawa... kami pergi pula ke PKNS Bangi. Disini terdapat Pasaraya Billion dan barang2 keperluan yang dikehendaki dijual disitu. Nak mencari parking kereta di situ, punyalah azab... berpusing-pusing mencari tempat parking... tak mudah nak dapat sehinggalah akak ternampak ada sebuah kereta yang keluar dari parking... dan tiada kereta lain yang menanti.... Dapatlah masuk dan parking....

Dah mencari barang-barang seperti baju sekolah, kasut sekolah, kain tudung dan beg sekolah.... kami pun cepat-cepat balik kerana Aisyah dah terasa sangat letih. Dia tiba-tiba jadi demam pulak. Mungkin... ada kaitan dengan tarikh persekolahannya Isnin ini.... (Musykil betul kan...).

Kunjungan yang terakhir adalah ke sekolah Qeeb.... Awalnya tadi kami tak singgah kerana kelihatan banyak kereta yang diletakkan di kawasan letak kereta dalam kawasan sekolah dan bila kami pergi kali ini rupa-rupanya guru2 sekolahnya ada mesyuarat/taklimat. Itu yang penuh parking.. ingatkan ibubapa yang ramai membeli buku2 anak2....




Sampai rumah.... dah selambak barang-barang yang dibeli....



6 comments:

  1. Selamat kembali ke sekolah dengan azam baru. Nampaknya budak-budak ni kena buat adjustment minda setelah cuti panjang!

    ReplyDelete
  2. Selamat bersekolah anak anak semua.Semoga 2011 tahun membawa kejayaan buat kita semua.Makcik pun akan hantar anak ke kolej besok...jauh nak berjalan.

    ReplyDelete
  3. Back To School, mak pak yang letih (campur pening). Sabor jer lah. Dah ramai anak, lama-lama lali.

    Tahniah dan syabas! AISYAH dah nak masuk sekolah Tahun 1 kah?

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora...
    bukan anaknya saja, ibu dan abahnya pun kena buat big adjustment sebab masa cuti hari tu mmg selesa sgt rasanya.... masuk sekolah... dah byk lencongannya.... 4 anak, 4 sekolah....

    ReplyDelete
  5. cikgu...
    selamat menghantar anak belajar dan berjalan jauh....

    ReplyDelete
  6. Azie,
    betul tu.... ibu abah yg lebih fening...
    cuti sekolah ibu abah boleh gi dating....
    Aisyah masih tadika... tahun 2012 baru masuk tahun 1... Insya'Allah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata