Friday, December 17, 2010

881 ~ Dah sampai JB

Gambar nanti upload kat rumah...

Alhamdulillah... kami sekeluarga dah tiba Tune Hotel, Danga Bay. Sejak awal November kami mencari2 hotel dan tiket Universal Studio. Mungkin sebab terlalu ramai ibu bapa yg sama macam kami nak membawa anak masing2 ke Universal Studio... nak cari hotel di Singapore tidak berjaya kerana penoh... Kawan yang pernah pergi Universal Studio hujung Oktober lalu berikan contact number hotel yg dia tinggal pun dah penuh...

Tiga hari tiga malam jugaklah suami mencuba mencari-cari hotel di Singapura, namun hampa. Akhirnya kami turun sendiri ke Johor Baru dan cari Tune Hotel kerana hotel ini turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik ke Marina Bay atau Universal Studio. Mudah bagi kita tak perlu bimbang mengenai parking dan bayaran2 yang perlu disediakan. Jika rasa hendak kemana-mana, kita naiklah teksi.

Dalam perjalanan ke JB, kami singgah solat di R & R Pagoh arah selatan. Selesai solat akak mencuba Nasi Ambeng.... Sedapppppp.... memang berasa lauknya. Seketul ayam, sambal kelapa (serunding),ikan masin (ikan bulu ayam), sedikit sayur kacang panjang + tempe dan sedikit mee goreng... Perrrgggghhhh memang sedap...

Tiba di hotel dah dekat maghrib. Solat jamak Takdim Maghrib dan Isyak.. kami pun keluar makan di Es Teller 77. Memang berada di hotel ini... Masakannya sedap. Es Teler nya pun sedap... Anak2 makan nasi lemak,bakso, mee goreng dan nasi goreng. Akak tak makan sebab masih kenyang makan nasi ambeng....

Malam ni nak tidor awal... tapi alhamdulillah suami adda bawakan charger laptop dan berupben.. dapatlah akak hantar laporan.... ( Thank you, Yang...)

4 comments:

  1. Ya k.rahmah saja nak komen sepatah dua hehe
    biasa gak dapat 1st comment kan hehe
    selamat bercuti :)

    wan

    ReplyDelete
  2. Timaseh atas laporan terkini Akak.. Berbahagialah Akak berenam beranak kat sana.. Tpkan Akak, I rasa Akak akan lbh bahagia kalau bawak bibik bersama!!

    ReplyDelete
  3. Wan...
    terimakaseh...
    nanti malam amal Maher zain, wan pergi tak?.. kita jumpa di sana....

    ReplyDelete
  4. Ja laling...
    kalau bawak bibik.... akak rasa macam serupa tak kemana-mana... sebab dok mengadap muka dia dan bebel dia.... dia suka bercerita dan bersangka....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata