Rasa dah lama sangat akak tak masak...
samada akak pergi JJCL ataupun akak pergi JJCM atau JJMA...
Maka setelah lamanya dapur dikuasai oleh cik embak... maka hari ini dengan vangganya akak nak ceritakan disini ialah... akak dah mula masak.
Khamis baru ni akak pergi ke Pasar Tani Seksyen 16 dan dapat satu kepala ikan Jenahak. Memang sesuai di buat kari...
dan bila dah ada kari mesti ada...
.
.
.
samval velachan cili api.....
dan sayurnya ialah...
.
.
.
.
kacang buncis goreng dengan udang dan telor...
dan juga...
.
.
.
.
tempe goreng tepung.....
Jom kita mengadap sama-sama....
Lunch cum dinner akak hari ini...
TIPS MENUNAIKAN UMRAH DARI 1ST TIMER
4 days ago
tempe goreng tepung tu best....
ReplyDeleteHai ayu...
ReplyDeletepengunjung pertama hari ini..... :-)
tempe goreng tepung tu memang best sebab dianya garing-garing....
Wow! Kari. Betul mesti ada sayur kacang tu. Enak. Tapi biasanya saya tambah dengan Papadom!
ReplyDeleteDapur akak dah dah lama 'tak berasap '. Gas pun tahan lama!
ReplyDeleteSaya lebih suka kalau Wardah masak dari makan di luar. Goreng nugget/ telur goreng pun dah cukup menyelerakan. Suasana harmoni di rumah menyebabkan selera makan bertambah.
ReplyDeleteAzie..
ReplyDeletealamak... akak terlupa pulak nak goreng papadom... kalau makan kat kedai tahu pulak mesti ada papadom.. mungkin suasana dirumah tak menggambarkan perlunya ada papadom...
Kak Hajah Nora...
ReplyDeleteKalau dapur yang tak berasap maknanya tuan punya dapur selalu takder kat rumah... ataupun tuan punya dapur selalu JJCM....hehehehehee
En Zool,
ReplyDeletememang selalunya suami lebih suka isterinya masak sendiri dirumah...Itulah ciri-ciri suami mithali... Beruntunglah Wardah,...