Kisahnya hari Jumaat..
Selesai dialysis, kami menjamu selera di Mc Donald BBBangi sementara menantikan abahnya solat Jumaat di Masjid Hasanah. Selesai solat pukul 200 ptg, kami pun bertolak ke Johor Baru.
Sempat singgah di R & R Pagoh sebelah selatan. Pernah dengar Nasi Ambengnya sedapppp...
Selesai solat jamak takdim dan Qasar.. kami pun berehat sambil menjamu selera disini. Akak yang lebihnya nak rasa Nasi Ambeng original...
Memang sedappppp......
Nama gerainya... jangan tak jumpa pulak...
Kami tiba di Tune Hotel JB +- pukul 7malam. Memang selesa dapat merehatkan diri setelah perjalanan yang agak meletihkan.
Ceritanya hari pertama....Sabtu
Pagi-pagi dah kelihatan bas-bas menanti penumpang/penghuni hotel yang buat sama seperti kami. Bermalam di Tune Hotel dan tinggalkan kereta.. masuk Singapura dengan menaiki bas. Bas yang disediakan sangatlah selesa...
Kita tak payah nak pening memikirkan mana nak parking.. mana nak cari jalan ke tempat yg nak dituju kerana pengangkutan teksi di Singapura amatlah banyak dan mudah di dapati.
Keranamu Aisyah...
patutnya ibu kena puasa sabtu dan ahad...
tapi ibu terpaksa juga meluangkan masa membawa aisyah berjalan-jalan...
Tiba di Imigresen Singapura... Kami melalui link kedua CIQ - Custom immigration Quarantin TUAS.
Pengalaman hari pertama agak meletihkan kerana kami terpaksa menanti bersama-sama penumpang yang dari bas yang lain. Tapi pada hari kedua kami melalui imigresen ini kami lebih mudah kerana kami menaiki bas yang awal dari semalam. Semalam bas pukul 830pagi.. hari kedua kami memilih bas pukul 700pagi. Di imigresen tidak ramai lagi pelancong dan penumpang bas seperti mana hari pertama....
Tiba di Marina Bay Sands kami mengambil teksi untuk ke Orchard Road. Mercu tanda Orchard Road yang masih sama sejak akak mula-mula ke Singapura bersama keluarga angkat +- 30 tahun dahulu. Dahulunya bangunan ni di panggil CK Tang.. Sekarang Tang Plaza. Tiapkali akak masuk Singapura, akak mesti akan di sini. Teringat masa muda-muda dulu menyopping dan makan-makan di sini...
Pertemuan dengan Puan ***** dan Encik ******** dan anak-anak mereka di Orchard Road... berlanjutan sehingga kami dijamu lauk Minang di Kampong Gelam. Masjid Sultan di Kampong Gelam dijadikan tempat solat kami dan kemudiannya kami menjamu selera di Restoren Minang. Puan ***** yang mengenali akak sebagai tekak Minang memilih untuk belanja kami makan tengahari di sini. Alhamdulillah dan terima kaseh buat Puan ***** dan Encik ******** yang telah sudi meluangkan masanya menemankan kami hari ini.... Jangan lupa datang ke Bangi tau...
Antara menu lauk-lauk Minang...
Rendang Ayamnya....
Kecur mulut jadinya...
Selesai jalan-jalan di sekitar Arab Street dan Kampong Gelam.... kamipun pulang ke Marina Bay Sands untuk menaiki bas pulang ke Johor Bharu.
Sempat bergambar sekeluarga...
Dari sini kita boleh beli tiket untuk menaiki ke Skypark.
Gambar Skypark...
Memang gayat melihat ketinggiannya....
( Kami belum berani...)
Peta di Orchard Road...
( Berkali-kali akak masuk Singapura..baru pertama kali ke daerah ini... Suami dah pernah solat di Masjid Sultan sebelum ini...)
Marina Bay Sands...
Masih dalam construction...
bila dah siap sepenuhnya sure lebih meriah...
salam akak
ReplyDeletebestnya ke singapore..
ida tk penah seumur hodup ke sana..
masa mak dgn abah muda2 anak 3 dulu mng dok s'pore..sedara mara pun ramai kt sana..ntah bila dpt jejak kaki.
Sukanya I tgok gambaq Akak dgn Aisya.. ada seribu cerita dlm gambaq tu!!
ReplyDeleteIda...
ReplyDeleteInsya'Allah... satu hari nanti ida akan berpeluang ke Singapore juga.. apatahlagi masih punya sedara mara....
Ja..
ReplyDeleteIni versi gambar you dan adik waktu kecil....
akak pun suka gambar tu...(profile picture u yg baru yg u ambil kat hotel di Medan Tuanku)
memang sweet gambar akak dan aisyah :)
ReplyDeleteWah Ain dan Aisyah main bubbles!
insyaAllah ke bangi ingin merasa nasi mandi(?) :)
5*
anon....
ReplyDeletekedatangan you sekeluarga mmg dinanti...
bukan setakat nasi mandi.. western pun kita boleh cuba...
teringin nak masukkan gambar anak2 you... apatah lg sibujang teruna tu....
hehe jangan, nanti ramai yang nak 'meminang' ;)
ReplyDelete5*
anon...
ReplyDeletenanti akak uploadkan gambar2 kita di hotmail....
anak teruna you, bergaya...!
saya perut nipis.makan masakan minang terus berumah kat jamban~
ReplyDeletebest la makcik dapat cuti2~~
bujal x,
ReplyDeletesekali-sekala jer pergi cuti2 bawak anak-anak... nak hiburkan anak-anak yang lebihnya.... makcik tumpang penat jer...
Pengetahuan baru dapat dikongsi melalui pengalaman orang lain melalui pembacaan.. Besttt
ReplyDeleteazie...
ReplyDeletememang benar kata azie tu....
kita masukkan dalam entry dan kita kongsi sama-sama dengan rakan blogger yang lain...
salam..
ReplyDeletethanks untuk review ttg percutian ke singapura ni.. if x keberatan, boleh zana tanya beberapa soalan ttg percutian ke singapura ni x?
if boleh, hope dapat e-mail zana yer.. adieyza_1110@yahoo.com
hope dpt membantu yer.. tq!